Amalan harian

 Peringatan buat kita semua:


1) Jangan tinggal solat sunat qobliah subuh sekalipun bangun jam 6:45 pagi kerana Nabi saw ada bersabda bahawa ganjaran solat ini adalah lebih baik dari dunia dan seisinya. Kecuali dah terlampau hampir waktu subuh habis , maka hendaklah segera kerjakan solat fardhu subuh.


2) Zikir Subhnanallah, Alhamdhulillah, Allahu Akbar, 33 kali jgn ditinggalkan setiap kali lepas solat. Kerana ini lah zikir khas buat anak Nabi saw , Fatimah sebagai zikir istiqamah penguat semangat.


3) Berusahalah sedaya upaya utk solat subuh berjemaah di rumah2 Allah, @ paling kurang berjemaah dgn anak isteri di rumah, kerana ganjaran solat subuh berjemaah adalah sama seperti berqiamullail sepanjang malam.


4) Jangan dilepaskan peluang berdoa selepas azan sebelum iqomah setiap waktu solat kerana disana diantara waktu2 mustajabnya doa.


5) Pelajari serta hayati setiap bait2 bacaan dlm setiap solat, bawa ia setiap kali solat, seolah2 kita berbisik2 mengadu hal dgn Robbul Jalil setiap kali kita solat, agar dgn yg demikian hati kita sentiasa berada dlm solat, mudah2an dgn asbab itu jugalah hati kita tidak lalai setiap kali solat. (memang itu pun diantara tujuan 5 kali sehari kita bersolat) dan itu janji Allah bahawa solat yg sedemikianlah punyai roh untuk menjaga kita dari berbuat keji & mungkar.


6) Jangan dilepaskan Al Quran setiap hari terutama selepas solat subuh, bacalah apa juga surah, selain jadikanlah amalan 3 surah ini setiap hari yaitu, 10 awal & akhir surah Al Kahfi, surah Al Waqiah, juga surah Al Mulk. Asbab kepada sabda nabi : Bacalah Al Quran.. sesungguhnya Al Quran itu akan memberi syafaat (pertolongan) pada sahabat2nya.


7) Jangan ditinggalkan solat2 sunat qobliyyah ba'diyyah, witir, dhuha kerana solat sunat itu menambah asbab kepada redhanya Allah pada kita.


8 ) Sentiasalah istiqamah solat di awal waktu. Wanita; bersedia, ternanti2 masuknya waktu solat manakala lelaki berusaha istiqamah solat berjemaah di rumah2 Allah kerana ia adalah sunnah Nabi kita saw yg  utama.


9) Lazimi menjaga wudhu' setiap masa kerana orang yg punyai wudhu' akan didampingi para malaikat2 Allah.


10) Amalkan sentiasa bawa ke mana2 kayu sugi untuk bersugi kerana ada 70 kelebihan orang2 yg sentiasa bersugi; antaranya, Zikir  & bacaan ayat2 Al Quran orang yg bersugi lebih 70 kali di sukai Allah berbanding bacaan orang2 yg tak bersugi. Dua rakaat solat orang yg bersugi juga lebih disukai Allah vs 70 rakaat solat orang yg tak bersugi, dan juga syaitan benci pada golongan2 mereka yg istiqamah bersugi. Riwayat Aisyah.. Bahawa aku tidak bisa mengira berapa kalikah dlm sehari Rasulullah saw bersugi. Dikatakan juga perkara terakhir yg Rasulullah saw lakukan sebelum ajalnya sampai adalah baginda saw sempat bersugi. Saya pernah terbaca dlm artikel tulisan ulama tersohor bahawa nyawa orang yg sentiasa bersugi mudah keluar ketika di datangi sakaratulmaut.


12) Sentiasalah melazimi lidah untuk berzikir seperti selawat @ kalimah2 taubat @ kalimah2 tauhid asbab kita bersugi dikatakan mulut kita ringan untuk tujuan itu.


13) Lazimi berpagi2 dgn kurma dan ambillah juga ia sebelum tidur kerana khasiat makanan sunnah ini sudah cukup sempurna bg menjana hormon2 perangsang kesihatan & kecergasan tubuh & juga minda kita untuk menjurus kepada sentiasa berfikir yg positif setiap hari.


KESIMPULAN : Berusahalah menyantuni akan setiap perkara2 sunnah serta perkara2 ma'ruf setiap masa kerana itu semua akan mengundang redha Allah kepada kita.. Asbab bertambahnya redha Allah pada kita maka janji Allah 👇


"Wahai jiwa2 yg sentiasa tenang, kembalilah kepada tuhanmu dlm keadaan engkau redha dan aku redha. Dan berkumpullah kalian dlm kalangan orang2 yg berbahagia dan masuklah kalian ke dalam syurga".


👆 Ini adalah ayat sakaratul maut.. Kalau lah seluruh manusia mengetahui akan ini lah tujuan utama kenapa kita hidup di dunia ini (hanya nak dapatkan redha Allah) ketika mana saat kematian menjemput kita.. nescaya sepanjang masa seluruh manusia akan sentiasa khusyuk lagi tawadhu dlm berusaha untuk mengejarnya.


۞ اَللهُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ سَÙŠِّدِÙ†َا Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ سَ

Thursday, September 9, 2021 at 2:08 AM , 0 Comments

33 years old me

It’s 300821 again :) Live life to the fullest, thank you Allah for another year full of blessings.

Alhamdulillah for 33 amazing years, blessed with lovely husband and 3 kids. I’m thankful Allah for the past years, thank you mak fatimah for giving birth to me 33 years ago on this day. Tq dear husband Muhammad Zahid for treating me like a princess all the time, cared & loved. May Allah give us barakah in our marriage.❤️❤️❤️

This is my wishlist for years ahead..(shared by an influencer) and i’d like to share with you guys, we can do this together insyaallah :

1) sodaqoh subuh even RM1

2) recite sayyidul istighfar day and night 

3) Reading Surah Al-mulk & As-sajadah especially before sleep

4) Read Surah Al-kahf  (every Friday), ayat 1-10,100-110 everyday

5) Zikir Fatimah (subhanallah,alhamdulillah,allahualbar x33 each)

6) selawat atas nabi Muhammad SAW

7) avoid ghibbah and fitnah, hurting others, just be kind always to anyone & anywhere

8) To forgive people before going to bed

Let’s do the checklist together!

Be kind always~

-ummiaddins-


Thursday, September 2, 2021 at 3:25 AM , 0 Comments

8 years full of colours

 Assalammualaikum w.b.t

It’s been so long not to write here..just feel to write again to fill my ‘me time’ ðŸ˜Š Reading my previous post just make me feel ‘awful’ haha.. 


How time flies..

Thank you Allah for everything..

You gave everything I asked for. Good husband and sweet kiddos.. 


Sometimes i feel lost..

Drowning in my own emotion..

I feel sad, cause i lost my patience today.. 

Me not a perfect mother, but I’ll try again & again..


I want to be ‘the parent today that my kids will remember tomorrow’.


Some tips parents! Me still struggle, but nevermind life is a learning process ðŸ˜‰


 When you feel like to burst (sometimes kids just want an attention, they need the ‘undue attention’ from us)


Just take few steps back (remove yourself from the situation) > breath please! Calm down > istighfar & take wudhu’


Hopefully we’ll be better from now on.. All things are difficult before they become easy !


Be kind always~

-ummiaddins-

Saturday, August 28, 2021 at 11:14 PM , 0 Comments

6 months junior HO

Assalammualaikum w.b.t

Entry ini lebih kepada luahan hati. buat diri saya seorang junior HO. Sedar tak sedar i've been working as HO for almost 6 months already. Now, i'm in obstetric & gynaecology hmmm...banyak perkara yang saya belajar, ilmu yang diharapkan takkan saya lupa for my future nanti..banyak juga belajar tentang environment, colleague, patient, psychology...

Tapi, sekarang ni saya dah start mula rasa, hidup saya hanya berkisar tentang hospital-rumah...balik keje, rehat, keje balik...same thing goes everyday until i realized, i'm tiring of this, felt wanna just go out, take a walk...rasa macam nak pegi ke satu tempat yang ada scenery yang cantik...just for a walk...dah lama rasa tak melihat keindahan alam ciptaan Allah...Buat adik-adik yang bakal bergelar doktor, persiapkan diri dan minda anda menghadapi saat-saat begini. Kadang-kala saya rasa kosong...hidup ibarat hanya untuk bekerja.. :(

Dalam O&G, suasana sgt berbeza dgn ortho...dari segi persekitaran dan cara kerja (i mean colleague) saya lebih suka ortho. Dalam ortho saya dapat rasakan HO is a part of the team. Tapi, sekarang saya tak dapat rasakan we as a team. hopefully i can survive till the end.

Bab kerja rumah..Alhamdulillah saya punya suami yang sangat memahami, tak perlu saya minta tolong dalam kerja rumah, husband saya ringan tulang membantu, dan dia sememangnya tak boleh tengok benda serabut2 ni, thanks abang for everything. Tambahan pula sebulan yang lepas i had miscarriage, betapa sedih hati hanya Allah yang tahu. keep on thinking of it. trauma for next pregnancy pun ada :( whatever it is, SABAR.. sebelum datangnya sabar, saya perlu redha...

redha dan sabar perlu seiring. dalam kehidupan ini, Allah menguji kita dengan dugaan yang berbeza mengikut    kemampuan hambaNYA. Mulut memang mudah mengucapkan... namun, segalanya bermula dalam diri dan hati...jika terasa berat, ingatlah dugaan itu tarbiyyah diri, mungkin dalam kesibukan seharian kita mula menjauhkan diri dari DIA. dan dugaan datang untuk membawa kembali diri mendekati DIA.

Tapi, dalam pahit ada manisnya...saya sedar pekerjaan ini yang saya suka...memudahkan pesakit, berpeluang untuk saya beri kata semangat pada mereka. mengingatkan mereka pada tuhan..dalam mengingatkan pesakit  pada Allah secara tak langsung saya akan ingatkan diri saya kepada DIA. dan ucapan terima kasih pesakit membuatkan saya tersenyum..:) alhamdulillah..Thank you Allah.....




Wednesday, February 20, 2013 at 2:59 AM , 4 Comments

post-tagging :)

assalammualaikum w.b.t

berbulan lamanya tak menulis kat sini...habis study, jadi full time housewife, walaupun tak full sgt actually. coz my husband really help me out to do the house chores. hehe nak buat macam mana, post study period, nak relax je keje. to abang: thanx for everything.i'm the lucky one to have you in my life.you are the best!The one that i really adore. u've inspired me along the way...when times get difficult and stress me up..u'll be there beside me..thanx allah for my husband :)

since finishing school, my life have changed...this year, first ramadhan n raya as a wife :) dulu mak selalu kejutkan sahur. now kena bangun sendiri prepare everything then kejutkan suami pulak..:) but the sweetest part is..bila husband cakap thanx and puji kita masak. each time masak i'll ask him, ok tak ? ;) ada jugak yg xok...selalunya kurang masin haha... xpela lam-lama nanti pandai la kan..kurang masin takpe tak kena darah tinggi heee~pas raya my parent-in-law bawak g hatnyai thailand..:) 2 days 1 night walaupun xpuas sangat berjalan sebab 2 hari je...tapi itujela baki cuti raya suami saya pada waktu itu..:(

habis je raya, went for induksi. erm sedih juga actually batch kitaorg buat dekat pusat latihan kesihatan je as bahagian pengurusan latihan cam kalut-kalut sikit sebab nk startkan kami keje lebih awal before convo coz seniority means a lot in medical field...in sense that post grad programme n kenaikan gred katanya..even 1 day difference with your colleague..so pasrah walaupun xde mood lagi nak keje masa tu...so my induction was on 4th sept in lumut..okla just nice tempat tu, tepi laut :) bermulalah episode menjadi houseman UD41. berkhidmat di kementerian kesihatan malaysia...

all my 3 choices tak dapat :( dapat HKL at first tapi bila fikirkan kejauhan yg teramat, so i appealed for somewhere else. as long as not being far with my husband..huhu..kawan-kawan ramai di H.Seremban...dah berkampung agaknya grad USM kat situ..so i've been posted somewhere and there's just 4 of us from usm..majority tanya HO kat situ mesti grad russia/ukraine..local rasanya tak jumpa lagi, just in my dept...bab dept pulak..erm first day tu jumpa timb pengarah hospital...then dia bawak buku log different dept...bayangkan nak pilih posting mana pulak..rasa semua knowledge berkarat cuti 2 bulan...

so dalam berebut-rebut tu pilihan yang ada just surgery,paediatrik,o&g,orthopaedic....so secara pantasnya i just grabed ortho as my first placement to complete housemanship programme in 2 years time.. tagging 2 weeks...7-10pm hari2 penat sangat-sangat :( they said ortho was the 2nd most scariest dept for HO after paeds. just wait n see :( alhamdulillah dapat suami yang memahami...hantar n fetch me for almost every day..lega tak payah drive..penat takut accident je. so far alhamdulillah i've passed my off tag assessment. tp after this i'll be responsible to take care the ward by myself. takde dah senior HO baik-baik hati kalau diorang dah balik keje awal...apa yang stress nya part procedure, nk post OT, hantar sample, all that forms and referal just make me stress. sebab tak tau cara..salah kang kena marah...so even a single thing yang i'm not sure, musti tanya senior..kesian gak tengok kadang-kadang diorang terpaksa melayan saya budak baru belajar ni..huhu

hopefully things will get better..i'm the first poster...i'll take it as a challenge in positive way..even the HOD of ED pun i'll ask if not sure form apa kena isi kat ED tu for certain things la..sampai dia pun notice and berkenalan..then dia kata it's ok belajar lama-lama okla...lega rasanya..:) for me doesn't matter how people see me, bertanya itu ini, even tanya MO yang ditakuti ramai...as long as daripada dimarah sebab buat silap atau dimarah sebab banyak tanya sangat..i'm prefer the 2nd one :) haha..

thanx hubby :)
alhamdulillah for all the blessings..hopefully this 2 years time as trainee doctor will be a fun n enjoyable phase of my life..may Allah bless. :) 1 entry cover everything..a story or time line that happened which later will be part of the sweet memories in my life.....:)

Friday, September 28, 2012 at 9:26 AM , 2 Comments

alhamdulillah..

Assalammualaikum w.b.t Alhamdulillah,subhanallah...betapa gembiranya hati ini..masih terbayang lagi detik2 debaran menantikan satu persatu nama candidate MD USM class 2012..satu persatu DR.....sehinggalah saya tak tertahan lagi menunggu dan mengalirkan air mata..semua nama sahabat saya telah diumumkan..dan akhirnya alhamdulillah...apabila dean menyebut dr siti nor akmal bt abdullah.subhanallah betapa besarnya nikmatMU..inilah kali pertama secara surprise saya datang mendengar result diumumkan.setiap kali profesional exam,mentor saya pasti menghantar sms ucapkan tahniah in advance as she knew the result already.huhu..

Setelah 5 tahun, entah berapa kali mengalirkan air mata, debaran setiap kali peperiksaan...berakhir sudah dengan bantuan daripada Allah s.w.t..3 kes untuk short case surgical dan long case medical,nak undi untuk pilihan kes surgikal or medikal pn berdebar juga.hanya allah sahaja yang tahu.alhamdulillah semua examiner yg baik.yg dulunya scary sgt2 tp sgt baik hati ketika pro exam.terima kasih prof2 dan dr2. External examiner dr medical school lain pun baik2, alhamdulillah..dan betapa gembiranya melihat kegembiraan lecturer semuanya..





 Ini adalah hadiah terindah buat insan-insan tersayang..mak,arwah abah,mertua dan keluarga yang mendoakan kejayaan saya..dan semestinya insan yang banyak bersabar,memberikan kata2 semangat,suami tercinta muhammad zahid b mat yusof. Terima kasih abang! Berjauhan dan bersabar atas segalanya..alangkah gembiranya jika arwah abah masih ada..alhamdulillah allah berikan saya kesempatan penuhi my father last wish.. Ini hanya titik permulaan untuk kehidupan yang masih panjang..semoga saya dapat berbakti kepada agama,bangsa dan negara.moga allah redha..moga dapat bekerja seikhlas hati..yg utama betulkan niat insyaallah..

Wednesday, June 27, 2012 at 7:26 PM , 0 Comments

Noktah...

Assalammualaikum w.b.t Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan menyambung hari-hari dalam kehidupan ini..kurang dua minggu lagi exam saya...saya sangat risau, saya rasa banyak yang saya tak tahu...segala macam rasa dalam hati.. Saya takut akan kegagalan...bukan sekali malah banyak kali sepanjang saya bergelar medical student.namun, suami saya sering mengingatkan...kegagalan atau kejayaan pokok pangkalnya adalah dari allah.usah dirisaukan,cuba yang terbaik disamping berusaha,haruslah bertawakal..kerana bukan kerana usaha kita,kita berjaya...tapi DIA yang menentukan..jika gagal,perlunya ada kesabaran...bukankah kesabaran itu pahalanya besar disisi Allah? Nasihat suami, membuka hati yang sering alpa...walhal saya harus ingat,allah maha tahu atas segalanya,saya hanya harus bersabar,berusaha dan terus meminta kepadaNya. Terima dengan penuh keredhaan segala qada dan qadar..mudah-mudahan semuanya mendapat ganjaran di akhirat...kehidupan dunia membuat saya alpa sebentar,kehidupan sebenar-benarnya adalah akhirat...moga apa yang diusahakan di dunia dapat dijadikan bekalan di sana kelak.. Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanya umpama titik NOKTAH...dari titik itu bermula garisan panjang tanpa penghujung..dan garisan itu umpama kehidupan selepas ini...kehidupan yang kekal abadi...bersabarlah wahai hati..doakan buat saya dan teman-teman...insyaallah moga allah redha..

Sunday, May 27, 2012 at 9:22 PM , 3 Comments

2 bulan



assalammualaikum w.b.t

pejam celik pejam celik...dah 2 bulan we've been married :) alhamdulillah atas segala nikmatMU ya allah..and 3 months more towards my professional exam waaaaa~ i'm so scared..keep wondering whether i could make it or not..

yesterday was my interview with SPA, and honestly I'm not so prepared for it...bacala juga FAQ SPA, dok menghafal... n in history (in my life la kan..) i'm the last person for that interview seksanya menunggu, can't stand for the anxious feeling for so long...the same feeling when i'm sitting for any exam..but alhamdulillah, it's over and rasa cam best plak bersembang dengan interviewer tu hehe..they're so nice..but medical part i screwed it a bit..jawab management berterabur..huhu actually i tried direct the doctor to ask me regarding my current posting which is psychiatry (fresh lagi kn....tanyala schizo ke bipolar ke...huhu) but he said i prefered emergency medicine..huhu cemas dah time tu coz i know he will definitely ask me about polytrauma n flail chest like previous candidate...but i let him knew that i'm not doing A&E posting yet (A&E will be my next posting after this) so he ask me about medical based question which i leave it for so long since i'm in 4th year..alhamdulillah it's all about 42y.o malay gentleman came with the history of chest pain..how u manage? so i just answered but berterabur skit...whatever it is..alhamdulillah n look forward :)

last month my husband gave me a very special present...:) he brought me to KOREA for our honeymoon...thanks to allah for all the blessing :) it was chinese new year holiday...bermakna the last cuti panjang ever!huhu..i've great time there, great moments, great experience in winter and skiing haha..n "skin desquamation"...dah memang kulit orang Malaysia kan...huhu..alhamdulillah dapat melihat keindahan Allah ciptakan kat sana...sangat cantik...then after coming back to malaysia, we got free ticket entry to universal studio singapore:) thanx to my brother-in-law. and special thanx to my beloved husband yang temankan juga naik segala high speed roller coaster yang saya teringin sangat nak naik even demam terkena penangan winter korea hehe..

after all the happiness...now it's the time to focus most to my coming pro exam in june..huhu..wish me luck n pray for me..may allah ease everything :) amiiinnnn...

one and only masjid in Seoul...the place named Itaewon

Friday, February 10, 2012 at 12:09 PM , 4 Comments

fasa baru dalam kehidupan :)









assalammualaikum w.b.t...

alhamdulillah,segala puji-pujian bagi allah semesta alam :) hari ini sudah enam hari saya memasuki fasa baru dalam kehidupan saya:) menjadi seorang isteri buat suami tercinta MUHAMMAD ZAHID BIN MAT YUSOF :) semoga ikatan cinta yang terbina hingga ke syurga..dan rumahtangga yang terbina penuh dengan rahmat dan redha Allah s.w.t :)

saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih buat semua, terutamanya family dan sanak-saudara saya yang berpenat lelah membantu saya, buat keluarga mertua yang datang dari jauh, juga kepada sahabat-sahabat yang travel jauh-jauh untuk datang...juga kepada sahabat-sahabat suami saya yang macam rombongan satu bas bila bergambar hehe...apa-apa pun syukur kepada allah dengan segalanya...hari pun cerah,perjalanan majlis yang smooth. mohon maaf di atas kekurangan..dan kepada sahabat-sahabat yang saya tak berpeluang berborak lama:(

terima kasih, jazakallahu khairan kathira...atas segala ucapan selamat dan doa...kehadiran kalian untuk memeriahkan lagi perkahwinan saya amat bermakna :)

buat suami tercinta...terima kasih tak terhingga atas segalanya...semoga saya dapat berbakti dan menjadi suri penyejuk hati suami sentiasa..:)

Friday, December 16, 2011 at 9:02 AM , 3 Comments

oNg!

assalammualaikum w.b.t...

alhamdulillah ya allah...for giving me another day...sekarang dh masuk minggu ke-3 O&G posting...this year sangat2 xproduktif..i haven't complete my log book..conduct delivery apatah lg :( semuanya kerana renovate air-cond labour room...and most of the case admitted to the ward n labour room just complicated case. seharian on call, i looked after this kakak from the evening till 3am, 25y.o malay, primigravida (first pregnancy), post-expected date of delivery 12days..but she had prolonged 2nd stage...which means the phase that mother had the urge of pushing. she tried but the baby not came out. so end up with instrumental delivery...

betapa kecewanya hati ini, huhu...tapi takpelah keep telling myself to see things in the positive way..mlm tu on call dengan dr yang best, he guide me to do episiotomy:) insyaallah this coming 2 weeks we'll be posted to Hospital Kota Bharu for more exposure:)

2minggu je lagi nak habiskan posting o&g...means exam is coming!permudahkan ya allah..berikan kejayaan kepada diriku dan sahabat-sahabat seperjuangan. malamni teman one of my friend merangkap rumate tersayang sya ke konsert nasyid edcoustic :) the last year before graduate:) membaca entri2 lama yg lebih kepada diari hidup sebagai pelajar buat saya tersenyum :) may allah ease everything...

Thursday, September 29, 2011 at 1:48 PM , 1 Comment

final year

assalammualaikum w.b.t...

alhamdulillah masih berkesempatan bernyawa sehingga hari ini..now about 1 week i've started my new semester here in USM. baru je tau my uni is the no.1 in malaysia currently...:) new ranking this year..
BRAVO!!!

apa-apa pun...baru seminggu start final year rasa tension yang amat....i started with o&g same as in 4th year...but this year major posting duration for 5 weeks only.and need to revise back obs and gynae...each time pakar & MO asked question seems like the knowledge was not there anymore..huhu...or sometimes it's there but need to recall it huhu...but it's very stressful to know that your brain can't even find the way to reach there huhu...

my pakar in the team said....how come u enter final years/clinical years but your basic sciences are so weak huhu..seriously, i can't remember the basic sciences. and if he asked up to the molecular level, it's even worst!

so my fiance every day was like giving me a motivational talk. i want to be like him,very confident every time, and always ready for everything and get praised by the consultant and colleagues each time during his presentation. apa-apa pun he said...tetapkan&betulkan niat sentiasa. insyaallah ikhlas kerana allah :)

i've to be focused!confident!and hardworking!!wish me luck...may allah ease...amiiiinnn...:)

Thursday, September 15, 2011 at 12:55 PM , 1 Comment

Ini Kisahku - Wardina Saffiyah.mkv

assalammualaikum w.b.t..

alhamdulillah saya berkesempatan melihat video ni kat FB.ramai yang share...n wanna share this vid here..bermulanya membesar dalam suasana Islam...di pertengahan mencari identiti diri..menemui simpang di dua jalan....walau tersalah membuat pilihan...namun, dia pulang mencari simpang yang terus membawa kebaikan...sesungguhnya hidayah Allah tetap kepada sesiapa yang dikehendakiNya..

don't judge people..but we always judge people...
sedar atau tak...dalam hati pasti terlintas kadang-kadang kan...
the 'power of observation' membuatkan kita berprasangka..
suuzon dgn orang lain..tapi cepat-cepatlah kita istighfar..
ingat untuk menjadi baik adalah hak semua orang...
untuk berubah menjadi baik juga hak semua orang...
kita pernah membuat kesilapan...dan orang lain juga pasti ada membuat kesilapan...
kesilapan dalam percaturan dan hanyut di buai nafsu dan keindahan dunia sementara..
kerana kita semua adalah manusia biasa...hatta di label sebagai ustazah pasti juga tak terlepas dari membuat kesilapan...kerana kita semua manusia...
tapi...ingatlah...walau apa pun kita...walau macam mana background kita dibesarkan...sekolah agama....sekolah sains...yang seperti kita selalu bandingkan....kita tetap membawa nama...
SAYA SEORANG MUSLIM...
dan sebagai muslim, walau apa label yang diberikan manusia...pangkat tinggi sekalipun...
kita WAJIB menjalankankan tugas kita sebagai hamba...
WAJIB melaksanakan rukun islam...WAJIB menutup aurat..
biar sejarah kesilapan lampau tinggal kenangan...
yang pasti hari mendatang kita perelokkan...usah kerugian melakukan kesilapan yang sama...
sesungguhnya...allah sentiasa memberikan kita pilihan...baik atau buruk...
ternyata kuasa memilih di tangan kita...syurga atau neraka..
kasih sayang Allah itu luas...dia maha pengasih..maha pengampun....
insyaallah dengan keazaman, pasti DIA akan sentiasa memudahkan jalan hamba-hambaNYA..
jalan ke arah kebaikan...jalan untuk mendekatiNYA...
dugaan dan ujian diberikan agar kita sentiasa ingat kepadaNYA dan sesungguhnya allah rindukan rintihan hamba-hambaNYA...
bak kata kak wardina...nak berubah biar sedikit2...insyaallah...semoga kita dapat inspirasi daripadanya..


Monday, August 15, 2011 at 10:30 AM , 0 Comments

ramadhan...

assalammualaikum w.b.t

alhamdulillah...hari ini masih mampu menghirup udara pagi.masih mampu berpuasa...hidup dalam kenikmatan agamaMu...subhanallah...sudah genap seminggu berpuasa,masa berlalu begitu pantas. Kata mak, memang berbeza sungguh dengan suasanan dulu...hari-hari terasa begitu panjang...petanda kiamat kian mendekati kita...hurm...saya rasa saya nak tulis beberapa perkara yang bermain di fikiran saya sepanjang Ramadhan ini...moga-moga dapat menyuntik dalam diri kita inspirasi untuk penambahbaikkan dalam diri...dan setiap kali saya rasakan pasti ingatan kepada kematian menjadi pilihan...

Ramadhan kali ini juga sudah menginjak ke tahun ke-6 tanpa arwah abah di sisi kami sekeluarga...hanya kenangan bersama ditinggalkan buat kami yang masih meneruskan perjuangan menjalani kehidupan. Tiada lagi ikan bakar abah...dan pertama kalinya dulu saya belajar membuat air asam ketika ramadhan bersama abah dan emak...Moga kita semua bakal berjumpa lagi di tempat yang diimpikan setiap insan, syurgaNya yang kekal abadi...

Awal Ramadhan lalu saya memandu pulang dari KL ke JB...sepanjang perjalanan pasti saya takut...takut akan kematian. walhal tahu tidak sesaat pun allah akan melewatkan walau dimana pun kita...if something meant to happen..it will happen...right time, right person and for the best reasons....He knows the best. Saya selalu fikirkan, janganlah ya allah Kau ambil nyawaku dengan kemalangan...ngeri saya fikirkan...tapi siapalah kita yang akan menentukan...hanya doa mudah-mudahan kita diambil nyawa dalam keadaan yang baik dan sedang mengingatiNYA..

dalam perjalanan, emak dan saya masing-masing melayan fikiran sendiri, anak saudara saya, Aqil tidur di belakang...lintas sebuah motosikal lebih kurang macam RXZ di sebelah lorong memotong. Dia meluncur laju..terdetik di hati...uish lajunya....melepasi tol..kenderaan bergerak perlahan...tertanya-tanya kenapa...jarang highway tu jammed..rupa-rupanya ada kemalangan....dan saya melepasi sekujur tubuh yang kaku barangkali baru sahaja accident.melihatkan motor saya dan mak rasa sama dengan motor yang melintas tadi...mungkin juga orang lain...hurm...jika benar telahan saya..sekejap tadi saya lihat dia meluncur laju di sebelah...sekarang sudah terbujur kaku di tengah jalan...

semoga kita sempat menambahbaik diri kita sebelum ajal menjemput...may allah ease...selamat berpuasa...selamat mengerjakan ibadah....semoga Ramadhan menjadi titik tolak istiqomah dalam diri kita..amiiinnn...

Monday, August 8, 2011 at 9:39 AM , 1 Comment

Asssalammualikum w.b.t….

Alhamdulillah masih punya waktu untuk menghadapi kehidupan ini..just random thoughts..kebosanan dan keletihan membuat bunga dip…bunga dip ni sangat cantik…dah banyak sekarang contributor2 yang tak kedekut ilmu mengajar cara membuat bunga dip J bolehla kalau nk mencuba…J

last weekend pergi KL. Erm so that time Malaysia havoc dengan perhimpunan Bersih..jalan sangatlah jammed..kadang-kadang saya fikir..ke mana hala tuju politik Malaysia. Frankly speaking, susah nak percaya orang-orang politik. Ketelusan dalam pilihan raya, then bila menang.. amanah yang diberi akhirnya kalah dengan kegilaan kuasa untuk kepentingan masing-masing. Saya percaya, generasi muda yang kadang-kala ibarat endah tak endah sebenarnya melihat dari jauh serta menilai dan menunggu ke mana pengakhirannya. Kadang-kadang terfikir juga betulke Malaysia Negara berdemokarasi?

Even berita di dada akhbar juga dimanipulasi…erm entahla….hidup ni senang kalau ingat tuhan….takut pada tuhan…takkan semua ini terjadi kalau takutkan tuhan..ingatan buat diri sendiri juga..

Apa-apa pun…saya sangat berharap YB yang islam khasnya dapat soroti kembali niat dan matlamat mereka amembantu rakyat. Moga mereka tak lupa tentang amanah yang Allah berikan. Kelak pemimpin juga punya tanggungjawab besar di akhirat..

Dari Abu Dzar, Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman, Muaz bin Jabal r.a, dari Rasulullah SAW, sabdanya : " Bertaqwalah kepada Allah di mana saja engkau berada. Iringkanlah perbuatan jahat itu dengan perbuatan baik, mudah-mudahan yang baik itu akan memadam yang jahat. Dan berperangai kepada manusia dengan dengan perangai yang bagus. " wallahualam…take care.have a nice day!!

Wednesday, July 13, 2011 at 12:42 AM , 2 Comments

finally, 2 days more...


asslammualaikum w.b.t

alhamdulillah..hari ini masih diberi peluang menjalani hidup seperti biasa...rutin yang biasa selama almost 1 month...berulang-alik ke hospital..next year insyaallah jika umur panjang...saya akan bekerja mungkin di hospital yang sama yang hanya cuti sehari dalam 2 minggu...that's what my MO said...huhu..

weekend haritu keluar bersama-sama my course-mate yang elective sama2..actually we want to celebrate yana's birthday...after all, we've fun together..mengakhiri sisa-sisa hidup kanak-kanak yang tak mungkin dapat dirasai tahun depan huhu...


thanx fiza,yana&faiz..

just 2 days left before i complete my elective posting...assessment form pun dh di hantar..tomorrow we'll buy something for our MOs insyaallah...banyak yang mereka bantu sepanjang elektif kat sini...doktor and nurse garang2 just rumors kot...adalah yang garang...tp i think biasalah they wanna give the best for patient..urm...

my MOs ada juga bagi advice...as usual..to become a doctor,we don't need a genius...genius sometimes not even perform well during working...what we want is hardworking...in terms of knowledge....read and read...then he told us about his experiences...then he said, no matter where you are graduated from...show good attitude and keen to learn...that's the most important...after that you have to think....what you wanna be in your life..

just a diary of myself...moga ada hari esok ya allah untukku melalui kehidupan ini..kadang-kadang kita terlalu bersemangat ingin mencapai sesuatu dalam kehidupan sehingga kadang terlupa kecintaan kita pada Dia yang menciptakan...moga cita-cita seiringan dengan bekalan pengakhiran kehidupan...have a nice day!! :)

Wednesday, June 29, 2011 at 9:14 PM , 2 Comments

business kek kukus :)


ustaz rosli, kak rabiah & kak ti:)


assalammualaikum w.b.t..

hari ni sangatlah penat...started from 2 days ago...saya pulun membuat kek kukus n banyak juga dibantu oleh mak n kakak saya...:) habis je elektif kat hospital 5pm..balik rumah membuat kek kukus coklat...sangat simple n sedap...actually i got the recipe from myresipi.com..terima kasih banyak2 kepada contributor, from this website jg saya banyak dapatkan resipi2 masakan kesukaan yg sangat mudah n so yummy !! especially pastry..hee menambahkan skill yg sangatla tak pandai ni...






sebahagian daripada kek yang dijual:)


then i got the idea, daripada takde keje kepada membuat kek kukus sepenuh masa selama 2 hari before hari kantin sekolah kebangsaan khir johari hehe...alhamdulillah...sambutan sangat laris habis terjual pagi tadi...ada tu datang balik beli lagi :) al-maklum la kanak2 memang suka kn...ditambah pula mendapat tempahan cikgu pada hari isnin ni...so terpaksalah saya siapkan bersengkang mata pulak esok :)

saya join tumpang sekaki gerai jualan J-QAF.ustaz2 n ustazah sangatlah havoc!hee...diorang jual mee celup and air..and saya float+kek kukus + home deco :) seronok jg lama tak berniaga..last zaman sekolah :)

tapi yang tak menariknya hari ini...saya terseret sikit kete one of the teacher..kereta yang crowded menyebabkan saya ter'hilang kawalan' or ilusi optik...benda dah nak jadi nak wat macam mana kn:( xpela...one of my life time experience...apa-apa pun alhamdulillah :) cuti 4th year yang mungkin saya tak akan rasakan tahun depan...the last year ever before graduate..huhu...


Saturday, June 25, 2011 at 8:17 PM , 0 Comments

assalammualaikum w.b.t..

hye everyone..ehem...today i went home disappointingly, that pakcik i took blood c+s seems like bising2 like i'm hurting him..huhu..so i failed!huhu...but another things that make my day because that pakcik has almost all the signs of typical Tricuspid Regurgitation...(it's something a kind of pathology to one of the heart's valve) then we're able to discuss with MO about that..the MO said..there're so many causes we could read from the text book/internet but clinically i often see just 3 things..

1)ischaemic heart disease
2)rheumatic fever
3)infective endocarditis (>IVDU)

other than that, new things that i found is 'cardiac cirrhosis' one of the MO said it's actually a combination of right ventricular failure and liver cirrhosis..congestive hepatopathy..generally from medscape:

"Cardiac cirrhosis (congestive hepatopathy) includes a spectrum of hepatic derangements that occur in the setting of right-sided heart failure. Clinically, the signs and symptoms of congestive heart failure (CHF) dominate the disorder. Unlike cirrhosis caused by chronic alcohol use or viral hepatitis, the effect of cardiac cirrhosis on overall prognosis has not been clearly established. As a result, treatment is aimed at managing the underlying heart failure."

1 case few weeks before..a 60years old malay lady with a known case of hypertension presented with complaint of skin redness over the medial thigh 1 week prior to admission..briefly the lesion progressively worsens and spread to the trunk, upper limbs then to lower limbs..initially, it was non-raised lesion but then became like 'maculopapular' and blister over the body...finally the dx was pemphigoid...erm...generally, i just want to give some idea to us to know the differences between the pemphigoid vs pemphigus...it's an interesting case that rarely we can find in clinical settings here...

huhu another disappointment because during dermatology tutorial asyik main je...huhu


Wednesday, June 22, 2011 at 7:02 PM , 0 Comments

2nd week..

assalammualaikum w.b.t..

sekarang dah pun habis 2nd week of my elective posting in HSA,JB.erm...this week went just like usual...but there was interesting activities we've been go through...i helped the HO & MO resuscitate patient..doing the CPR. continuous chest compression..it's really tiring i tell you..even i just replaced the HO for just about 10minutes..sweat a lot after that..hehe..but at last doc didn't manage to save her...she is from myanmar, diagnosed to have Pulmonary tuberculosis meningitis...than at the evening, another 1 patient failed to survive...looked at their relatives,friends and children..really touched my heart..but started from now, i must be strong and do not influence by the emotions..huhu..kematian tu suatu kemestian pada setiap yang bernyawa..moga kita sebagai umat Islam dapat mengakhiri kehidupan ini dengan husnul khotimah..

on the other day, i've joined clinical teaching of final year student from an IPTS. here i just realized the difference between us USM n that IPTS..just my point of view, their teaching was very simple...i mean the history and PE really not formal...the way they present it..and examine patient..the history sometimes very short and not complete..may be their teaching wasn't like us. i don't know..

tak kirala kat mana pn kita belajar...it's just the same..tapi bila elektif ni,rasa sangat tak sabar tunggu weekend..hai canela keje nanti...tomorrow nk g picnic ngn family kat pantai :) lama tak relax2 melihat kebesaran Allah...have a nice day!!

p/s:one of the MO said..when u are working..the situation is totally diffrent from theory..clinically and theoritically...2 diffrent things..so what i need the most..GOOD ATTITUDE..and spent a lot of times with patient in the ward...that would always be the same 'rule' for all medical students..erm..

Friday, June 17, 2011 at 10:05 PM , 0 Comments

just give a try..

assalammualaikum w.b.t..

just coming back from hospital..during this first week,nothing much i can do. actually we're not allowed to take blood or do any procedure that could harm ourselves. as the assistant of head of medical department said, never mind you can learn during HO. now you don't have any insurance to cover yourself if anything happen. hurm....so, we just pasrah for that reason..

we just clerk and examine patient in the ward. however, today the HO gave me an opportunity to improve my skill. he asked me to insert the branula. actually, i never insert a branula to an elderly patient. the reason because i'm afraid to do harm to patient. even to take blood, i do prefer younger patient and O&G. pregnant lady much easier because their vessels are dilated. waaa..i didn't have the confident at all. but, alhamdulillah, with the courage and guidance from him, i'm able to insert the branula to the first elderly patient successfully.. thanx allah...thanx dr..

may be it's just an ordinary story..but it's mean a lot for me...may allah ease always :)

Thursday, June 9, 2011 at 6:36 PM , 1 Comment

it's the end of 4th year..

assalammualaikum w.b.t

alhamdulillah..4th year saya berakhir lebih kurang 2 minggu yang lepas. suka, duka...esak tangis...sedih dan gembira semua telah saya lalui...banyak perkara yang berlaku...banyak juga keputusan saya yang menimbulkan tanda tanya dan isu-isu yang kadang-kala saya juga tidak faham pucuk pangkalnya. rasa sedih dan marah bukan kepalang..namun semua tidak dilepaskan..

sebab sangat memikirkan hati dan perasaan orang lain daripada perasaan sendiri..susahkan jadi orang yang memendam perasaan. kadang-kadang niat kita untuk tak memburukkan keadaan if we throw everything we've kept inside for so long...tapi yang sebaliknya pula berlaku..jadi, saya belajar...ada certain perkara yang kita tak boleh guna pakai as silence is the best...sometimes it turns the other way round..and that silence will kill us from inside...erm...faham tak?

so, dalam sesuatu perkara, saya tak rasa dengan mendiamkan diri akan membuatkan orang lain faham apa yang kita mahukan, kita mahukan orang melupakan atau berlapang dada as what we did...just let the things go with the flow..but..tanpa memberitahu pada orang lain apa yang kita rasa...orang lain tak kan tahu...dan disitulah banyak spekulasi yang akan ditimbulkan...dan akhirnya...salah faham yang dari awal sudah timbul akan berlanjutan sehingga ke akhirnya..

erm...moga saya dapat sentiasa berlapang dada dalam setiap perkara..berlapang dada yang saya pupuk moga dapat terus bertahan...sebab saya sudah dapat rasakan kemanisan berlapang dada ini...masalah yang ada tidak lagi menghantui kita..rasa marah dan sedih dalam sekejap kita dapat buangkan ia jauh2...kerana dengan berlapang dada, kita akan sentiasa berpaut pada allah, memohon kepadanya semoga dipermudahkan segala urusan..jika ujian yang datang...kita akan mencari DIA yang sentiasa bersama kita hamba-hambaNYA...

saya harap ia juga dapat memberi inspirasi kepada orang lain...berlapang dadalah sentiasa...dan elakkan rasa negatif terhadap org lain...kerana rasa negatif hanya akan membebankan jiwa dan hidup kita.

minggu depan saya akan memulakan elektif saya di sebuah hospital. dengar kata, doktor dan nurse kat sana garang-garang..huhu...sy dapat posting medikal..hurm...saya harap ia takkan menjadi kenangan paling pahit sepanjang saya bergelar pelajar perubatan..semoga allah permudahkan...:) have a nice day!!

Saturday, June 4, 2011 at 4:37 PM , 2 Comments