Khusus buat:
- Anak-anak yang bergelar pelajar perubatan ( di mana jua anda berada)
- Ibu dan ayah kepada anak-anak di atas
Sedikit pesanan ini dinukilkan oleh seorang yang pernah menjadi pelajar perubatan ( 1986-1991), sudah bergelar doktor selama lebih 19 tahun, menjadi pakar O&G dan pendidik kepada ribuan pelajar perubatan selama 13 tahun. Namun belum berpeluang menjadi ibu kepada seorang pelajar perubatan lagi setakat ini.Anak-anakku,
Kalian sebenarnya bertuah dipilih Allah SWT mempelajari satu bidang yang amat besar faedah dan manfaatnya buat manusia dan dunia. Apapun yang mendorong kalian membuat keputusan menjadikan bidang ini pilihan, kalian sudah sampai di sini! Betapa ramai rakan kalian yang mengidamkan kerusi yang kalian duduki sekarang ini.
Harapnya, dorongan itu bukanlah semata-mata mahu mencuba nasib, memenuhi hajat dan hasrat kedua ibu bapa dan keluarga yang mahu seorang bergelar `Doktor’ dalam salasilah keturunan, ataupun ingin sentiasa bersama dgn rakan karib lain yang kebetulan juga mendapat tawaran yang sama!
Melihat betapa berlumba-lumba kalian merebut tempat di sekolah perubatan, rasanya seperti ada kempen ` Satu Keluarga Seorang Doktor’ lagaknya.
Jangan kalian terkejut nanti – dengan realiti pengorbanan yang mesti kalian lalui. Perubatan adalah satu lapangan yang perlukan komitmen pembelajaran sepanjang hayat. Kalian sendiri yang perlu mencetus keghairahan mahu menuntut ilmu, bukannya hanya berharap dan bergantung sepenuhnya kepada tenaga pendidik yang menunjuk ajar. Kalian akan mulai mendengar perkataan ` self-directed learning- SDL’, student-centred education, life-long learning, community-based learning, inter-professional learning dll.
Pengajar kalian bukan hanya professor dan pensyarah perubatan, malahan yang bergelar pesakit itulah yang paling banyak mengajar dan memberi tunjuk ajar. Para jururawat adalah mentor yang paling berpengalaman dan perlu diberi penghormatan.
Yang paling utama, akhlak kalian – menjadi pembeza utama antara pengamal perubatan yang mulia dan doktor yang angkuh. Bertuahlah bagi kalian yang sememangnya sudah berbekal dgn didikan sempurna, penuh budi bahasa, tata tertib dan sopan santun yang tinggi semenjak dari rumah lagi. Malanglah kalian yang serba kekurangan dalam aspek ini, sekalipun kalian begitu cerdas mengumpul deretan `A+’ dalam transkrip keputusan peperiksaan saban semester.
Untuk para ibu dan ayah kepada anak-anak yang bergelar pelajar perubatan,
Mohon dipastikan kalian sudah menyediakan anak-anak kalian dengan baik dan sempurna – terutamanya dalam aspek rohaniah dan akhlaqiah mereka. Mereka akan menjadi doktor perubatan – bukan calang-calang profesyen! Pastikan mereka menjadi pengamal perubatan yang tawadhuk dan sentiasa berhubung erat dengn Rabb.. Selitkan doa yang tidak pernah kunjung padam setiap masa dan ketika, moga Allah SWT memberi bimbinganNya buat anak-anak ini.
Sekiranya kalianlah menjadi SEBAB utama anak-anak berada di sekolah perubatan hari ini, sedangkan itu bukan keinginan dan minat mereka sendiri, bersedialah untuk meminta maaf kepada mereka – terutamanya jika mereka akan berhadapan dgn kesukaran dan keperitan memenuhi hajat dan cita-cita kalian itu. Sokong dan dokonglah mereka sehingga ke akhir nanti – kerana cubaan dan dugaan yang perlu anak-anak ini hadapi bukanlah setakat semasa dalam latihan sahaja, malahan yang lebih mencabar adalah ketika terpikul di bahu mereka tanggungjawab dan amanah yang berat apabila bergelar doktor nanti!
InsyaAllah, kalian akan sentiasa dilindungi Allah SWT dari segala bencana selagi mana penggantungan hanyalah kepada Allah semata-mata.
-dr. har-
sedih jg baca ni...huhu
dalam kehidupan ini banyak perkara yg kita inginkan..apa sebenarnya kebahagiaan yg dicari?
kata dr danial, kecemerlangan yg hakiki adalah kecemerlangan kemuncak yang tidak memerlukan kecemerlangan lain selepas itu.
"tiap-tiap jiwa akan merasai mati.dan sesunguhnya pada hari kiamat akan disempurnakan pahalamu.sesiapa yang dijauhkan dr neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka dia telah beruntung.kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan" surah al-imran :185
dulu satu ketika, bila org kata umat islam walau macam mana pun dosanya,selagi berpegang pd syahadah akan masuk syurga selepas terima azab bg perbuatan mungkar di dunia. selalu terfikir,tapi..jika dibayangkan ribu tahun lamanya bersamaan setahun di dunia. ya allah tak sanggup menghadapi kepedihan azabmu.ya allah jangan kau pesongkan hati kami setelah Kau berikan hidayah kepada kami ya allah..hanya keredhaanMU yang kami dambakan.mohon permudahkan ya allah..tak ingin rasa walau sekejap kepedihan itu..
panas sikit pun tak tahan kt dunia ni:( tp kadang-kadang fikir...mustahil tak akn ada dosa yang dilakukan sebab saya manusia biasa..betapa banyaknya maksiat yang dilakukan terhadapMu..ya allah bantulah diri ini, permudahkanlah segala urusan kami dalam mencari jalan untuk mencapai redhaMU..dan yang pasti bahagia yang dicari satu kemuncak yang pasti di kehidupan abadi hanyalah syurga yang hakiki..kerana di situ tiada lagi wujudnya kejahilan selepas itu, keadaannya kekal abadi..tiada lagi kemiskinan selepas itu dan..kegembiraannya berkekalan..
then pediatric posting, it's such an interesting posting but i just figured it out at the final week of the posting. better late than never i guess:) tomorrow, surgery:( may allah ease..
just wanna share something. benefecial to everyone i guess. so meaningful:) n nice!gave me inspiation to be a better person..thanx to my fren who had posted this in the facebook..let's check it out:) sharing is loving ^_^
DEFINISI BAIK...
Intro
Buat 'awak' yang mahu berubah
Berubahlah walaupun payah
Berubahlah ke arah hidup lebih indah
Hidup dan masa muda sekali cuma
Sanggup nak sia-siakan tanpa redha-Nya?
Part I
Logik mudah. Hanya manusia sebagai hamba yang selalu leka, tak sedar. Sungguh la iman tu sentiasa turun naik. Sebab tu bukan senang nak jadi baik. Teringat pula pada perbualannya dengan Hairi suatu ketika dulu. Pasal nak jadi baik ni la.
“Macam mana nak jadi baik?” Dia yang mengajukan soalan. Masa tu mereka sama-sama menunggu kereta api di Central Station. Nak menuju ke Banktown Mosque.
Hairi diam sejenak. “Untuk jawab soalan tu aku rasa it’s best to define ‘baik’ tu dulu.” Dia menutupFrom Beirut to Jerusalem di tangannya. “Baik tu apa?” Giliran AO pula yang ditanya.
Huh. “Baik tu baik la.” Dahi AO berkerut. Nak explain macam mana lagi dah? Hairi ni pun…
“Bagi aku, sesiapa yang beriman dengan Allah tu ‘baik’.” Mudah bagi Hairi member definisinya.
“Okey…”
“Beriman dengan Allah tu macam mana?” Hairi bertanya lagi. “kalau ikut kau, kau rasa apa yang kau faham dengan statement tu?”
“Apabila buat semua yang Allah suruh dan tinggalkan semua yang Dia larang?” Teragak-agak AO menjawab. Nak berlawan soal jawab dengan Hairi ni bukan boleh main-main. Hairi ni budak baca kitab, ilmu tinggi. Bukan baca majalah bukan-bukan macam dia.
Hairi angguk sambil memasukkan From Beirut to Jerusalem ke dalam backpack. “Betul, Couldn’t say it better myself.”
Pandangannya dialih daripada rel kereta api kea rah teman di sebelah.
“Hence, kalau selagi ada benda yang tak settle, tu namanya belum cukup baik lagi tu”
“Vague.” AO menuturkan sepatah. Tak faham. Ayat Hairi tu maksudnya luas sangat nak dicerna.
“Kalau seorang perempuan tu pakai tudung tapi tak solat, belum cukup baik lagi.” Hairi memberi contoh mudah. “Sama juga kalau solat tapi tak pakai tudung, tak cukup baik lagi. Pakai tudung tapi pakai short sleeves nampak lengan pun kira tak cukup baik lagi. Pakai tudung tapi pakai baju ketat jarang terbayang, tak kira cukup baik lagi. Kena fikir balik. Dengan sekadar cukup pakai tudung, pakai baju lengan panjang, tu dah dikira baik? Macam mana pula kalau baju tu form fitting dan selendang pulak jarang sampai nampak bayang batang leher,nampak anak rambut. tak jadi la tu. Maknanya selagi tak embrace Islam tu sepenuhnya,tak cukup baik lagi la tu. Hukum Tuhan. Siapa kita nak membangkang. Takkan nak menangkan vogue fashion terkini lawan dengan hujah hulum kot”
“Hmm…” “Sama juga kalau untuk contoh lelaki. Kalau baca Quran tiap-tiap hari tapi main bola nampak kepala lutut, tak cukup baik lagi. Atau kalau cukup solat lima waktu sehari semalam tapi pegang tangan anak dara orang yang bukan mahram sesuka hati, tu belum cukup baik lagi.”
Macam tu….
“Sebab Allah dah kata, ya ayyuhallazina aamanudkhulu fissilmi kaafah. It’s in al-Baqarah ayat 208. Maksudnya kalau nak ditafsirkan secara kasar, Allah kata ‘masuklah kamu ke dalam Islam secara sepenuhnya dan jangan ikut syaitan kerana dia musuh yang nyata.’ Maknanya tak boleh la nak practice Islam tu secara juz’ie. Secara berjuzuk-juzuk. Mana yang kita nak buat, kita buat. Mana yang rasa tak nak buat kita redah langgar je. Tak jadi la kalau macam tu. Selagi tak embrance Islam tu penuh, tak cukup baik la kiranya.”
Dah bunyi macam susah sangat la pulak nak jadi baik ni. AO menuturkan sendiri dalam hati.
“It’s about masuk ke dalam Islam secara seluruhnya.” Hairi menuturkan denga senyum segaris. “Then THAT is ‘baik’. Tu kira aku punya definisi yang aku pegang la. Dan kalau nak diikutkan, aku pun belum cukup baik lagi. Tapi berusaha ke arah itu. Dan kita kena ingat. Allah tengok usaha, bukannya natijah atau hasil”
Part II
Siapa yang menyangka? Di bumi ini rupanya dia berjumpa dengan insan yang membimbing jalannya dalam mencari Yang Maha Esa.
Siapa yang menyangka? Rupanya dengan melangkah ke benua baru dia sebenarnya ‘lahir’ dan belajar semula menjadi manusia dan Muslim yang bukan hanya pada nama.
Siapa yang menyangka? Di bumi yang dikelilingi bukan Muslim pula dia belajar erti Islam dan Muslim yang sebenar.
Siapa yang menyangka? Jika seketika dulu sebelum dia terbang ke benua koala ini dia menyangka dia telah berubah menjadi Ashraff Omar yang kononnya ‘baik’, bandingan itu hanya sebesar kuman pada definisi ‘baik’ yang mengikut erti hukum Allah sepenuhnya. Sungguhlah. Definisi ‘baik’ yang diletak oleh manusia tak sama dengan definisi ‘baik’ yang telah tertulis oleh hukum Tuhan.
Penutup
Sungguh…untuk berubah itu bukan mudah.Nak cuba meletakkan gerabak hidup di atas landasan al-Quran dan sunnah tu memang payah. Tapi perlu yakin Allah tengok usaha,bukan natijah.’
Perlu mujahadah dan istiqamah
Perfection is impossible,tapi the effort to be a better Muslim tu yang matters
Bismillahirahmanirahim,
Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu [2:208]
Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah ; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui [30:30]
source: VERSUS by Hlovate
tomorrow i'll be back to school..yeah school of medical sciences. USM. what can i say..it's the end of the holidays:( and i've to put a full stop!full stop to "tido byk" and so on.. and it's the time to refresh and get on the track back akmal..
but this is wht i'm worried the most..MY BRAIN..oh dear,are you still sleeping?dreaming?i'm afraid of this, i'm not mentally prepared huhu..got obstetrics&gynaecology for my first posting. O&G is one of a killer posting in USM, start new sem,new session, there will be a new 'spirit or determination' as usual, but then it just fade away~fly away~by the time.
i hope, i'll get the spirit! you have to! and put all you efforts! you have to! don't make such mistakes like before! struggle and it's totally not 'years for honeymoon'.
i'm just throw out the feeling inside..hope whoever read this please pray for me, hoping to face this clinical years smoothly and successfully..even until now i'm not so sure is this the right path for me..but i do believe that allah gave me the best in everything. so it would be~the best for me.insyaallah.
