Perempuan yang sy suka..

http://ms.langitilahi.com/diari-perempuan-yang-saya-suka/

written by:hilal asyraf

Ada orang tanya, apa ciri-ciri perempuan yang saya suka. Kebelakangan ini, rajin pula ada orang bertanyakan soalan-soalan berikut:

“Kalau ada orang nak kahwin dengan awak, awak nak terima?”

“Kalau ada perempuan kata kat Hilal, dia suka Hilal, Hilal nak tak dia?”

“Kalau ada orang nak offer adik dia ke, anak dia ke, Hilal agak-agak, nak tak?”

“Apa ciri-ciri perempuan yang Hilal akan terima?”

Saya tak tahu la kenapa terima menerima, nak tak nak ni. Dia bukan masalah orang offer, atau orang nak kat saya atau sebagainya. Persoalannya, apakah dia memenuhi ciri-ciri yang saya kehendaki? Sebenarnya, saya berat hati juga kalau sangkut menyangkut benda ni. Sebab saya sendiri tak dapat nak pastikan dengan jelas sukatan perempuan yang saya suka, ciri-cirinya dan sebagainya.

Tetapi saya usahakanlah seboleh mungkin.

Maka ini perkongsiannya.

Sederhana

Saya senang kalau bakal isteri saya adalah seorang yang sederhana. Sederhana dengan harta, sederhana dengan penampilan, sederhana dengan ilmunya, sederhana dengan akhlaknya, dan sederhana dengan agamanya.

Jangan salah faham sederhana ni sama dengan separuh/tak cukup. Ini masalah la.

Sederhana yang saya maksudkan adalah, kalau dia kaya, dia tak bermegah-megah. Kalau dia cantik, dia tak menunjuk-nunjuk. Kalau dia berilmu, dia tak bising-bising tunjuk bagus. Kalau dia orang puji solehah, dia tidak pula overboard perasan baik. Kalau dia miskin, dia tak merungut-rungut. Kalau dia hodoh, dia tak mengeluh-ngeluh. Kalau dia kurang pandai, dia tidak pula terlalu memperbodoh-bodohkan dirinya. Kalau dia tak solehah sangat, dia taklah menunjuk-nunjuk ketidak solehahanya.

Sederhana. Bukanlah saya nak dia sederhana ni sebab kepuasan saya. Atau mungkin ada orang fikir: “Nak jadi isteri penulis islamik, mesti la kena macam malaikat”. Saya tidak tetapkan standard ni, untuk sekufu dengan standard saya ke, apa ke. Saya tak pernah pandang pun standard-standard ni.

Sederhana, bukan sebab perempuan itu nak jadi isteri Hilal Asyraf. Saya nampak, isteri saya perlu sederhana adalah kerana, dia nak jadi ibu kepada anak-anak saya.

Itu sahaja.

Agamanya bersih

Selepas sederhana, baru datang yang lain. Seterusnya, saya senang kalau isteri saya ada kefahaman dalam Islam. Maksud kefahaman kat sini, bukanlah dia faham Islam sehebat Zainab Al-Ghazali ke, faqih sampai tahap macam Aisyah RH ke, bukan, dan bukan. Tak semestinya juga, bila saya cakap ada kefahaman agama, dia kena ambil bidang Usuluddin ke, Usul Fiqh ke, Bahasa Arab ke, bukan. Bukan. Ambil komputer pun, ok.

Sekurang-kurangnya, dia adalah yang faham apa Allah nak, dan apa yang Allah benci. Seterusnya dia faham kenapa kena ambil Islam sebagai jalan hidup. Kemudian faham pula kenapa keluarga itu perlu dibina atas keimanan. Kenapa anak-anak perlu ditarbiyah dengan didikan Islam.

Kenapa? Sebab saya tangan saya ada dua sahaja. Tubuh saya ada satu sahaja. Saya ada tugasan saya dengan keluarga dan masyarakat. Kalaulah isteri saya seorang yang agamanya bersih, maka tugas saya ke atas keluarga jadi ringan. Tambahan, isteri saya boleh tegur saya kalau dia rasa saya silap dalam perjalanan saya menjadi hamba Allah.

Bila saya terluka dengan masyarakat, maka keluarga akan menyembuhkan saya.

Tidaklah bila saya terluka dengan masyarakat, keluarga juga melukakan saya.

Wajahnya menyenangkan

Saya akan cari yang menyenangkan mata saya memandang. Antara doa saya kepada Allah adalah:

“Ya Allah, berikanlah aku isteri, yang menyejukkan pandangan mataku”

Nanti bila saya letih bekerja, saya melihat wajahnya, hilang segala letih saya.

Macam mana nak kira wajah menyenangkan ni, saya pun tak reti nak beritahu. Tapi bila saya senang melihat wajahnya, itu kira fit dengan perkiraan saya la tu. Jadi, nak cerita kat sini, susah. Saya tak ada perkataan selain ayat – kalau saya lihat dia, saya senang hati – untuk dijadikan ukuran.

Dan saya fikir, anak-anak saya akan membesar dengan gembira apabila wajah ibu mereka membuatkan mereka senang hati.

Anak-anak saya mesti gembira.

Keturunannya baik

Ada orang ingat, keturunan baik ni dari golongan tengku ke, raja ke, syarif ke. Saya tak kira ‘keturunannya baik’ ini dari segi pangkat. Saya nampak, ‘keturunannya baik’ ini adalah keluarganya orang baik-baik. Bukan jenis buat dosa-dosa besar. Dan paling penting, mak ayahnya juga baik dan sederhana, mesra dan jujur, amanah dan menyenangkan, ambil berat dan penyayang.

Kalau tanya saya kenapa saya perlukan keturunannya demikian?

Mudah. Bukan untuk saya.

Untuk anak-anak saya.

Berharta?

Saya tak tahu saya perlu letak atau tidak perkara ini. Saya fikir, kalau dah cukup empat yang di atas, saya tak perlukan kut ‘harta’ ni. Isteri saya itu adalah satu ‘harta’. Jadi selain dirinya, saya tidak perlukan dia mempunyai harta lain.

Dan kalau dia punya harta, saya akan berusaha tidak menyentuh sesen pun duitnya.

Saya akan berusaha, biar wang saya sahaja sudah cukup untuk menampung kehidupan kami sekeluarga.

Kalau boleh, isteri saya tidak perlu bekerja. Saya senang kalau dia menjadi suri rumah.

Agar dia boleh luang masa dengan anak-anak saya. Mentarbiyah mereka terus dari tangannya. Menyayangi mereka terus dari hatinya. Mengasihi mereka terus dari jiwanya. Agar anak-anak saya membesar dengan didikan air tangannya. Biar anak-anak saya sangat sayang pada dia. Biar anak-anak saya anggap, ibu mereka adalah harta termahal yang Allah beri kepada mereka dan saya.

Saya nak isteri saya happy-happy aja

Saya tak nak isteri yang panas baran. Kalau boleh, harapnya perkataan yang busuk-busuk, sumpah seranah, semua dia tak tahu. Kalau tahu pun, tak sebut. Saya nak isteri saya sentiasa tersenyum, senang hati dan hatinya lembut.

Saya nak gurau-gurau dengan dia, romantik-romantik dengan dia, manja-manja dengan dia, sayang dia sepenuh-penuhnya, dan mencintainya dengan seluruh diri saya.

Saya nak isteri saya happy-happy aja. Dengan saya macam kawan, sahabat akrab yang tersangat akrab. Dengan saya dia tiada malu. Dengan saya dia tiada segan. Dengan saya dia tiada simpan. Kalau dia nak marah saya, dia senang cakap terus dengan saya tanpa cakap belakang.

Biar anak-anak saya membesar dengan suasana kasih sayang. Biar anak saya faham erti cinta. Biar anak saya tidak membesar dengan tertekan. Biar anak saya sentiasa gembira. Biar anak saya sentiasa rasa tenang dan senang. Biar anak saya nampak, rumah itu adalah syurga dia, ibu ayah dia adalah permata.

Saya hairan

Saya hairan dengan orang yang kahwin untuk kepuasan dirinya sahaja. Entah kenapa, setiap kali saya fikir fasal berkahwin, saya akan nampak anak saya. Saya akan rasa berdosa dengan anak saya, kalau saya hari ini merosakkan masa hadapannya.

Saya juga rasa kelakar dengan orang yang bising-bising fasal baitul muslim, tetapi di matanya dia nampak adalah – baitul muslim=cari pasangan untuk kahwin. Sampai ada unit baitul muslim untuk cari jodoh.

Tetapi, baitul muslim itu bukankah hakikatnya projek untuk mendapatkan redha Allah? Ia bukan berhenti pada gerbang perkahwinan dengan pasangan yang kita cari, tetapi ia berterusan sampai ke akhirat nanti.

Siapa sebelum berkahwin, dia fikir benda-benda ni?

Siapa?

Sebab itu, ramai yang dapat kahwin dengan pasangan soleh/solehah, tetapi tak ramai yang dapat produce anak yang soleh/solehah, dan tak ramai pula mampu membina keluarga yang soleh/solehah. Sebab apa?

Dia nampak, ending dia pada perkahwinan sahaja. Dia tidak nampak di alam perkahwinan, dia perlu buat apa. Dia hanya bersedia, untuk berkahwin sahaja. Dia tidak bersedia untuk mengharungi rumah tangga dalam keadaan mengejar redha Allah SWT.

Penutup: Entah dapat, entah tidak.

Saya rasa sedih pula bila tulis artikel ni. Saya sendiri tidak pasti sama ada saya akan dapat apa saya mahu. Hidup ini bukan macam skrip novel yang boleh saya reka endingnya. Sebab hidup ini bukan dijalankan oleh kita sahaja. Hidup ini berjalan dengan jutaan manusia lain.

Apa masa hadapan saya? Saya tidak tahu. Yang ada pada tangan saya hanyalah usaha. Usaha tanpa jemu. Penetapan ciri-ciri ini juga, adalah usaha saya. Agar perjalanan masa hadapan saya, sentiasa berlegar-legar dalam pencarian ke araah redha-Nya.

Baik, kepada yang bertanya, saya sudah menunaikan.

Kamu hendak buat apa lepas tahu semua ini?

ps: mata dah bergenang.


menyentuh perasaan~

Wednesday, January 20, 2010 at 12:10 PM , 4 Comments

sharing..

assalammualaikum w.b.t..dear my sister in islam..sy ingin kongsikan permasalahan yg mgkin kita tak sedar selamani..dan perkara ini jg pertama kali sy tahu secara terperinci, selepas dapat kat emel..mari sama2 tambah pengetahuan:)

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan
ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...

Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu
sendiri
amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan
wanita
Islam....kenapa hal ini boleh terjadi??

Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar
dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk
kepada
lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang
bersetuju dengan pandangan saya ini)

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita
Islam
;
"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang
ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada
kebanyakkan mereka mengatakan:

"alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak
perlu
qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak
mula-mula 'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita
jumpa...

Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan
solat
mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.

Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul
Islam
Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan
Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti
kehebatan
ulama' terdahulu.

Dalam BAB TIGA :

" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."

perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:

Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang
didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti
(dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia
solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor
dan
asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu
subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka
wajib
baginya qadha solat maghrib dan Isya'.

"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah
sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam"
(Imam
Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?

- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu
Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?

- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang
musafir)solat
Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.

- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau
tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah
Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat
Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama :

-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu
subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi
hadas)maka
wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.

-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib,
maka
baginya juga perlu diqadha solat maghrib.

-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau
tidak
dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam
waktu
maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara
perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu
subuh,
hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)

-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu
perlu
di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil
/
Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar
Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini
yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

Sunday, January 17, 2010 at 12:44 PM , 0 Comments

setelah aku dipaling..



exam kian menghampiri..1st feb..n pro 2 in march..ya allah..bantulah kami,permudahkan urusan kami ya allah..sahabat sama2 kita berdoa..tak ingin menyesakkan lagi minda ini dgn hal lain..sebelum tiba pd masanya..moga allah permudahkan..enjoy this video..nasyid pilihan batch untuk hari untukmu wanita MPI-12 USMKK..buat kita merenung sejenak hakikat sebuah kehidupan dunia..dan kasih allah yg tak bertepian..moga allah tidak meninggalkan kita..kerana kecintaan dunia,kita kadang terlupa hakikat hidup seorang hamba..kematian akan tiba pada bila-bila masa...insyaallah perbaiki diri..tarbiyah berterusan insyaallah..

Saturday, January 9, 2010 at 10:42 PM , 0 Comments














lukisan ini, luahan ini, ditujukan khas kepada adik2ku yang sedang hot2 melalui alam remaja (saya dah x remaja, saya dah dewasa..mwahaha~) –>adik2ku yg jauh di mata tapi dekat di hati; Nor Fadhila & Nor Afiqah Abd. Muin, adik2 Ruhul Hanif yg kucintai (Yana, Eni, Jnab, Qilah, Baya, Anis, Nadia, Tasneem, Sakinah, Mas Ayu), adik2 Quwwah al Jadeedah yg tanpa mereka sunyilah hidup ini (Lili, Thirah, Yaqin, Aida, McNa, Shakey, Wani, Kema, Fiza, Ain, Fadhlin, Mira), adik2 1st year yg ceria2 sokmo, dan sisters2 seperjuangan di seluruh pelosok dunia….uhibbukunna fillah~


“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan…” (2:208)

Kadang-kadang kita dah tahu benda tu salah,…tapi kita pejamkan mata, pekakkan telinga….

kenapa ya?

nanti2lah,…takde kekuatan lagi..

kenapa ya takde kekuatan?

sebenarnya,…

kekuatan untuk meninggalkan sesuatu yg Allah x suka, tapi sesuatu yang kita sangat2 suka,

merupakan manifestasi tebal atau nipisnya iman kita….

maka, tepuk dada tanyalah iman.

jika iman nipis, tebal2kan lah ia.

bagaimana?

carilah ilmu…berkumpullah dengan orang2 soleh…jenguk2lah majlis ilmu..

sounds easy, kan?

btul2,…memang susah…

but fake it until you make it…..

“kerana kamu selama-lamanya tidak akan menjadi wanita sempurna,…namun di saat kamu mencuba ke arah itu, Allah akan sangat menghargaimu…”

^(^_^)^

**just share this cartoon..mesej yg disampaikan secara santai tp berkesan:) if u interested to release ur mind...with such cartoon but in d same time make u think about this precious life as allah's servant..just click ini buku conteng hikari kat blog list:) sharing is caring!**

btw, this evening i've clinical teaching..case presentation was hep B+ chronic liver failure..kata-kata doc make me wonder..dilemma seorang pelajar perubatan..again n again it'll cross in my mind..am i qualified to be a doc?do no harm to my patient? *sigh* doc said when he was in med school, undergrad...saya baca kumar&clerk banyak kali khatam..i can remember even the page...oh my!n i look into myself...seems like..i'm not reach at that level..huhu...some more doc said..there's no other way,u hv to work hard to be in med skool..huhu..arghh i'm not that 'work hard' anymore..y?y?akmal get up...professional exam is coming!u r not fully cover the 2 yrs medical notes my dear..are u still disoriented????

~sedarkan aku teman2~

Monday, December 28, 2009 at 10:45 PM , 0 Comments

link..

sharing is caring...

http://www.4shared.com/file/182687914/edbde07d/Ust_Fadhil-Jangan_Hampiri_Zina.html

at 4:43 AM , 2 Comments

secebis rasa..


ingin sy kongsikan tulisan seorang muslimin..mari sama-sama kita renungkan..moga terkesan buat diri..

“Assalamualaikum. Tujuan saya menulis e-mail ini adalah untuk memberitahu bahawa saya ingin melamar awak menjadi isteri saya yang sah. Harap awak dapat memaklumkan kepada saya samaada awak bersetuju atau menolak lamaran ini”


“Waalaikumussalam. Terima kasih atas lamaran itu dan kepercayaan saudara terhadap saya untuk dijadikan isteri. Saya minta maaf, kerana saya telah dimiliki seorang hamba Allah yang lain. Saya harap saudara dapat menerima bahawa saya perlu menolak lamaran saudara. Wassalam.”


“Tidak mengapa. Saya membuat keputusan untuk melamar saudari hanya kerana pegangan Islam yang kuat dalam diri saudari. Walaupun saya tidak pernah bercakap mahupun mengenali rapat saudari, tapi dari perwatakan dan pergaulan saudari sudah cukup menggambarkan betapa saudari seorang muslimah yang sejati dan digeruni. Saya menerima ketentuan Allah bahawa saudari bukan milik saya. Semoga terus berbahagia dan dirahmati Allah. Wassalam”


Si lelaki yang terlibat dalam perbualan diatas begitu tenang menghadapi situasi tersebut. Tetapi pada realiti kini, sudah pasti kaum lelaki akan merasai resah, gundah gulana, iri hati, sakit hati, kecewa, dendam, dan macam-macam lagi perasaan andai cintanya ditolak sedemikian rupa. Apa tidaknya, orang yang sentiasa diperhatikannya, yang sentiasa dipuja-puja, disayang-sayang malah terbayang-bayang akhirnya telah melayang! Rugi!


Si lelaki di atas tidak pernah berbual dengan wanita tersebut, malah terus menyatakan hasrat untuk menikahinya. Bukan pula hasrat untuk ber’couple’ dengannya! Si lelaki itu tidak pula kecewa kerana wanita itu menolak lamarannya, kerana dia tidak pernah bercinta dengan wanita itu! Andai sekiranya wanita itu menerima lamaran itu dan menjadi isterinya yang sah, bermula dari situlah mereka saling mencintai.


Dan segalanya bermula apabila mereka terlebih dahulu menemui cinta pertama – cinta Yang Maha Esa. Atas dasar cinta kepada Allah, si lelaki itu mengenali wanita itu bukan pada rupa parasnya tetapi pada aqidah dalam dirinya. Kerana mencintai Allah, si lelaki itu menemui kecantikan akhlaq wanita itu, sopan santun dan malu adalah hijab perisai dirinya, membuatkan si lelaki itu tertanya-tanya betapa tingginya kemuliaan muslimah itu.


Andai seseorang itu mencintai yang lain hanya kerana Allah, nescaya dia akan merasai betapa manisnya iman. Muslimah yang sejati adalah isteri yang solehah, yang tetap taat kepada suaminya yang disayangi, yang mengetahui sifat malu itu perisai hidupnya, dan mengetahui juga tanggungjawabnya kepada suami tercinta, di luar dia tidak dimiliki sesiapa melainkan suaminya kerana aurat yang dilitupinya memelihara cinta mereka bersama.


Tiada ‘couple’ dalam Islam, kerana itu menghampiri zina dan mencampakkan diri kita ke dalam kebinasaan bersama syaitan laknatullah! Andai niat kita baik sekalipun, tetap tidak ada ‘couple’ dalam Islam, kerana menghampiri zina itu haram, apatah lagi melakukannya. Andai masih belum termampu untuk saling menikahi, itu bukan modal untuk menghalalkan yang haram. Teguhkanlah rasa malu dalam diri! Jika tidak, kita tiada bezanya dengan orang kafir yang lain. Malah yang lebih menyedihkan, ada yang murtad semata-mata untuk memperjuangkan cintanya. Tiada yang lain di antara lelaki dan perempuan yang berdua-duaan melainkan yang ketiga itu ialah syaitan! Tidak kira dekat ataunya jauh mereka berhubung, syaitan itu sentiasa bersama mereka. Bisikan dan hembusan syaitan itulah yang menghimpunkan dosa. Biarpun mereka kekal hingga ke akhir hayat, tetapi keredhaan Allah terhadap mereka itu yang menjadi tanda tanya.


Wanita yang perlu memelihara diri, kerana mereka bagaikan sayap kiri pada agama. Wanita yang sanggup menggadai maruah dirinya dengan ber’couple’ adalah wanita yang lupa pada azab seksaan Allah yang amat dahsyat. Tiada rasa malu dalam diri mereka, malah mereka juga tidak akan gentar untuk melakukan perkara yang sama walaupun sudah bersuami kelak. Dan begitu juga kepada lelaki, pastinya akan menemui pasangan hidup yang mengikut kehendak nafsunys semata-mata.


Firman Allah s.w.t;


“Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh keampunan dan rezeki yang mulia (syurga)” An-Nur:26


Sedar tidak sedar, cinta yang terungkap kerana Allah, itulah cinta yang membawa ke syurga! InsyaAllah

Thursday, December 24, 2009 at 12:24 AM , 0 Comments

pagi ini..

assalammualaikum w.b.t..

alhamdulillah, syukur kepada-Nya kerana masih ada hari ini untukku bernafas di bumi mu ini ya rabbi..embun masih membasahi, cuaca sejuk di luar..hujan..bersyukur kerana ada tempat yg kering-kontang..dan kita masih allah kurniakan hujan insyaallah bersama limpahan rahmatNya..

"allah, Dialah yg mengirim angin,lalu angin itu menggerakkan awan, dan allah membentangkannya di langit menurut yg dikehendakiNya dan menjadikannya bergumpal-gumpal,lalu kamu lihat hujan keluar dr celah-celahnya,maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hambanya yang dikehendaki-Nya tiba-tiba mereka menjadi gembira.."(surah Al-Rum:48)

tiada tajuk khusus, hanya ingin melahirkan rasa hati..keresahan..entah mengapa..terasa jiwa ini kadang-kadang kosong..iman yg senipis cuma..ingatkan ku teman..ingatkan aku pada kematian..moga kita tidak lalai dalam mengharungi hidup ini..dua tiga hari ini, banyak sy membaca tulisan mengenai kematian..ya allah, jika ajal menjemput..tiada sesaat kan Kau lewati..muda atau tua..hari ini giliran mereka..giliran kita?adakah kita akan dibiarkan hidup sehingga beruban putih..sehingga kita tak lagi mengenal siapa?hanya Kau yg mengetahui ya allah..

"allah,Dialah yg menciptakan kamu dr keadaan lemah,kemudian Dia menjadikan kamu sesudah lemah itu menjadi kuat,kemudian menjadikan sesudah kuat itu lemah semula dan beruban..Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah yg maha mengetahui lagi Maha Kuasa.." (30:54)

teringat perbualan dengan anak saudara sy, hazim...hazim nak kan saya belikan dia buku mewarna BEN 10..superhero bg kanak-kanak yg baru ingin mengenal dunia..semua benda nak Ben 10..banyak sy belikan..tp alih-alih nk sy yg tolong warnakan..katanya dia warna tak cantik..
erm hazim..hazim..

hazim:maksu..belila katun Ben 10 kat ajim..ajim nak..nnt maksu g skool maksu,maksu beli ea..

maksu: maksu xde duitla ajim...ajim ada duit?meh bagi maksu..maksu g beli..tp apa-apa maksu beli hazim xjaga..sepah-sepahkan..xnkla maksu beli..


hazim: ala...nk jugak..ajim ada duit...banyak..kat puchong(rumah dia kat puchong) nnt balik sana ajim bg la kat maksu..ada banyak dalam botol..(tabung botol susu plastik)


maksu:yela tu..


seharian melayan kerenah anak-anak saudara sy di rumah..kasihan juga usia begini terpaksa berjauhan dgn ummi dan abah..sabarlah hazim..kemal..umi dan abah mencari rezeki utk kalian sayang..sebak terasa..selepas setiap perbualan dgn mereka..sy akan berfikir..

kanak-kanak..tiada apa yg difikirkan..mainan..superhero..wonderpet..semua menjadi idola asalkan kuat pada pandangan mereka..hidup tanpa perlu fikirkan tekanan..masalah..kadang..ingin sy kembali di saat itu...hidup tanpa dosa..suci dan bersih..terus berada dlm usia itu..yg tingkah dan keletahnya,petah bicara buat kita geli hati dan tenang berbicara..namun, dlm hati sy..moga ya allah Kau tunjukkan dan bimbinglah anak-anak kecil ini ke jalan yng Kau redhai..moga mereka bisa menjadi saham pahala buat ummi dan abah..telintas juga difikiran..bagaimana anak-anak saya pula kelak..moga allah berikan peluang..insyaallah jika masih bernafas menunggu hari-hari mendatang..saat saya pula akan tiba..

berfikirlah..dan terus berfikirlah teman tentang kebesaran-Nya..

Tuesday, December 22, 2009 at 7:29 AM , 0 Comments