life's art ^_^


assalammualaikum w.b.t

online dr rumah,sgt berbeza suasana.hee hepi btul dpt balik rumah.berb
ulan lamanya tinggal di hostel mengadap buku je. alhamdulillah perjalanan pulang ke johor selamat semuanya.sampai aje kakak sy dh tunggu.hepi sgt!and thanx a lot to my sis coz 'take the risk' hehe escape kejap from school. and as adik yg mithali i decided to wait for her at school after that. taknak akak sy tinggalkan kerja.adik2 4bestari dh tunggu ustazah dorg.hehe..

sementara menunggu sy berjalan2 around the school compound.dh berapa ramai student yg bg salam 'assalammualaikum cikgu' hehe..hepi jgk.n i just smiling.'waalaikummussalam..sy bkn cikgu ye dik' :)..sitting on the bench, i looked around..the students, teachers, cleaners, school compounds..i miss the school time a lot..

sy hanya bermonolog sendirian.sudah lama masa itu berlalu, sy pernah berada di tempat seperti adik2 itu.learning everything about life and academic. friendship..leadership..n
many things.now i'm turning 23,the situations have changed..n i wondering again..till when my life's art will end. i'm scared ya allah..

one scene that caught my attention was the assembly of the students for evening session. ya
allah adik2 ni relaxje walaupun cikgu disiplin tu marah2. again..i'm thinking..sy rasa zaman sy sekolah dulu even a school from a rural area in penang..takdelah teruk sgt cikgu marah. kalau dh kena jerit marah sekali semua terdiam.but the scene i saw yesterday was diffrent. i started to make a conclusion by myself..is it the young generation nowadays are lack of respect to their teachers?even i'm thinking..foods,tv,and parents play a vital role in ensuring their behaviour. dah banyak sgt perkara yang tak baik berlaku. sy berdoa moga2 generasi anak2 saudara saya ini takkan pergi jauh dr landasanNya. sy risau..

tp sy jg tak berkenan bila saat azan zohor berkumandang,cikgu itu seolah2 tak mendengar.suaranya lantang lbh drpd azan.kan molek ajak adik2 itu diam menghormati azan.ntahla..byk perkara dlm kehidupan yg harus kita betulkan kembali. mari kita sama2
mulakan dr rumah:)

next story i wanna share is..community eye service(CES) carried out just a day before our end posting exam. hepi jg memeriksa mata warga tua kat daerah Pasir Mas, kawasan chetok:) mak kata ramai saudara-mara kat situ tp sy xkenal:( terima kasih buat pakcik2 n makcik2 yg datang. kami dapat belajar byk perkara n fundus examination for sure:) latihan before exam.
sy sedar, dalam white coat yg kami pakai bawa imej yg sgt dihormati.we'll feel the differences..how people more respect you.but the thing that i scared is..the EXPECTATIONS..it's
the nature for being in the medical field. people looked at you..they smiled..bu
t rarely when you are in the shirts like everyone else. again,the lesson i got from my life's art is respect everyone.no matter he or she is. no different classes..and with the expectations..as a medical students, i must have enough knowledge and practices to be a good doctor later on.

thanx for reading..n let's think..think about our life's art.most things that Allah had created are for us to think and take a lesson..no matter how you and i perceive the things we saw..but hopefully, it'll bring us to the creator-ALLAH S.W.T. SUBHANALLAH..
few pics that i've taken from my frens..thnx a lot falah:)
COMMUNITY EYE SERVICE

we really love it..















Friday, January 28, 2011 at 11:25 AM , 0 Comments

senyum sampai telinga:)


assalammualaikum w.b.t

lama tak meng'update' blog, hari ni saya sangat2 hepi:) senyum sampai telinga! hehe.. actually this morning i got ophthalmology clinical exam. we've been given 2 station. we need to examine patient's eye with ophthalmoscope, give the findings and diagnosis in 5 minutes. alhamdulillah, overall opthal end posting exam was the first exam that i satisfied the most. after 3 weeks in this posting, i think that i will consider ophthalmologist as my future career:) saya suka semua tentang MATA! even sangat kecil tapi sangat bermakna dlm kehidupan. subhanallah. cumanya saya tak suka part surgery. this tiny2 structure sgt menakutkan..terlebih gerak sikit akan ada masalah.

saya pulak clumsy orgnya. masuk dalam OT first time tgk catarat surgery (phacoemulsification and ECCE) sy takut...tapi saya rasa insyaallah klu training yg cukup, pasti boleh! so, now, insyaallah in the list..to be a lecturer and if clinician as ophthalmologist or both:) kita tunggu dan lihat jika umur panjang,mungkin dapat minat baru pulak nnt,siapa tahu kn:) insyaallah..semoga allah permudahkan..


kema,sya,iny:)

another thing that make my day is..i pass my orthopaedic posting.alhamdulillah. semuanya rezeki dr allah. sy sgt2 bersyukur. sbb dh hancur jg hatini sbb xdapat perform long case exam & mcq dgn baik.tp, xsangka allah berikan sesuatu yang sgt diluar dugaan:) terima kasih dr mohammad. diabetic foot :) tak lupa jg surgery and paediatric posting yg baru jg keluar result. thanx allah, thanx to all my lecturers:)

cerita mengalahkan final profesional exam phase 3 je hehe...sy sgt hepi..hepi sgt harini.best fren sy pun lulus:) n mlmni balik johor dgn hati yg gembira, xsabar nk jumpa mak,family n ank2 sedara sy yg selalu wat kecoh time call tu hehe..maksu love n miss you all so much walaupun garang jg kadang2 hehe..

thanx allah, you ease everything. guide me always..my frens and family and all muslimin muslimat..alhamdulillah..sy mahu senyum terus harini no matter org kata schizo ke hehe..
next after 1 week holiday OTORHINOLARYNGOLOGY a.k.a ear,nose and throat:) mudahkan segala urusan pembelajaran kami ya allah:)

Wednesday, January 26, 2011 at 2:58 PM , 0 Comments

tetiba teringat kata2 seorang doctor, for me he's so cool..agak pedas but rasa sgt terpukul ok..

"NEVER MIND..YOU STILL HAVE 1 AND HALF YEARS TO LEARN...BUT,U HAVE WASTED 3 AND HALF YEARS....."

Oh my god!then i know..yeah i'm wasting my time studying because, the knowledge i gained before..gone....so,try harder akmal!

Saturday, December 25, 2010 at 10:39 AM , 2 Comments

relaxing the 'brain&muscle"

assalammualaikum w.b.t..

i've not update my blog for so long huh:( year 4 really hectic..currently i'm in orthopaedic posting which is so interesting..in my point of view, medicine isn't so difficult actually...but...there's always butsss..hee..it isn't difficult if i've master enough my basic sciences during 1st year course. ortho commonly just straight forward to get the diagnosis.some of the cases you will get just from the history. if master enough the anatomy,it's easy to know the site of the lesion from examination.

again..rasa sangat marah dengan diri sendiri..as time goes by, i had a feeling...that i can't really focus on my studies. i can't stand sitting for a long time and study! i didn't know what's the main problem with myself right now.is it environment?friends?study? but i do believe, it's just me....
tolonglah rajin......just talking to myself:( haisyyy....

just another random thoughts, hari ini kita sihat...kau,aku masih muda..tulang sihat,otot kental...tapi...ada sorang patient ni..a chinese man,in his 50's said in the clinic in his kelantanese dialect..dulu saya muda,angkat banyak barang-barang berat..n now i had lower back pain with numbness..kita tak tau masa bila kita sakit,masa bila kita mati...at that time, i just smile at him and looked into his eyes..saya pun akan tua pakcik, atau...saya takkan sempat tua seperti pakcik,sebab mungkin esok lusa ajal saya, siapa tahu..

kadang-kadang saya fikir, saya juga taknak hidup lama sampai saya tak dapat berjalan..i've seen many patients in the ward, bed ridden...knee amputated..no matter above or below knee amputation..some with complication, ulceration due to bed sores. tapi,semua tu bukan kerja kita..DIA yang sentiasa berada di atas menentukan semua...dan kita hidup hanya untuk beribadat padaNYA..dan saya...masih tercari-cari...cahaya dalam terang, kegelapan dalam malam..saya dan kamu...kita sama sahaja...atau mungkin darjat kamu lebih tinggi di sisi DIA ya rabb..doakan iman yang turun ini tidak tersasar, moga terus sedar dan sedar..dan bantulah kami ya Allah...ingatan ini untuk diri kamu dan saya...

perjalanan yang entah sampai bila di perhentian sementara ini..

Tuesday, December 14, 2010 at 6:00 PM , 0 Comments

zikir lazim-hijjaz

Friday, December 10, 2010 at 4:33 PM , 0 Comments

Nukilan buat anak-anak bergelar pelajar perubatan (dan ibu bapa mereka juga!) By Dr Harlina on MONDAY, SEPTEMBER 20, 2010

Khusus buat:

  • Anak-anak yang bergelar pelajar perubatan ( di mana jua anda berada)
  • Ibu dan ayah kepada anak-anak di atas

Sedikit pesanan ini dinukilkan oleh seorang yang pernah menjadi pelajar perubatan ( 1986-1991), sudah bergelar doktor selama lebih 19 tahun, menjadi pakar O&G dan pendidik kepada ribuan pelajar perubatan selama 13 tahun. Namun belum berpeluang menjadi ibu kepada seorang pelajar perubatan lagi setakat ini.Anak-anakku,

Kalian sebenarnya bertuah dipilih Allah SWT mempelajari satu bidang yang amat besar faedah dan manfaatnya buat manusia dan dunia. Apapun yang mendorong kalian membuat keputusan menjadikan bidang ini pilihan, kalian sudah sampai di sini! Betapa ramai rakan kalian yang mengidamkan kerusi yang kalian duduki sekarang ini.

Harapnya, dorongan itu bukanlah semata-mata mahu mencuba nasib, memenuhi hajat dan hasrat kedua ibu bapa dan keluarga yang mahu seorang bergelar `Doktor’ dalam salasilah keturunan, ataupun ingin sentiasa bersama dgn rakan karib lain yang kebetulan juga mendapat tawaran yang sama!

Melihat betapa berlumba-lumba kalian merebut tempat di sekolah perubatan, rasanya seperti ada kempen ` Satu Keluarga Seorang Doktor’ lagaknya.

Jangan kalian terkejut nanti – dengan realiti pengorbanan yang mesti kalian lalui. Perubatan adalah satu lapangan yang perlukan komitmen pembelajaran sepanjang hayat. Kalian sendiri yang perlu mencetus keghairahan mahu menuntut ilmu, bukannya hanya berharap dan bergantung sepenuhnya kepada tenaga pendidik yang menunjuk ajar. Kalian akan mulai mendengar perkataan ` self-directed learning- SDL’, student-centred education, life-long learning, community-based learning, inter-professional learning dll.

Pengajar kalian bukan hanya professor dan pensyarah perubatan, malahan yang bergelar pesakit itulah yang paling banyak mengajar dan memberi tunjuk ajar. Para jururawat adalah mentor yang paling berpengalaman dan perlu diberi penghormatan.

Yang paling utama, akhlak kalian – menjadi pembeza utama antara pengamal perubatan yang mulia dan doktor yang angkuh. Bertuahlah bagi kalian yang sememangnya sudah berbekal dgn didikan sempurna, penuh budi bahasa, tata tertib dan sopan santun yang tinggi semenjak dari rumah lagi. Malanglah kalian yang serba kekurangan dalam aspek ini, sekalipun kalian begitu cerdas mengumpul deretan `A+’ dalam transkrip keputusan peperiksaan saban semester.

Untuk para ibu dan ayah kepada anak-anak yang bergelar pelajar perubatan,

Mohon dipastikan kalian sudah menyediakan anak-anak kalian dengan baik dan sempurna – terutamanya dalam aspek rohaniah dan akhlaqiah mereka. Mereka akan menjadi doktor perubatan – bukan calang-calang profesyen! Pastikan mereka menjadi pengamal perubatan yang tawadhuk dan sentiasa berhubung erat dengn Rabb.. Selitkan doa yang tidak pernah kunjung padam setiap masa dan ketika, moga Allah SWT memberi bimbinganNya buat anak-anak ini.

Sekiranya kalianlah menjadi SEBAB utama anak-anak berada di sekolah perubatan hari ini, sedangkan itu bukan keinginan dan minat mereka sendiri, bersedialah untuk meminta maaf kepada mereka – terutamanya jika mereka akan berhadapan dgn kesukaran dan keperitan memenuhi hajat dan cita-cita kalian itu. Sokong dan dokonglah mereka sehingga ke akhir nanti – kerana cubaan dan dugaan yang perlu anak-anak ini hadapi bukanlah setakat semasa dalam latihan sahaja, malahan yang lebih mencabar adalah ketika terpikul di bahu mereka tanggungjawab dan amanah yang berat apabila bergelar doktor nanti!

InsyaAllah, kalian akan sentiasa dilindungi Allah SWT dari segala bencana selagi mana penggantungan hanyalah kepada Allah semata-mata.

-dr. har-

sedih jg baca ni...huhu

Saturday, November 6, 2010 at 12:54 PM , 0 Comments

bahagia yang dicari..

assalammualaikum w.b.t

dalam kehidupan ini banyak perkara yg kita inginkan..apa sebenarnya kebahagiaan yg dicari?

kata dr danial, kecemerlangan yg hakiki adalah kecemerlangan kemuncak yang tidak memerlukan kecemerlangan lain selepas itu.

"tiap-tiap jiwa akan merasai mati.dan sesunguhnya pada hari kiamat akan disempurnakan pahalamu.sesiapa yang dijauhkan dr neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka dia telah beruntung.kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan" surah al-imran :185

dulu satu ketika, bila org kata umat islam walau macam mana pun dosanya,selagi berpegang pd syahadah akan masuk syurga selepas terima azab bg perbuatan mungkar di dunia. selalu terfikir,tapi..jika dibayangkan ribu tahun lamanya bersamaan setahun di dunia. ya allah tak sanggup menghadapi kepedihan azabmu.ya allah jangan kau pesongkan hati kami setelah Kau berikan hidayah kepada kami ya allah..hanya keredhaanMU yang kami dambakan.mohon permudahkan ya allah..tak ingin rasa walau sekejap kepedihan itu..

panas sikit pun tak tahan kt dunia ni:( tp kadang-kadang fikir...mustahil tak akn ada dosa yang dilakukan sebab saya manusia biasa..betapa banyaknya maksiat yang dilakukan terhadapMu..ya allah bantulah diri ini, permudahkanlah segala urusan kami dalam mencari jalan untuk mencapai redhaMU..dan yang pasti bahagia yang dicari satu kemuncak yang pasti di kehidupan abadi hanyalah syurga yang hakiki..kerana di situ tiada lagi wujudnya kejahilan selepas itu, keadaannya kekal abadi..tiada lagi kemiskinan selepas itu dan..kegembiraannya berkekalan..

Thursday, November 4, 2010 at 8:11 AM , 0 Comments