chills & rigors ;)

assalammualaikum w.b.t

waahh lamanya tak menulis kat blog.sudah berkarat, bersawang, ke sudah mereput ditelan masa??actually I've just finished my pediatric posting. after obs & gynae about 6 weeks ago.alhamdulillah i've gained more knowledge about O&G but still lots of things need to be polished n improved. conduct labour, observe n supporting mothers during labour sgt menyentuh hati n perasaan. betapa besarnya pengorbanan ibu..n O&G such a very tensed posting for me. sometimes bila bangun pagi rasa 'betulke nak jd doktor ni:( sy rasa sgt penat. even on call just once a week for 12 hrs, but still rs sgt penat:( but what can i do..this is the path that allah gv me. no other second thought anymore.. devote myself for a noble career. may allah ease everything...

then pediatric posting, it's such an interesting posting but i just figured it out at the final week of the posting. better late than never i guess:) tomorrow, surgery:( may allah ease..

just wanna share something. benefecial to everyone i guess. so meaningful:) n nice!gave me inspiation to be a better person..thanx to my fren who had posted this in the facebook..let's check it out:) sharing is loving ^_^

DEFINISI BAIK...

Intro

Buat 'awak' yang mahu berubah

Berubahlah walaupun payah

Berubahlah ke arah hidup lebih indah

Hidup dan masa muda sekali cuma

Sanggup nak sia-siakan tanpa redha-Nya?

Part I

Logik mudah. Hanya manusia sebagai hamba yang selalu leka, tak sedar. Sungguh la iman tu sentiasa turun naik. Sebab tu bukan senang nak jadi baik. Teringat pula pada perbualannya dengan Hairi suatu ketika dulu. Pasal nak jadi baik ni la.

“Macam mana nak jadi baik?” Dia yang mengajukan soalan. Masa tu mereka sama-sama menunggu kereta api di Central Station. Nak menuju ke Banktown Mosque.

Hairi diam sejenak. “Untuk jawab soalan tu aku rasa it’s best to define ‘baik’ tu dulu.” Dia menutupFrom Beirut to Jerusalem di tangannya. “Baik tu apa?” Giliran AO pula yang ditanya.

Huh. “Baik tu baik la.” Dahi AO berkerut. Nak explain macam mana lagi dah? Hairi ni pun…

“Bagi aku, sesiapa yang beriman dengan Allah tu ‘baik’.” Mudah bagi Hairi member definisinya.

“Okey…”

“Beriman dengan Allah tu macam mana?” Hairi bertanya lagi. “kalau ikut kau, kau rasa apa yang kau faham dengan statement tu?”

“Apabila buat semua yang Allah suruh dan tinggalkan semua yang Dia larang?” Teragak-agak AO menjawab. Nak berlawan soal jawab dengan Hairi ni bukan boleh main-main. Hairi ni budak baca kitab, ilmu tinggi. Bukan baca majalah bukan-bukan macam dia.

Hairi angguk sambil memasukkan From Beirut to Jerusalem ke dalam backpack. “Betul, Couldn’t say it better myself.”

Pandangannya dialih daripada rel kereta api kea rah teman di sebelah.

“Hence, kalau selagi ada benda yang tak settle, tu namanya belum cukup baik lagi tu”

“Vague.” AO menuturkan sepatah. Tak faham. Ayat Hairi tu maksudnya luas sangat nak dicerna.

“Kalau seorang perempuan tu pakai tudung tapi tak solat, belum cukup baik lagi.” Hairi memberi contoh mudah. “Sama juga kalau solat tapi tak pakai tudung, tak cukup baik lagi. Pakai tudung tapi pakai short sleeves nampak lengan pun kira tak cukup baik lagi. Pakai tudung tapi pakai baju ketat jarang terbayang, tak kira cukup baik lagi. Kena fikir balik. Dengan sekadar cukup pakai tudung, pakai baju lengan panjang, tu dah dikira baik? Macam mana pula kalau baju tu form fitting dan selendang pulak jarang sampai nampak bayang batang leher,nampak anak rambut. tak jadi la tu. Maknanya selagi tak embrace Islam tu sepenuhnya,tak cukup baik lagi la tu. Hukum Tuhan. Siapa kita nak membangkang. Takkan nak menangkan vogue fashion terkini lawan dengan hujah hulum kot”

“Hmm…” “Sama juga kalau untuk contoh lelaki. Kalau baca Quran tiap-tiap hari tapi main bola nampak kepala lutut, tak cukup baik lagi. Atau kalau cukup solat lima waktu sehari semalam tapi pegang tangan anak dara orang yang bukan mahram sesuka hati, tu belum cukup baik lagi.”

Macam tu….

“Sebab Allah dah kata, ya ayyuhallazina aamanudkhulu fissilmi kaafah. It’s in al-Baqarah ayat 208. Maksudnya kalau nak ditafsirkan secara kasar, Allah kata ‘masuklah kamu ke dalam Islam secara sepenuhnya dan jangan ikut syaitan kerana dia musuh yang nyata.’ Maknanya tak boleh la nak practice Islam tu secara juz’ie. Secara berjuzuk-juzuk. Mana yang kita nak buat, kita buat. Mana yang rasa tak nak buat kita redah langgar je. Tak jadi la kalau macam tu. Selagi tak embrance Islam tu penuh, tak cukup baik la kiranya.”

Dah bunyi macam susah sangat la pulak nak jadi baik ni. AO menuturkan sendiri dalam hati.

“It’s about masuk ke dalam Islam secara seluruhnya.” Hairi menuturkan denga senyum segaris. “Then THAT is ‘baik’. Tu kira aku punya definisi yang aku pegang la. Dan kalau nak diikutkan, aku pun belum cukup baik lagi. Tapi berusaha ke arah itu. Dan kita kena ingat. Allah tengok usaha, bukannya natijah atau hasil”

Part II

Siapa yang menyangka? Di bumi ini rupanya dia berjumpa dengan insan yang membimbing jalannya dalam mencari Yang Maha Esa.

Siapa yang menyangka? Rupanya dengan melangkah ke benua baru dia sebenarnya ‘lahir’ dan belajar semula menjadi manusia dan Muslim yang bukan hanya pada nama.

Siapa yang menyangka? Di bumi yang dikelilingi bukan Muslim pula dia belajar erti Islam dan Muslim yang sebenar.

Siapa yang menyangka? Jika seketika dulu sebelum dia terbang ke benua koala ini dia menyangka dia telah berubah menjadi Ashraff Omar yang kononnya ‘baik’, bandingan itu hanya sebesar kuman pada definisi ‘baik’ yang mengikut erti hukum Allah sepenuhnya. Sungguhlah. Definisi ‘baik’ yang diletak oleh manusia tak sama dengan definisi ‘baik’ yang telah tertulis oleh hukum Tuhan.

Penutup

Sungguh…untuk berubah itu bukan mudah.Nak cuba meletakkan gerabak hidup di atas landasan al-Quran dan sunnah tu memang payah. Tapi perlu yakin Allah tengok usaha,bukan natijah.’

Perlu mujahadah dan istiqamah

Perfection is impossible,tapi the effort to be a better Muslim tu yang matters

Bismillahirahmanirahim,

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu [2:208]

Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah ; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui [30:30]

source: VERSUS by Hlovate


Sunday, October 17, 2010 at 12:10 AM , 0 Comments