lukisan ini, luahan ini, ditujukan khas kepada adik2ku yang sedang hot2 melalui alam remaja (saya dah x remaja, saya dah dewasa..mwahaha~) –>adik2ku yg jauh di mata tapi dekat di hati; Nor Fadhila & Nor Afiqah Abd. Muin, adik2 Ruhul Hanif yg kucintai (Yana, Eni, Jnab, Qilah, Baya, Anis, Nadia, Tasneem, Sakinah, Mas Ayu), adik2 Quwwah al Jadeedah yg tanpa mereka sunyilah hidup ini (Lili, Thirah, Yaqin, Aida, McNa, Shakey, Wani, Kema, Fiza, Ain, Fadhlin, Mira), adik2 1st year yg ceria2 sokmo, dan sisters2 seperjuangan di seluruh pelosok dunia….uhibbukunna fillah~


“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan…” (2:208)

Kadang-kadang kita dah tahu benda tu salah,…tapi kita pejamkan mata, pekakkan telinga….

kenapa ya?

nanti2lah,…takde kekuatan lagi..

kenapa ya takde kekuatan?

sebenarnya,…

kekuatan untuk meninggalkan sesuatu yg Allah x suka, tapi sesuatu yang kita sangat2 suka,

merupakan manifestasi tebal atau nipisnya iman kita….

maka, tepuk dada tanyalah iman.

jika iman nipis, tebal2kan lah ia.

bagaimana?

carilah ilmu…berkumpullah dengan orang2 soleh…jenguk2lah majlis ilmu..

sounds easy, kan?

btul2,…memang susah…

but fake it until you make it…..

“kerana kamu selama-lamanya tidak akan menjadi wanita sempurna,…namun di saat kamu mencuba ke arah itu, Allah akan sangat menghargaimu…”

^(^_^)^

**just share this cartoon..mesej yg disampaikan secara santai tp berkesan:) if u interested to release ur mind...with such cartoon but in d same time make u think about this precious life as allah's servant..just click ini buku conteng hikari kat blog list:) sharing is caring!**

btw, this evening i've clinical teaching..case presentation was hep B+ chronic liver failure..kata-kata doc make me wonder..dilemma seorang pelajar perubatan..again n again it'll cross in my mind..am i qualified to be a doc?do no harm to my patient? *sigh* doc said when he was in med school, undergrad...saya baca kumar&clerk banyak kali khatam..i can remember even the page...oh my!n i look into myself...seems like..i'm not reach at that level..huhu...some more doc said..there's no other way,u hv to work hard to be in med skool..huhu..arghh i'm not that 'work hard' anymore..y?y?akmal get up...professional exam is coming!u r not fully cover the 2 yrs medical notes my dear..are u still disoriented????

~sedarkan aku teman2~

Monday, December 28, 2009 at 10:45 PM , 0 Comments

link..

sharing is caring...

http://www.4shared.com/file/182687914/edbde07d/Ust_Fadhil-Jangan_Hampiri_Zina.html

at 4:43 AM , 2 Comments

secebis rasa..


ingin sy kongsikan tulisan seorang muslimin..mari sama-sama kita renungkan..moga terkesan buat diri..

“Assalamualaikum. Tujuan saya menulis e-mail ini adalah untuk memberitahu bahawa saya ingin melamar awak menjadi isteri saya yang sah. Harap awak dapat memaklumkan kepada saya samaada awak bersetuju atau menolak lamaran ini”


“Waalaikumussalam. Terima kasih atas lamaran itu dan kepercayaan saudara terhadap saya untuk dijadikan isteri. Saya minta maaf, kerana saya telah dimiliki seorang hamba Allah yang lain. Saya harap saudara dapat menerima bahawa saya perlu menolak lamaran saudara. Wassalam.”


“Tidak mengapa. Saya membuat keputusan untuk melamar saudari hanya kerana pegangan Islam yang kuat dalam diri saudari. Walaupun saya tidak pernah bercakap mahupun mengenali rapat saudari, tapi dari perwatakan dan pergaulan saudari sudah cukup menggambarkan betapa saudari seorang muslimah yang sejati dan digeruni. Saya menerima ketentuan Allah bahawa saudari bukan milik saya. Semoga terus berbahagia dan dirahmati Allah. Wassalam”


Si lelaki yang terlibat dalam perbualan diatas begitu tenang menghadapi situasi tersebut. Tetapi pada realiti kini, sudah pasti kaum lelaki akan merasai resah, gundah gulana, iri hati, sakit hati, kecewa, dendam, dan macam-macam lagi perasaan andai cintanya ditolak sedemikian rupa. Apa tidaknya, orang yang sentiasa diperhatikannya, yang sentiasa dipuja-puja, disayang-sayang malah terbayang-bayang akhirnya telah melayang! Rugi!


Si lelaki di atas tidak pernah berbual dengan wanita tersebut, malah terus menyatakan hasrat untuk menikahinya. Bukan pula hasrat untuk ber’couple’ dengannya! Si lelaki itu tidak pula kecewa kerana wanita itu menolak lamarannya, kerana dia tidak pernah bercinta dengan wanita itu! Andai sekiranya wanita itu menerima lamaran itu dan menjadi isterinya yang sah, bermula dari situlah mereka saling mencintai.


Dan segalanya bermula apabila mereka terlebih dahulu menemui cinta pertama – cinta Yang Maha Esa. Atas dasar cinta kepada Allah, si lelaki itu mengenali wanita itu bukan pada rupa parasnya tetapi pada aqidah dalam dirinya. Kerana mencintai Allah, si lelaki itu menemui kecantikan akhlaq wanita itu, sopan santun dan malu adalah hijab perisai dirinya, membuatkan si lelaki itu tertanya-tanya betapa tingginya kemuliaan muslimah itu.


Andai seseorang itu mencintai yang lain hanya kerana Allah, nescaya dia akan merasai betapa manisnya iman. Muslimah yang sejati adalah isteri yang solehah, yang tetap taat kepada suaminya yang disayangi, yang mengetahui sifat malu itu perisai hidupnya, dan mengetahui juga tanggungjawabnya kepada suami tercinta, di luar dia tidak dimiliki sesiapa melainkan suaminya kerana aurat yang dilitupinya memelihara cinta mereka bersama.


Tiada ‘couple’ dalam Islam, kerana itu menghampiri zina dan mencampakkan diri kita ke dalam kebinasaan bersama syaitan laknatullah! Andai niat kita baik sekalipun, tetap tidak ada ‘couple’ dalam Islam, kerana menghampiri zina itu haram, apatah lagi melakukannya. Andai masih belum termampu untuk saling menikahi, itu bukan modal untuk menghalalkan yang haram. Teguhkanlah rasa malu dalam diri! Jika tidak, kita tiada bezanya dengan orang kafir yang lain. Malah yang lebih menyedihkan, ada yang murtad semata-mata untuk memperjuangkan cintanya. Tiada yang lain di antara lelaki dan perempuan yang berdua-duaan melainkan yang ketiga itu ialah syaitan! Tidak kira dekat ataunya jauh mereka berhubung, syaitan itu sentiasa bersama mereka. Bisikan dan hembusan syaitan itulah yang menghimpunkan dosa. Biarpun mereka kekal hingga ke akhir hayat, tetapi keredhaan Allah terhadap mereka itu yang menjadi tanda tanya.


Wanita yang perlu memelihara diri, kerana mereka bagaikan sayap kiri pada agama. Wanita yang sanggup menggadai maruah dirinya dengan ber’couple’ adalah wanita yang lupa pada azab seksaan Allah yang amat dahsyat. Tiada rasa malu dalam diri mereka, malah mereka juga tidak akan gentar untuk melakukan perkara yang sama walaupun sudah bersuami kelak. Dan begitu juga kepada lelaki, pastinya akan menemui pasangan hidup yang mengikut kehendak nafsunys semata-mata.


Firman Allah s.w.t;


“Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh keampunan dan rezeki yang mulia (syurga)” An-Nur:26


Sedar tidak sedar, cinta yang terungkap kerana Allah, itulah cinta yang membawa ke syurga! InsyaAllah

Thursday, December 24, 2009 at 12:24 AM , 0 Comments

pagi ini..

assalammualaikum w.b.t..

alhamdulillah, syukur kepada-Nya kerana masih ada hari ini untukku bernafas di bumi mu ini ya rabbi..embun masih membasahi, cuaca sejuk di luar..hujan..bersyukur kerana ada tempat yg kering-kontang..dan kita masih allah kurniakan hujan insyaallah bersama limpahan rahmatNya..

"allah, Dialah yg mengirim angin,lalu angin itu menggerakkan awan, dan allah membentangkannya di langit menurut yg dikehendakiNya dan menjadikannya bergumpal-gumpal,lalu kamu lihat hujan keluar dr celah-celahnya,maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hambanya yang dikehendaki-Nya tiba-tiba mereka menjadi gembira.."(surah Al-Rum:48)

tiada tajuk khusus, hanya ingin melahirkan rasa hati..keresahan..entah mengapa..terasa jiwa ini kadang-kadang kosong..iman yg senipis cuma..ingatkan ku teman..ingatkan aku pada kematian..moga kita tidak lalai dalam mengharungi hidup ini..dua tiga hari ini, banyak sy membaca tulisan mengenai kematian..ya allah, jika ajal menjemput..tiada sesaat kan Kau lewati..muda atau tua..hari ini giliran mereka..giliran kita?adakah kita akan dibiarkan hidup sehingga beruban putih..sehingga kita tak lagi mengenal siapa?hanya Kau yg mengetahui ya allah..

"allah,Dialah yg menciptakan kamu dr keadaan lemah,kemudian Dia menjadikan kamu sesudah lemah itu menjadi kuat,kemudian menjadikan sesudah kuat itu lemah semula dan beruban..Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah yg maha mengetahui lagi Maha Kuasa.." (30:54)

teringat perbualan dengan anak saudara sy, hazim...hazim nak kan saya belikan dia buku mewarna BEN 10..superhero bg kanak-kanak yg baru ingin mengenal dunia..semua benda nak Ben 10..banyak sy belikan..tp alih-alih nk sy yg tolong warnakan..katanya dia warna tak cantik..
erm hazim..hazim..

hazim:maksu..belila katun Ben 10 kat ajim..ajim nak..nnt maksu g skool maksu,maksu beli ea..

maksu: maksu xde duitla ajim...ajim ada duit?meh bagi maksu..maksu g beli..tp apa-apa maksu beli hazim xjaga..sepah-sepahkan..xnkla maksu beli..


hazim: ala...nk jugak..ajim ada duit...banyak..kat puchong(rumah dia kat puchong) nnt balik sana ajim bg la kat maksu..ada banyak dalam botol..(tabung botol susu plastik)


maksu:yela tu..


seharian melayan kerenah anak-anak saudara sy di rumah..kasihan juga usia begini terpaksa berjauhan dgn ummi dan abah..sabarlah hazim..kemal..umi dan abah mencari rezeki utk kalian sayang..sebak terasa..selepas setiap perbualan dgn mereka..sy akan berfikir..

kanak-kanak..tiada apa yg difikirkan..mainan..superhero..wonderpet..semua menjadi idola asalkan kuat pada pandangan mereka..hidup tanpa perlu fikirkan tekanan..masalah..kadang..ingin sy kembali di saat itu...hidup tanpa dosa..suci dan bersih..terus berada dlm usia itu..yg tingkah dan keletahnya,petah bicara buat kita geli hati dan tenang berbicara..namun, dlm hati sy..moga ya allah Kau tunjukkan dan bimbinglah anak-anak kecil ini ke jalan yng Kau redhai..moga mereka bisa menjadi saham pahala buat ummi dan abah..telintas juga difikiran..bagaimana anak-anak saya pula kelak..moga allah berikan peluang..insyaallah jika masih bernafas menunggu hari-hari mendatang..saat saya pula akan tiba..

berfikirlah..dan terus berfikirlah teman tentang kebesaran-Nya..

Tuesday, December 22, 2009 at 7:29 AM , 0 Comments

DICEMBER

D.I.C.E.M.B.E.R..

It is the end of the year...
means...i'm turning 22 next year..
setahun lagi menginjak dlm kamus kehidupan..

time pass by..2009,there's lot of things happened in my life's art..
suka..duka..gila..unexpected things that i never think of..semua ada n dh jd pun:( but..
life's still goes on..
n emotion still need to be managed..in fact, don't let ur emotion over you..
ALLAH by my side..padaMu aku berserah..
hanya redhaMu yg kuinginkan dlm setiap langkah perjalanan hidup ini..
guide me ya rabbi...guide us...

i'm thinking of M.A.T.I..
ya allah takutnya...cukupkah bekalan..cukupkah amalan..
di satu perhentian..that what we called..D.U.N.I.A..

jika ditanya...adakah kepuasan kehidupan telah kau nikmati?
jawapan masih lg...T.I.D.A.K..
keep asking..when this life's art will end?
bilakah A.J.A.L..esok..lusa..tahun mendatang?
Bagaimana C.A.R.A ajal itu menjemput..
bagaimana...dimana...bila...
Usia meningkat...dan diri...masih A.L.P.A..
keseronokan dunia hanya bersifat S.E.M.E.N.T.A.R.A..

Satu perkataan menggambar perasaan..
dalam lukisan kehidupan..
T.A.K.U.T..

Tuesday, December 8, 2009 at 7:19 PM , 0 Comments

DON’T JUDGE A BOOK BY ITS COVER

DON’T JUDGE A BOOK BY ITS COVER

RENUNG-RENUNGKAN..MARI KITA MUHASABAH DIRI INSYAALLAH..

Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.

“Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi” Katanya memberi buah fikirannya.

“Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok” tambah wanita ini lagi.

Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance’ hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu” (Riwayat Muslim)

Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.

“Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game’ semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: “Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu”

Lalu jawab si pekerja : ” Saya luaran je nampak main ‘game’ boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang”

Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?

Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :

“Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati” (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.

Justeru, ‘we can judge a book by its cover in certain cases’ iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what’s inside the heart of a person’.

“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)

SAMA-SAMA BAIKI DIRI INSYAALLAH..

Wednesday, December 2, 2009 at 2:34 PM , 0 Comments

saje nk ngulah..

assalammualaikum w.b.t..

berkarat..bersawang...sume ada..sgt lama xmenulis..weekend aritu join rakan masjid usmkk lawatan muhibbah ke masjid wilayah,PERKIM n UTP..i learned many things..to be part with them.. meet new frens=) alhamdulillah..dpt jg kenal rakan-rakan sekampus dr school lain esp health science.. life cycle just the same.. again n again.. with classes n learning psychiatric block very much interesting.. kadang2 terfikir.. i got symptoms pretty much like what i've learned=((

yeah..sumtyms we got depress n sumtyms for me my past really hurting me.. n i want to forget everything.. EVERYTHING! Alhamdulillah may allah ease everything.. as human, we need stress..n depression just a common thing in our daily life..but we do hv the treshold.. n if reach above the treshold..u got in trouble ! erm i guess i still ok:) n now i'm worry..why i'm not stress up with the exam just in few weeks more! now u got in trouble dear!

tomorrow is hari raya aidil adha..n my mom going back to kelantan=)) n i'm no longer stay in penang..but i think it's not much diffrent..even the distance just 20minutes from USMKK but my mom prefer to stay with my sisters n brother..kejap johor,kejap KL, kejap Melaka..bila mak nk balik kelantan??huhu*Sigh* naa..it's ok..i've been independent starting 13 years old..being far with family..n again..i'm the lone ranger in my own world..bla..bla..*grin*

just fill up my leisure time to write this..wanna wish 'selamat hari raya aidil adha' kepada kambing2 n lembu2 yang bakal dikorbankn..jgn sedih2 hee~k may allah bless! hepi hols to my fren yg dh habis exam.. n one of my fren going to korea n japan with faculty mates! oh my! i wish i can go there..huhu~ yeah i'm waiting for the day, when i'm SUCCESSFUL insyaallah..if still bernyawa huhu.. esok,lusa perkara tidak pasti..yg pasti 'hari ini adalah milikmu'..

live life to the max!!

Thursday, November 26, 2009 at 3:23 AM , 3 Comments

paras NORMAL~

assalammualaikum w.b.t

minggu ni dah rasa cm normal balik:) yeah!!hehe..berbulan-bulan 'hipokrit' cm normal.. walhal dlm hati ni allah jela yg tahu.. mental,hormon,lacrimal gland, semua xstabil.. haisy.. tp, pelik gak ngn diri sendiri..dalam sedih boleh gelak2 tawa riang bersama rakan-rakan terchenta..huhu.. tp part yg xbestnya...bila dok sorang-sorang mesti fikir..mesti fikir..adeyla..apa nk jadi...kalah PM agaknya fikir hal negara.. tp normal la kan.. manusia.. fikir and berfikir.. salah siapa..salahkah kita...salahkah aku...atau kamu...

erm semua jd tanda tanya.. alhamdulillah ada kawan-kawan yg best disisi.. tempat meluah perasaan.. tempat bertanya pandangan.. paling penting.. xnk lagi memeningkan kepala ibuku tercinta huhu.. mak maafkn anakmu ini... yg luarannya mungkin matang*perasan atau kenyataan xtaula hehe* tp hakikatnya...keputusan dlm hidup memerlukan buah fikiran dr org lain jg sebagai panduan.. ala baru 21 thn kan... bo bo lepas je.. tak cukup makan asam lg..

hujung minggu ni dh nak masuk balik kampung kat besut.. cm xde mood dh bila 3rd residency aritu xjd..angkara H1N1 la ni.. ditambah pulak xde sponsor dh duit.. masalah... *sape-sape nk sponsor bolehla sumbangkan* huhu..tengok pulak time table blok psiki after cfcs..mak ai..huhu 1st week lecture saje..tp week afterwards xpack sgt...tp..risau jgk nk exm ni..dh dkt sgt.. ya allah mengapa malas menghantui... rajin.. oh rajin.. datanglah kepadaku..huhu..

erm ayat cm tunggang-langgang=( retard dh kembali..eh dop dop...ngarutje...hehe..shuh shuh..g study.. huhu hakikatnya...sy suka perasaan sekarang..sy rs lega...lega sgt...alhamdulillah.. :)

"back to basic....STUDY lah dgn tenang wahai diri"

Monday, November 2, 2009 at 1:30 PM , 3 Comments


Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan...Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari

Tuhan...Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur

Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya...

dear myself, STUDY!STUDY!! enuff! i don't want to think bout other things out of my studies!
90 days left towards exam!! FIRST THING FIRST!!

Sunday, November 1, 2009 at 9:51 PM , 0 Comments

ya allah keluarkan diri ini dr masalah ini ya allah..yg membelenggu diri..
salah siapa ya allah...salahkah aku?ya allah..ampunkan diri ini ya allah..
tunjukkan aku jln keluar...dan berlapang dadalah mereka ke atas diri ini..
tidak lagi mahu melukakan hati sesiapa..
ya allah kurniakan kami yg terbaik buat diri masing-masing..
ya allah kuatkan hati ini..
aku insan lemah..
yang masih mencari diriku ya allah...
mencari diriku yang dahulu yang telah kutinggalkan..
kerana cinta dunia yg melalaikan aku ya allah..
tidak lagi ku ingin mengingatkan dosa yg lalu ya allah..
ampunkan diriku ya allah..
kurniakan yg terbaik buat diriku ya allah..
dan utk diri mereka..
redhakanlah ht mereka terhadap diri ini ya allah..
aku insan lemah lg hina ya allah..
permudahkan segala urusan hidupku ya allah..
kuatkan hati ini ya allah...


at 1:17 AM , 0 Comments

DO WE EVEN CARE??

assalammualaikum w.b.t..

alhamdulillah, sehingga hari ini, diri ini masih lagi bernafas di bumiMu ya allah.. segala ujian yang datang moga allah tunjukkan jalan terbaik. nak berkongsi sedikit mengenai satu isu yg semakin membuka mata sy. kadang-kala diri ini tidak sedar bahawa telah jauh memesong dari matlamat sebenar.dan sememangnya matlamat tidak menghalalkan cara. ikhtilat..pergaulan antara lelaki dan perempuan..dunia tanpa sempadan kadang-kala membuatkan kita memandang ringan dek mungkin kerana sikap yg acuh tak acuh mengenai isu ini, mungkin kerana budaya di dunia tanpa sempadan kini.

dalam forum bicara hati:love is cinta? yg lepas byk membuatkan sy terfikir, banyaknya kekurangan diri yg masih tak sedar berterusan melakukannya tanpa menyedari kesilapan yg terselindung di sebalik persahabatan biasa pada pandangan mata kita. namun hakikatnya, pergaulan antara lelaki dan perempuan tanpa sebab yg munasabah atau penting perlu dijauhkan. dan menjadi satu kewajipan kita meninggalkan yang haram. semoga kita berubah ke arah yg lbh baik insyaallah..

dari bacaan dan pengalaman serta input dari forum tersebut antaranya adalah...
sama-samalah kita menjaga pandangan..kerana dr pandangan turun ke hati..walau tanpa rasa..namun yg pasti syaitan sentiasa berada dekat dgn hati2 kita bersedia utk menumpaskan iman dengan bantuan nafsu. couple juga sudah terang lagikan bersuluh, dan usah kita menempa dosa jika perhubungan itu tidak menjanjikan apa2 hingga ke alam perkahwinan, insyaallah mari kita berazam untuk berubah ke arah yg lebih baik, sesungguhnya keberkatan serta redha dari allah dalam kehidupan lebih penting dari segala-galanya. usah kita mengharap kepada yg tak pasti. dan kadang-kala sesuatu yg kita inginkan tak bermakna akan kita miliki.namun,yakinlah dan husnuzon dgn allah, pasti ada yg terbaik buat setiap diri hamba-hambaNya..

telefon dan sms yg tidak urgent dan seumpamanya seperti YM atau medium lain kadang-kala mengundang fitnah. dan kadang-kala tanpa sedar sebenarnya kita umpama meng'expose' diri. tidak berniat ke arah itu, namun itulah kadang-kala terjadi. satu artikel yg sy bc, hatta berborak mengenai pengajian yg tak berkepentingan juga tidak sepatutnya dilakukan. insyaallah, berubah ke arah yg lebih baik dr hari semalam..sama-samalah kita berfikir sejenak ttg perkara2 yg mungkin telah kita lakukan namun tanpa sedar sebenarnya telah melanggar syariat yg telah ditetapkan..insyaallah..hari semalam telah berlalu, namun hari esok yg tak pasti utk kita itu adalah harapan..dan harapnya, lebih baik dr hari semalam, sama-sama kita baiki diri ke arah yg lebih baik. walau sedikit usaha, moga allah permudahkan dan berikan kita kekuatan melakukan perubahan demi mencapai redhaNya.insyaallah..



"Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini...Ya Rabb...tolong ampuni aku...untuk setiap pandangan yang tak terjaga, lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab... Ya Rabb...Engkau mengawasi kami tiap detik, kerana kasih sayangMu kepada kami Engkau perintahkan malaikat silih berganti menemani kami siang dan malam..."

Wednesday, October 28, 2009 at 9:50 PM , 0 Comments

that's what we call..LIFE


assalammualaikum w.b.t..

so many things happened lately..things that need my attention. unpredictable things that never cross in my mind..it's just like a dream.. am i take for granted with my life?thinking and thingking...'wander' around without find the final destination and solution.. i just stuck here in my own 'box' isn't it?haha sumtyms i'm laughing to think about those things..n sometimes i barely able to breath suffocating deep inside..crying..laughing..(am i got a mental problem??haha) or i'm just hypocrite 'trying to be happy'?

sometimes things just turn up to be so complicated. but i know it's just 'me' that make the things complicated..n i'm hoping i could stop the time if i knew the consequences for every action i took in my life..blessed be to allah..i know He want i learned 'something happened' because of a reason.everything He gave He knows the best even it's not what we dream for in life..only allah knows..He will always by our side..we can plan whatever we want,but don't forget we have allah in the same time planning the life of His creations in this universe..


When you feel all alone in this world
And theres nobody to count your tears
Just remember no matter where you are
Allah knows, Allah knows.

When youre carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road you take
Allah knows, Allah knows.

(Cause) No matter what, inside or out
Theres one thing of which theres no doubt
Allah knows, Allah knows.
And whatever lies in the heavens and the Earth
Every star in this whole universe
Allah knows, Allah knows.

When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon shout it to everyone
Allah knows, Allah knows.

When you gaze with love in your eyes
Catch your glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows, Allah knows.

When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows, Allah knows.

See we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs never fret never frown
Allah knows, Allah knows.

Every grain of sands in every desert plants
He knows
Every sheet of palm, every closed hand
He knows
Every sparkling tear on every eye lash
He knows
Every thought I had and every word I share
He knows
Allah knows


"i will be strong no matter what insyaallah"

Friday, October 23, 2009 at 7:02 PM , 0 Comments

salam semua..

sy nk berkongsi email yg sy dpt dr kakak sy..sgt takut dan gerun memikirkan keadaan nnt di hari perhitungan..moga beroleh manfaat dan keinsafan bersama insyaallah..kita xkebal dr api neraka..namun adakah kita layak utk syurga-Nya?lupakan perkara yg tidak penting, marilah kita sama2 baiki diri insyaallah..dunia dan akhirat sama diimbangi hendaknya..

ALAM MAHSYAR

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka.. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam ( حوض ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjala nan . Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, war nan ya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi.. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjala nan ..

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjala nan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ( عرش ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi ( كرسي ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar.. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w.., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan ka nan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat :
a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
Semua syafaat ini tertakluk kepada keizi nan Allah Ta’ala.


27.. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjala nan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di ka nan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Saturday, October 17, 2009 at 9:26 PM , 0 Comments

kisah moden penuh teladan

assalammualaikum w.b.t buat muslimin&muslimat..

tak tergambar oleh kata2 membaca 3 kisah yg ingin sy kongsikan bersama dgn sahabat-sahabat. ambillah masa utk kita sama-sama renungkan setiap perkara yang kita lakukan dlm kehidupan kita seharian..moga setiap perkara yg kita lakukan jadinya ibadah dan beserta keredhaan allah s.w.t. insyaallah baiki diri kita lebih baik dr hari semalam..moga bermanfaat buat semua:)

Kisah-1

Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia , Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah Mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin Dan Dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya Berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas Solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak Saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.

Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar Kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang Keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat Keberkatan Allah.

1.. Salleh bekerja makan gaji Dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi Suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana Isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada Ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 Sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh,
Set Sofa) serta teratur Dan kemas.
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik di rumahnya kurang dari RM20 sebulan
Sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan Bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang Dari RM10 sebulan..
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di Nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.

Sejak berkawan dengannya Ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan Dia yang patut di contohi;

1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang Kecil seperti nak membeli mesin basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba . Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam.. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada Ibu bapa Dan Ibu Bapa mertuanya ..
6. Suka menolong orang Dan memberi derma
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik Dan jarang kena sebarang Penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah Rosak atau menyusahkan nya.
9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah Dan cepat.


Kisah-2

Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan Nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada Hari Ahad itu saya sampai Di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur Rashid Berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.

Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan Abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang Abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk Temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid Sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta
Gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.

Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan Hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya Tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi.. Ini Ada kaitan dengan Tiada keberkatan hidup.

Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah Ialah seperti berikut;

1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba . Pinjaman Kereta, Kad Kredit,
Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)
2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang berterusan.
3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta
Baru (Masalah kena curi Dan kemalangan jalan raya)
4. Sering bertengkar dengan isteri.
5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.
6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.
7. Suka menengking jika Ada orang mintak derma.
8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah Mata sahaja.

Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling Kita. Kadang kala Kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung Untuk mencari keberkatan hidup.

Kisah 3

Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS.

Ceritanya begini...

Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang
sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa. Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang
paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.

Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku' apabila imam ruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud Dan selesai imam memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal. Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk... ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di situ.

Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana
dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.

Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.

Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, "Anak-anak.. . hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa... ". Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.

Subhanallah. ... bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu.. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki...
Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman... cuba kita tanya diri kita sendiri...

-Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ???
-Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk???
-Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ???
-Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ???

Subhanallah. .. Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua..


Friday, October 16, 2009 at 11:11 PM , 0 Comments

N.U.R.K.A.S.I.H

assalammualaikum w.b.t..

balik dr PBL td,i just surfing on the net..searching for islamic wallpaper by iluvislam.com..
i found this puisi.. so nice.. n touching my heart.. remind me to my old days..gerimis semalam yg amat menyakitkan dan ingin dilupakan...namun,apakan daya ur brain will just fix there..ur memory won't dissappear just like that..and it's a vital organ..n we're the higher brain creatures..we need all the axis,from up to down..it's started from the brain,hypothalamus n etc..semoga pengalaman lalu memberi seribu satu pengalaman..yg membentuk diri berusaha menjadi lebih baik dr semalam..insyaallah..i do belief we've make mistakes..n human do mistakes..baiki diri kita setiap hari insyaallah..sharing is caring..may allah bless:)

Suatu masa dulu…
Hamba Mu ini hanyut dalam arus kehidupan,
Begitu sibuk mengejar impian,
Dengan harapan mendapat penghormatan dan kemewahan,


Dunia yang fana ini menjadi matlamatku,
Cinta berteraskan nafsu menjadi buruanku,
Perihal akhiratku tiada ku endahkan,
Perintah dan larangan Mu tidak ku hiraukan,
Azab dan seksaan Mu tidak ku risaukan,
Syurga dan neraka tidak ku fikirkan…


Sehinggalah pada suatu hari…
Engkau menguji ku dengan kegagalan,
Yang memusnahkan segala harapan,
Menjadikan hamba Mu ini bergelut dengan kesedihan…


Ya Rahman…
Di saat itu sangat sukar bagi ku menerima kenyataan,
Ku bertanya di mana kesilapan dan kesalahan,
Hingga ku persoalkan apa yang telah Engkau takdirkan,
Ku menjerit di mana keadilan dan belas kasihan Mu oh Tuhan!


Dan kini...
Barulah ku sedari,
Pada kegagalan yang ku anggap suatu ketidakadilan itu,
Terselit nikmat kasih sayang Mu ya Rahim,
Kerana melalui kegagalan itulah aku mula mengenali Mu,
Disebabkan kegagalan itulah aku menyedari bahawa
Dunia tidak patut dijadikan matlamat,
Cinta berlandaskan nafsu tidak patut dijadikan buruan,
Lantas aku berpaling darinya dan berlari ke arah cinta Mu,
Hanya keredhaan Mu sahajalah yang ingin ku raih kini...


Ya 'Azim...
Inginku luahkan kesyukuranku kepada Mu,
Kerana di antara berjuta manusia,
Engkau telah sudi memilih diriku yang hina dina ini,
untuk menerima taufiq dan hidayah dari Mu
dan menghijrahkan diriku dari alam jahiliyah
ke alam uluhiyyah dan ubudiyyah...


Ya Allah...
Aku amat berterima kasih kepada Mu
Kerana Engkau tidak pernah membiarkan diriku terus tersesat
Dalam kehidupan yang serba sementara ini,
Meskipun ketika itu aku sering terlalai dari mengingati Mu...


Memang tidak dapat dinafikan lagi,
Bahawa sesunggungnya Engkau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang…


Ya 'Aziz…
Izinkanlah aku untuk terus berada di dalam jalan Mu ini
untuk selama-lamanya,
Janganlah Engkau kembalikan aku ke lorong gelap
yang membawa kepada kesesatan,
Ampunkanlah kejahilan dan kelalaianku selama ini,
Pimpin dan bimbinglah hamba Mu yang lemah ini ke arah cinta Mu,


Ku mohon agar Engkau teguhkanlah tugu keimanan ku,
Benarkanlah aku untuk merasai halawatul iman,
Anugerahkanlah kepada ku kekuatan dan kesabaran,
Pekakkanlah telinga ku dari sebarang sindiran dan ejekan,
Kebalkanlah jasadku dari segala kesakitan,
Dalam menjalankan amanah yang Engkau pikulkan di bahu ku…


Ya Khaliq...
Jadikanlah setiap hembusan nafasku,
Setiap kelipan mataku,
Setiap degupan jantungku,
Setiap helaian rambutku,
Setiap bait perkataanku,
Setiap hayunan tanganku,
Setiap langkah kakiku
Dan setiap titisan darahku,
Hanyalah untuk Mu…


Sebelum tiba ajalku,
Ingin ku merayu kepada Mu,
Bukakanlah pintu hati insan di sekelilingku,
untuk mengampuni dosa-dosaku terhadap diri mereka,
Lancarkanlah lidahku untuk menjawab soalan malaikat utusanMu,
Luaskanlah dan terangilah tempat pembaringanku,
Meriahkanlah pusaraku dengan ayat-ayat suci Mu,
Permudahkanlah perjalanan ku di alam seterusnya...


Curahkanlah redha Mu terhadapku sepanjang hayatku
Dan izinkanlah aku untuk mengadapmu Di dalam Jannah yang serba indah...


Dan esok, Andainya aku tidak bernafas lagi,
Sampaikanlah ucapan selamat tinggalku kepada insan yang ku sayangi,
Bimbinglah mereka sepertimana Engkau telah sudi membimbing diri ini,
Agar dapat ku bertemu dengan mereka lagi,
Di pertemuan yang hakiki,
Di dalam syurga yang kekal abadi...

Wednesday, October 7, 2009 at 5:39 PM , 4 Comments

T.A.Q.W.A

Assalammualaikum w.b.t muslimin dan muslimat..

Sy baru je balik dr jamuan mkn desasiswa sempena aidilfitri..kenyang perut,mata pun lali=( haisyy!

Studynye tak lagi..tulis blog meta hlgkan ngantuk hehe..this evening keluar g KB, bawa milah n ain wat lessen kt JPJ ..hepi tak terkira sahabat2 sy..bg ain itu satu pencapaian jg dlm hidup=) yup! Bkn senang nk confident bwk kereta kan? Lg2 For first timer..n for sure practice make perfect=) BUAT TEMAN-TEMANKU..MILAH N AIN ESP TAHNIAH2!!BANZAI!!HEHE..Pasni drebar hok ni leh la amek cuti hehe..

Kali ni sy nk review satu g buku…sy baru beli ptg td..insyaallah nk hadiahkan buat sahabat sy. Sy ada belek sikit2..baca prakata dia..membuatkan sy terfikir…sy kongsikan sikit ok=)

“bersifat jujur terhadap diri sendiri dari dasar hati yang terdalam,kita mengkhianati segala kenikmatan yang diberikan allah sedangkan betapa sedikit ketaatan kita kepada-Nya. Kita harus bertanya pd diri kenapa hati kita blh mnjadi terlalu keras.seakan-akan kerdip kebenaran tidak pernah mendapat tempat di hati.inilah akibat apabila hati sudah tidak mengenal TAQWA..

Rasanya tidak layak diri ini mengaharapkan keindahan dan kebaikan, di mana pada masa yang sama kita sering menghadirkan kejelikan dan kemudharatan.tidak layak kita memohon keampunan tetapi di sisi lain kita hadirkan kemaksiatan.rasanya tidak layak kita disebut hamba pilihan kerana perintah dan larangan tidak jua kita agungkan..”

buat yg inginkan pengisian jiwa n rohani,kukuhkan iman dan taqwa insyaallah blh la beli n membaca TAQWA by tok guru..best buku2 tok guru ni...dpt menyuntik rasa insaf dlm diri kita insyaallah..kalaupun tak byk..sikit2 lama2 terkesan dlm hati..betul x?marilah sama2 kita berusaha ye muslimin&muslimat=)

taqwa=perasaan takut kpd allah..tak kira dlm apa jua yg kita lakukan harus allah didahulukan..
takut jg bila mengenangkan..td sy dan teman-teman asyik hepi,suka-suki xingat dunia n allah je rasanya kat majlis..dgn majlis yg penuh ngn hiburan menambahkan kelalaian..

balik bilik..surf internet.ribut petang td while driving caught my attention..byk bencana berlaku currently..macam ribut pasir..terbang habis segala tong n ada yg bawak moto tu terbalik..girl yg terbalik tu nasib ok takde pape coz tgh statik kat traffic light..sy yg drive ni pun rasa cm nk melayang kete..masyaallah...itu baru ribut belum lg tsunami or earthquake..i just read about all the disaster happened around the world..alhamdulillah malaysia masih selamat..tp dh dpt amaran..erm semakin byk tanda kiamat berlaku..allah dah kata akhir zaman dkt kiamat byk gempa yg akn berlaku..dan sesiapa yg melihat terjadinya kiamat..dia org yg malang..=(

takut...tp tuela kita ni iman turun naik...nk istiqamah zikir mengingati allah tu payah sgt..sekejap je..then..lalai balik...sahabat2 sekalian..mari kita sama2 berazam utk tingkatkan taqwa kepada allah..setiap perkara...even nk berfesyen pun ingat taqwa..td tgk kat majlis mcm2 fesyen ada..ingatan buat diri saya dan muslimin-muslimat..mari sama2 kita berubah ke arah kebaikan sebelum terlambat, ketika allah masih menyuntik rasa bersalah dlm diri kita kerana Dia menyayangi kita..jd mari perbaiki diri kita insyaallah..

sy dh rasa ngantuk sgt=( Beratnya mata...level serotonin increase which will coz u feel asleep..that's a fact!huhu..maaf atas ayat tunggang-langgang coz i'm semi-concious right now huhu..next time saya nk review sebuah buku lagi yg dihadiahkan dr seorg sahabat sy..insyaallah..moga beroleh manfaat bersama..

"hai org2 yg beriman, bertakwalah kamu kpd allah dan katakanlah yg benar, nescaya allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu. dan barangsiapa mentaati allah dan rasul-Nya,maka sesungguhnya dia telah mendapat kemenangan yg besar"
al-ahzab:70-71

Thursday, October 1, 2009 at 12:40 AM , 2 Comments

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalammualaikum w.b.t buat muslimin dan muslimat yang dirahmati allah..

dah bersawang agaknya blog sy ni..hehe..lama tak menulis.am i busy?not really i guess..it's just me, M.A.L.A.S hehe..it's probably not suprise that i'm a med student to feel that way..isn't it?hehe..

it'll come even once in life as long as 'being a student'..no matter what course you are in..erm..
mood nk study tu mcm takde lg huhu..but akmal!wake up!!3rd year is not a honeymoon yr dear~~

masih belum terlambat untuk sy mengucapkan selamat hari raya aidilfitri.maaf dipinta..buat sahabat yg mengenali diri dan juga readers yg mungkin tersentuh dengan tulisan saya..dalam hidup ini tanpa kita sedar mungkin ada yang tersinggung..erm..apa yg saya membebel ni..haisy..

ramadhan yg dirindui telah meninggalkan kita..amalan dipertingkat selama sebulan adakah masih kekal sahabat-sahabat? sedih mengenangkan..suasana dalam bulan ramadhan amat bebeza saya rasakan..kalau nk beribadat rasa ringan je nak buat..betul tak?erm sahabat2 rasullullah s.a.w menangisi pemerian ramadhan..namun kita?ada juga mungkin yg tak sabar-sabar nak raya sbb tak payah puasa ??huhu..bergantung pada diri masing-masing..dalam keghairahan kita ingin meningkatkan amalan..unfortunately, still got ppl out there yang tak puasa..kalau baca di dada akhbar..masyaallah..apa nak jadi umat islam sekarang...dahla tak puasa..terang-terangan melakukan dosa di siang hari di tempat awam tanpa segan-silu pulak tu..
nauzubillah..moga2 ia menjadi peringatan buat kita dan juga agar kita tak alpa drpd membentuk ahli keluarga kita supaya tidak meletakkan perintah allah sewenang-wenangnya..

mengapa ini terjadi?kita semakin alpa..hanyut dibuai sajian hiburan yg tak bertepian..saya akui sy juga remaja islam yang iman juga turun naik..tapi risau mengenangkan bagaimana nanti pelapis generasi akan datang bila melihatkan anak-anak saudara sy yg kecil2 bermain..terdetik di hati ini..jika dunia sekarang ibarat terumbang-ambing..remaja islamnya masih dibelenggu hiburan yang melalaikan..bagaimana 5 atau 10 tahun akan datang..adakah anak-anak ini imannya utuh,tidak mudah rebah dek kerana arus dunia yang melalaikan?saya pernah terbaca jika kita ingin melihat generasi akan datang..lihatlah generasi beberapa tahun ke belakang..sy tak pasti berapa tahun..tp yang pasti,jika ini yang kita lihat di usia ini..apatah lagi generasi anak-anak saudara saya yang masih meneroka dunia..risau juga mengenangkan..

semoga didikan kita dari mereka kecil dapat menjadi perisai buat anak-anak ini..buat ibu bapa, didiklah anak-anak dengan agama..kerana hanya agama dan taqwa dapat mengekang diri dari perkara-perkara yg melalaikan insyaallah..erm rasa macam mak pulak..huhu..tp inilah hakikat..wadah pemikiran saya bila melihatkan program-program sempena aidilfitri di TV..dengan konsertnya, terkinja-kinja..masyaallah..entahlah..moga dijauhkan..

harapan saya, dapatlah kita membuka mata,tidak memekakkan telinga dengan apa yang terjadi disekeliling kita..moga terdetik di hati setiap insan untuk kita melakukan penambah baikkan buat diri dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran insyaallah..demi mencapai redha allah..

"JADILAH ARUS YANG MAMPU MENGUBAH SUASANA"
Dr. danial zainal abidin

Sunday, September 27, 2009 at 10:48 PM , 0 Comments

TAKE HEART: A KILLER STALKING YOUNG PEOPLE

THAT'S WHY THEY CALL THEM CRUSHES. IF THEY WERE EASY, THEY'D CALL THEM SOMETHING ELSE

I just read a post in my beloved best fren http://herkipos.blogspot.com/ -i'll be waiting for you..

wow!amazed me as well=) hehe..Yeah quite agree with my friend that hot topic among frens is 'kawin..kawin..' xde keje lain?? huhu..is it 20 years old and above is the 'peak' of age to get married??mmgla sesuai..tp tunggula 24 ke 25 ke habis stdy kan..but klu tak silap 1st time org merisik sy kat mak when i was 18!!hoho...baru habis spm, kat matrix...i've much2 more to do..i want get 4.0 during that time...but they are talking about marriage:( luckily, my mom not encourage her children to get married early 20.. mak kata, xyah dok risau la, blajaq pandai2, dpt keje elok2, adanya org nak, jdoh setiap org tue ada, tgh bujang ni la berkesempatan buat macam2, nnt dah kawin susah..ada anak lagi..haa..xyah dok gatai ngat, blajaq dulu..huhu kan kena ceramah free haha..love my mom=) rindu arwah abah juga...

those quotes above i found in reader's digest..sounds interesting to me right now hehe..heart is cardio/cardiac in medical terms..eg:cardiovascular, cardiac cycle etc..but this is out of medical thingy k hehe..erm my heart is broken because of a friend..erm don't care la..let it be!!cheer up maksu akmaL!!hehe..

i have few words that i received from my friend nun..far2 away in south..haha cam kat kutub selatan je, tapi as long i knw kwn sy tue bukan beruang kutubla haha mmg xley nk serius btol,tgh super screwy!those words that relieved my pain jgk, just wanna share with you guys out there..

kata-kata saidina ali "selemah-lemah manusia ialah org yang tak boleh mencari sahabat dan org yang lebih lemah dari itu ialah org yang mensia-siakn sahabat yang telah dicari"

jika kita bersahabat, bersiaplah utk berkorban demi sahabat kita, jika kita bermusuhan dengan sahabat, siaplah untuk mengalah demi persahabatan kita...

sabda rasulullah " 3 perkara yang sentiasa ada dalam umatnya: kepercayaan sial, hasad dengki, berprasangka" ~sama2 lah menjaga hati kita...

hadis nabi lagi "jauhilah prasangka kerana prasangka itu adalah perbicaraan yang paling dusta" astagfirullah, sama2 kita mohon agar kita dijauhkan buruk sangka pada org, biasalah kan salu kita mesti tak terlepas sangka yg mcm2 kat org lain..tp macam mana n apa kita rasa jika kita di prasangka begitu??tentu sedih kan...jg lah hati kita=)

adeyyla...ngantuks pulaks..badan sengal2+back pain coz travel hampir2 12jam !! tido atas bas xley tahan..huhu..tp dh memang kaki tidoq kan..lena jugak sakit2 badan pon hehe..oklah..bear mak bg dah lambai2 mintak dipeluk haha..nk tido=) wassalam...have a nice day!may allah bless!!

Thursday, August 20, 2009 at 3:19 PM , 11 Comments

SPOILER??

assalammualaikum w.b.t..

sahabat-sahabatku yang dirahmati allah..erm kontroversi skit tajuk harini..lama tak menulis,tp hari ni ana geram bangattt, nak luahkan jugak tak kira!huhu..sbb mood saya hepi2 bgn pagi ini dh spoil huhu..xpela..abaikannya..after luahkan sy akan ok insyaallah..

just take a few seconds..or minutes hehe..come..let us think..apa sebenarnya tujuan kita bersahabat? untuk tambah kenalan atau suka-suki hati lah org berkawan then aku pun nk berkawan..??atau, ada sebab lain atas kepentingan diri sendiri??ermmm..it's depends to individual la kan..setiap org punya hak untuk menilai,tp ingat..apalah hak kita utk menilai beyond our limit..sbb semua org tidak sempurna..dan allah jadikan kita pelbagai, dari fizikal hingga ragam yg bermacam2 supaya kita saling lengkap-melengkapi..betul x pendapat ana?

tp sebenarnya, pertemuan dan perpisahan itu kerana allah..betul x?kata seorang sahabat ana, persahabatan itu ibarat untaian tasbih, ada permulaan dan tiada penghujung..sahabat di kala waktu susah dan senang. tidak meninggalkan kita walau kita tersesat malah dia datang menghulurkan tangan menarik kita dari jalan kesesatan..nak mencari sahabat yang setia dan jujur susah, macam nak mencari sebutir permata di celahan kaca..erm betul kan...sy akan ingat nasihat dia even mungkin after this i won't get any advice anymore from that person..

tak kisahlah org tue ikhlas atau tak nk bersahabat, bg sy selagi ok tak melanggar syariat, ukhwah fillah..tp kita tak tahu apa yg terlintas di hati dan fikiran insan lain..hanya allah yg tahu, sehingga mana keikhlasan dan niat itu..tapi,bg sy jgnlah persahabatan itu dicampuradukkan urusan lain yang bukan pada masanya n yang hanya akan melukakan pengakhirannya..segalanya kita sandarkan pada allah..tp janganlah bercakap sebarangan pulak kn lepas bersahabat, walhal bersahabat pon tak lama tiba2 nak menilai kita,owh..adakah sy tak patut cakap mcmni?tp..ini yang sy kesalkan..sy sayang semua sahabat sy, jika salah kita menegur, ingatan utk dia dan diri kita..tp..tak habis2 kita dilontarkan kata-kata fitnah mungkin sy kira..ataupun prasangka..atau apa-apa jela..

salahkah sy nk bersahabat dgn semua orang? tak kisahlah jika ada yang nk melupakan sy, itu hak masing2 kn..sbb dia ada sebab utk melupakan sy..n andai blh diputarkan masa n tahu things will turn up like this, i won't accept to b fren wif that person..erm sesal kemudian tiada berguna..tp kenapa nak cakap sy macam tu? xpernah lagi ada kawan-kawan yang cakap sy mcm tu=( sedihla...adeyy..'emotional disruption'..suffocating in my own emotion right now..not stable..blow up just in seconds!!

ok my dear self..let it be..i don't want to think about this anymore,allah kan ada..depends to that person to say whatever he or she wanna say..i'm just me and will be me n forever i want to be me! you just come once in my life in just a very2 short time...pretending that u know me well..even dah bertahun berkawan,none of my frens, boys or girl frens ever said the way u said..
whoaaa!!i'm overdose of 'mad' paracetamol hehe..nak serius pon xley nk serius=) yeah joyful..

tonight i'll be back to USMKK, rindu sahabat-sahabatku..esp ain,aini,sya,milah,aten..kasih sayang kami tanpa syarat=) to my dear frens and readers...selamat menempuhi ramadhan, moga penuh keberkatan buat kita..mungkinkah ramadhan ini kali terakhir? ya allah..hanya Engkau yg maha mengetahui..gunakan kesempatan yang ada..insyaallah...smoga perjalanan pulang sy selamat ke kelantan..amiin..

wassalam..

at 4:47 AM , 0 Comments

Tundukkan hati...


....rahsia keikhlasan hidup di dunia fana...

assalammualaikum w.b.t....kaifahalukum??ana bikhair alhamdulillah=)

mempraktikkan pengetahuan bahasa arab yang menginjak hilang dari kamus lipatan minda. sangat lama tidak menggunakan bahasa arab,last lower form. skang ada jugak bila baca tafsir, tapi itula..tak cukup kuat macam zaman sekolah dulu ada jugak guna dlm seharian dok menghafal..erm indah jika terkenang..namun itu semua sejarah..hari ini adalah milikmu..

setiap detik tanpa sedar berlalu meninggalkan..malam melabuhkan tirai menjengah tengah malam..dan aku masih berteleku di dalam kamar sunyi ini bertemankan bunyian unggas malam ciptaan allah..subhanallah..

tajuk di atas ku petik dari buku karya tuan guru dato' nik abdul aziz nik mat..


bagi saya, buku ini banyak memberi ruang kita mendidik jiwa mengikhlaskan hati sebagai insan di dunia fana ini..ingin saya kongsi beberapa frasa darinya..

yahya b. muaz berkata"aku sama sekali tidak memerintahkanmu untuk meninggalkan dunia, tetapi aku memerintahkanmu supaya meninggalkan dosa-dosa. meninggalkan dunia adalah keutamaan tetapi meninggalkan dosa adalah kewajipan. sesungguhnya menegakkan kewajipan adalah penting daripada sebuah keutamaan (yang sifatnya tidak wajib)"

bagi mereka yang mencari dunia dgn harapan utk mencapai kejayaan di akhirat kelak, mereka akan sentiasa redha dgn apa yang dikurniakan, merafakkan kesyukuran kepada allah atas apa yang diperoleh dan sentiasa merasa cukup dengan kurnia dan rezeki yang dianugerahkan. hati akan sentiasa tenang dan terhindar daripada resah memikirkan dunia. segala usaha akan dihitung sebagai amal jariah dan ibadah yang akan dibalas dengan pahala. bahkan, mereka ini bakal menempuhi detik perpisahan dengan dunia dalam keadaan yang sejahtera.

erm..bagi sahabat-sahabat,muslimin muslimat, saya syorkan membaca buku ini lantaran hidup kita penuh dengan keinginan yang tak bertepi. mungkin tanpa sedar, keinginan ini memesong hati daripada tuntutan keredhaan Ilahi. biarpun masa lalu hidup kita penuh onar dan ranjau, namun..allah berikan kita peluang dan pilihan..kita boleh menjadi lebih baik dari hari semalam..
mungkin pengalaman dululah, yang meletakkan dimana kita sekarang..Dia maha mengetahui dalam setiap pencaturan hidup setiap insani..

kata ust. hasrizal..erti hidup pada yang memberi..sharing is caring=)

Tuesday, August 11, 2009 at 11:03 PM , 2 Comments