saban hari begitu banyak perkara yang berlaku. Setiap yang terjadi tidak disangka-sangka. dalam kehidupan ini tiada satu pun kebetulan kerana segalanya telah direncanakan. Masa berganti masa, dan hari-hari yang mendatang yang tidak terisi seperti tin-tin kosong yang hanya akan berkarat bila dibiarkan.
Kadang-kala mengapa rasa penyesalan itu datang dalam hati ini. Sehingga aku perlu waktu untuk berfikir. berfikir tentang hikmah yang tersembunyi. aku tahu segalanya pasti Allah menginginkan hambaNYA berfikir. Namun, rasa yang ada dalam hati ini amat merunsingkan walau luarannya tampak tenang. Entah apa yang difikirkan tentang masa depan, walhal hari esok jua masih ghaib dari pandangan,.
apa yang ditakutkan wahai diri..pasti satu saat, sesuatu yang ditentukan oleh allah pasti datang, usahlah diminta untuk disegerakan. takut..takut..arghh!kenapa kau harus takut! usah difikir apa yang bakal terjadi esok hari..
Hari esok itu datang dengan sendirinya, usahlah bertanya khabar beritanya dan usahlah menunggu waktu itu..yang pasti hari ini..isilah kekosongan dengan kesibukan..dan DIA sentiasa ada merencanakan buat dirimu sesuatu yang belum kau tahu. percayalah tiada tanggungjawab yang diberikan diluar kesanggupan hamba-hambaNya..bersemangatlah wahai diri!
hanya secangkir rasa...

0 Comments to "hanya rasa.."