apabila fatimah bertasbih..

assalammualaikum w.b.t..

rasanya ingin saya berkongsi dengan readers sedikit ilmu yang saya dapat ketika menonton usrah TV9 jumaat yang lepas. saya amat kagum dengan ust. asni mansor. beliau bukan sahaja dikurniakan allah rupa paras yang cantik malah suaranya sedap didengar serta mempunyai karisma percakapan yang menusuk kalbu dengan ilmu-ilmu yang disampaikan. alhamdulillah, segala puji bagi allah yang menciptakan segala keindahan dan DIAlah sebaik-baik dan sehebat-hebat pencipta. dan alhamdulillah dengan anugerah allah, ust menggunakan ia di jalan kebaikan serta dakwah yang berterusan di jalanNYA.

tajuk usrah pada hari tersebut adalah APABILA FATIMAH BERTASBIH...sedikit sebanyak sy ingin berkongsi apa yang dapat saya garap intipati usrah.

Siapakah FATIMAH? siapakah gerangan gadis ini? fatimah az-zahra merupakan puteri nabi. az-zahra bermaksud bunga. bunga yang mekar di hati nabi SAW. ramai di antara sahabat-sahabat nabi yang masuk meminang fatimah, namun ditolak oleh nabi. umar..abu bakar..namun..rasulullah tidak menerima pinangannya. Sehinggalah ketika fatimah berusia 18 tahun. nabi Muhammad SAW mengahwinkan fatimah az-zahra dengan sepupu baginda iaitu Saidina Ali karamallhu wajhah..

Ali tinggal bersama nabi sejak dari kecil..dan tidak pernah menyembah berhala, oleh itu, mendapat gelaran karamallahuwajhah..(teringat plop pendidikan islam tokoh-tokoh islam lower form..hee~) tersentuh hati ini apabila ust menceritakan detik-detik pernikahan fatimah. baju pengatinnya hanya baju pengatin yang ditampal-tampal. Sedangkan wanita itu adalah puteri kepada kekasih allah..muhammad ya rasullullah. sedangkan ada di antara kita yang mengimpikan perkahwinan yg vogue..erm..sederhana sudahlah..tp kata dalam AKU TERIMA NIKAHNYA; ust hasrizal bersederhana tapi jangan sampai timbul tanda-tanya..erm..

zaman rasullullah dulu pun ada menghantar menantu atau bertandang kalau klate gop ngatar nantu.. sewaktu umar,abu bakar dan usmah bersama-sama menghantar fatimah ke rumah yang bakal didiami fatimah bersama suaminya, betapa sedih dan terkejutnya mereka kerana apa yang dibawa sebagai hantaran hanyala kulit binatang yang dikeringkan, cerek dan pengisar gandum. Ali juga bukanlah seorang yang kaya. namun, apabila ditanya sahabat, Rasulullah berkata cukuplah untuk bekalan fatimah untuk tinggal di dunia sementara ini..
huhu insaflah diri ini...kita hanya di dunia sementara:( entah esok atau lusa..ajal bakal tiba..

melecuhlah tangan fatimah kerana mengisar gandum..upah saidina ali mengangkat air hanyalah sebutir kurma, betapa kasihannya Ali melihatkan keadaan fatimah, lalu ali meminta kepada fatimah berjumpalah dengan bapamu, rasulullah SAW. apabila berjumpa dengan nabi, mereka meminta nabi mengajarkan mereka sesuatu bagi menguatkan hati mereka. lalu nabi ajarkan tasbih atau zikir buat fatimah..

rasullullah berkata, bacalah subhanallah 10x, alhamdulillah 10x dan allahuakbar 10x di pagi hari kalau saya xsilap dan baca 30x sebelum tidur, insyaallah allah akan menguatkan jiwa kita..jadilah eloklah dalam sehari-hari sambil kita bekerja atau duduk lepak-lepak kosong di rumah, macam sayani huhu. kita hidupkan hati dan membasahi bibir kita dengan zikir..insyaallah dengan mengingati allah, hati-hati akan menjadi tenang..amiinn..moga sedikit sebanyak memberi manfaat daripada perkongsian yang sememangnya kita semua sudah tahu barang-kali ,namun, kadang-kadang saya akui..kita alpa dengan kesibukan dunia yang sementara ini. sharing is caring:)

*SUBHANALLAH maha suci allah, ALHAMDULILLAH segala puji bagi allah, ALLAHUAKBAR allah yang maha besar*

Saturday, July 3, 2010 at 10:15 PM

4 Comments to "apabila fatimah bertasbih.."

saya suka ini^^
terima ksh atas perkongsiannya..teruskan menulis ya ukht:)

:)insyaallah..moga kita sama2 mndapat manfaat..
miss u sri :)

Posted by Muhammad Zahid ( July 5, 2010 at 7:44 AM )

Jazakallah khairan kathira atas perkongsianya
..

Riwayat hadis yg bermaksud yg sy ingat:
Disebabkan kesusahan melakukan kerja suri rumah yg byk, Fatimah r.a dan Ali r.a berjumpa Rasulullah SAW bg meminta seorang hamba bg meringankan kerja Fatimah. Dan Rasulullah SAW mengatakan kpd mereka adakah mereka menginginkan yg lebih baik daripada itu(hamba itu), lalu mengajarkan mereka zikir Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x dan Allahhuakbar 33x utk diamalkan sebelum tidur dan menyuruh mereka mengamalkannya secara bersungguh-sungguh.

syukran muhammad zahid:)