..getaran jari-jemariku mengekspresi rasa hati..

assalammualaikum w.b.t..

ketika sendirian di bilik bagai kotak ini bertemankan katil, meja, almari, buku-buku yang melambak..huhu...nak balik....baru sekejap td membaca msg di facebook. buatkan aku terfikir,lagi dan lagi...adakah aku dilahirkan untuk menjadi pemikir ya allah? pemikir yang terlalu serius berkenaan soal hidup? moga keupayaan berfikir ini ku gunakan untuk memikirkan segala kejadian mu ya rabb, agar menambah keimanan dlm diri..kerana org beriman akan sentiasa memikirkan segala kejadian firman allah dalam al-quran..

ya allah..apa hikmah di sebalik yg terjadi dalam hidupku ini..i'm keep asking..teman-teman datang dan pergi..moga pertemuan dan perpisahan kami kerana mu ya allah..susah mencari yang ikhlas, tapi apakah erti ikhlas pada pandangan manusia. allah lbh mengetahui setiap yg terlintas dlm hati setiap hambaNya. Moga diriku dan sahabat-sahabat sentiasa berada dalam perlindungan dan pemeliharaan Mu, jangan kau biarkan kami menentukan nasib kami sendiri ya Allah.

kadang-kala rasa hati ingin berehat panjang...jauh dari insan-insan..yg bakal melalaikan hati. tapi inilah ujian yang Kau berikan pada diri dari dulu hingga kini. moga dengan pengalaman ini menjadi pengajaran beerti dlm hidupku sebagai pengembara di bumi ya tuhan. dan dengan pengajaran ini dapat ku kongsi bersama teman-teman sebagai pedoman hidup insyaallah..

dah hampir waktu berbuka..ohh rindu masakan mak..sorang2 berbuka=( sedih nya...
ya allah kurniakan yg terbaik utk ku ya allah...kau maha mengetahui...

Monday, August 10, 2009 at 6:57 PM

2 Comments to " "

Firman Allah yang bermaksud:

“Dan aku jadikan bagi kamu sekalian keburukan dan kebaikan sebagai fitnah (ujian) dan kepada Aku-lah kamu akan dikembalikan.” (Surah al-Anbia’, ayat 35)

=)bagaimana kamu mengaku beriman, selagi iman xdiuji...