Khusus buat:
- Anak-anak yang bergelar pelajar perubatan ( di mana jua anda berada)
- Ibu dan ayah kepada anak-anak di atas
Sedikit pesanan ini dinukilkan oleh seorang yang pernah menjadi pelajar perubatan ( 1986-1991), sudah bergelar doktor selama lebih 19 tahun, menjadi pakar O&G dan pendidik kepada ribuan pelajar perubatan selama 13 tahun. Namun belum berpeluang menjadi ibu kepada seorang pelajar perubatan lagi setakat ini.Anak-anakku,
Kalian sebenarnya bertuah dipilih Allah SWT mempelajari satu bidang yang amat besar faedah dan manfaatnya buat manusia dan dunia. Apapun yang mendorong kalian membuat keputusan menjadikan bidang ini pilihan, kalian sudah sampai di sini! Betapa ramai rakan kalian yang mengidamkan kerusi yang kalian duduki sekarang ini.
Harapnya, dorongan itu bukanlah semata-mata mahu mencuba nasib, memenuhi hajat dan hasrat kedua ibu bapa dan keluarga yang mahu seorang bergelar `Doktor’ dalam salasilah keturunan, ataupun ingin sentiasa bersama dgn rakan karib lain yang kebetulan juga mendapat tawaran yang sama!
Melihat betapa berlumba-lumba kalian merebut tempat di sekolah perubatan, rasanya seperti ada kempen ` Satu Keluarga Seorang Doktor’ lagaknya.
Jangan kalian terkejut nanti – dengan realiti pengorbanan yang mesti kalian lalui. Perubatan adalah satu lapangan yang perlukan komitmen pembelajaran sepanjang hayat. Kalian sendiri yang perlu mencetus keghairahan mahu menuntut ilmu, bukannya hanya berharap dan bergantung sepenuhnya kepada tenaga pendidik yang menunjuk ajar. Kalian akan mulai mendengar perkataan ` self-directed learning- SDL’, student-centred education, life-long learning, community-based learning, inter-professional learning dll.
Pengajar kalian bukan hanya professor dan pensyarah perubatan, malahan yang bergelar pesakit itulah yang paling banyak mengajar dan memberi tunjuk ajar. Para jururawat adalah mentor yang paling berpengalaman dan perlu diberi penghormatan.
Yang paling utama, akhlak kalian – menjadi pembeza utama antara pengamal perubatan yang mulia dan doktor yang angkuh. Bertuahlah bagi kalian yang sememangnya sudah berbekal dgn didikan sempurna, penuh budi bahasa, tata tertib dan sopan santun yang tinggi semenjak dari rumah lagi. Malanglah kalian yang serba kekurangan dalam aspek ini, sekalipun kalian begitu cerdas mengumpul deretan `A+’ dalam transkrip keputusan peperiksaan saban semester.
Untuk para ibu dan ayah kepada anak-anak yang bergelar pelajar perubatan,
Mohon dipastikan kalian sudah menyediakan anak-anak kalian dengan baik dan sempurna – terutamanya dalam aspek rohaniah dan akhlaqiah mereka. Mereka akan menjadi doktor perubatan – bukan calang-calang profesyen! Pastikan mereka menjadi pengamal perubatan yang tawadhuk dan sentiasa berhubung erat dengn Rabb.. Selitkan doa yang tidak pernah kunjung padam setiap masa dan ketika, moga Allah SWT memberi bimbinganNya buat anak-anak ini.
Sekiranya kalianlah menjadi SEBAB utama anak-anak berada di sekolah perubatan hari ini, sedangkan itu bukan keinginan dan minat mereka sendiri, bersedialah untuk meminta maaf kepada mereka – terutamanya jika mereka akan berhadapan dgn kesukaran dan keperitan memenuhi hajat dan cita-cita kalian itu. Sokong dan dokonglah mereka sehingga ke akhir nanti – kerana cubaan dan dugaan yang perlu anak-anak ini hadapi bukanlah setakat semasa dalam latihan sahaja, malahan yang lebih mencabar adalah ketika terpikul di bahu mereka tanggungjawab dan amanah yang berat apabila bergelar doktor nanti!
InsyaAllah, kalian akan sentiasa dilindungi Allah SWT dari segala bencana selagi mana penggantungan hanyalah kepada Allah semata-mata.
-dr. har-
sedih jg baca ni...huhu
dalam kehidupan ini banyak perkara yg kita inginkan..apa sebenarnya kebahagiaan yg dicari?
kata dr danial, kecemerlangan yg hakiki adalah kecemerlangan kemuncak yang tidak memerlukan kecemerlangan lain selepas itu.
"tiap-tiap jiwa akan merasai mati.dan sesunguhnya pada hari kiamat akan disempurnakan pahalamu.sesiapa yang dijauhkan dr neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka dia telah beruntung.kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan" surah al-imran :185
dulu satu ketika, bila org kata umat islam walau macam mana pun dosanya,selagi berpegang pd syahadah akan masuk syurga selepas terima azab bg perbuatan mungkar di dunia. selalu terfikir,tapi..jika dibayangkan ribu tahun lamanya bersamaan setahun di dunia. ya allah tak sanggup menghadapi kepedihan azabmu.ya allah jangan kau pesongkan hati kami setelah Kau berikan hidayah kepada kami ya allah..hanya keredhaanMU yang kami dambakan.mohon permudahkan ya allah..tak ingin rasa walau sekejap kepedihan itu..
panas sikit pun tak tahan kt dunia ni:( tp kadang-kadang fikir...mustahil tak akn ada dosa yang dilakukan sebab saya manusia biasa..betapa banyaknya maksiat yang dilakukan terhadapMu..ya allah bantulah diri ini, permudahkanlah segala urusan kami dalam mencari jalan untuk mencapai redhaMU..dan yang pasti bahagia yang dicari satu kemuncak yang pasti di kehidupan abadi hanyalah syurga yang hakiki..kerana di situ tiada lagi wujudnya kejahilan selepas itu, keadaannya kekal abadi..tiada lagi kemiskinan selepas itu dan..kegembiraannya berkekalan..
then pediatric posting, it's such an interesting posting but i just figured it out at the final week of the posting. better late than never i guess:) tomorrow, surgery:( may allah ease..
just wanna share something. benefecial to everyone i guess. so meaningful:) n nice!gave me inspiation to be a better person..thanx to my fren who had posted this in the facebook..let's check it out:) sharing is loving ^_^
DEFINISI BAIK...
Intro
Buat 'awak' yang mahu berubah
Berubahlah walaupun payah
Berubahlah ke arah hidup lebih indah
Hidup dan masa muda sekali cuma
Sanggup nak sia-siakan tanpa redha-Nya?
Part I
Logik mudah. Hanya manusia sebagai hamba yang selalu leka, tak sedar. Sungguh la iman tu sentiasa turun naik. Sebab tu bukan senang nak jadi baik. Teringat pula pada perbualannya dengan Hairi suatu ketika dulu. Pasal nak jadi baik ni la.
“Macam mana nak jadi baik?” Dia yang mengajukan soalan. Masa tu mereka sama-sama menunggu kereta api di Central Station. Nak menuju ke Banktown Mosque.
Hairi diam sejenak. “Untuk jawab soalan tu aku rasa it’s best to define ‘baik’ tu dulu.” Dia menutupFrom Beirut to Jerusalem di tangannya. “Baik tu apa?” Giliran AO pula yang ditanya.
Huh. “Baik tu baik la.” Dahi AO berkerut. Nak explain macam mana lagi dah? Hairi ni pun…
“Bagi aku, sesiapa yang beriman dengan Allah tu ‘baik’.” Mudah bagi Hairi member definisinya.
“Okey…”
“Beriman dengan Allah tu macam mana?” Hairi bertanya lagi. “kalau ikut kau, kau rasa apa yang kau faham dengan statement tu?”
“Apabila buat semua yang Allah suruh dan tinggalkan semua yang Dia larang?” Teragak-agak AO menjawab. Nak berlawan soal jawab dengan Hairi ni bukan boleh main-main. Hairi ni budak baca kitab, ilmu tinggi. Bukan baca majalah bukan-bukan macam dia.
Hairi angguk sambil memasukkan From Beirut to Jerusalem ke dalam backpack. “Betul, Couldn’t say it better myself.”
Pandangannya dialih daripada rel kereta api kea rah teman di sebelah.
“Hence, kalau selagi ada benda yang tak settle, tu namanya belum cukup baik lagi tu”
“Vague.” AO menuturkan sepatah. Tak faham. Ayat Hairi tu maksudnya luas sangat nak dicerna.
“Kalau seorang perempuan tu pakai tudung tapi tak solat, belum cukup baik lagi.” Hairi memberi contoh mudah. “Sama juga kalau solat tapi tak pakai tudung, tak cukup baik lagi. Pakai tudung tapi pakai short sleeves nampak lengan pun kira tak cukup baik lagi. Pakai tudung tapi pakai baju ketat jarang terbayang, tak kira cukup baik lagi. Kena fikir balik. Dengan sekadar cukup pakai tudung, pakai baju lengan panjang, tu dah dikira baik? Macam mana pula kalau baju tu form fitting dan selendang pulak jarang sampai nampak bayang batang leher,nampak anak rambut. tak jadi la tu. Maknanya selagi tak embrace Islam tu sepenuhnya,tak cukup baik lagi la tu. Hukum Tuhan. Siapa kita nak membangkang. Takkan nak menangkan vogue fashion terkini lawan dengan hujah hulum kot”
“Hmm…” “Sama juga kalau untuk contoh lelaki. Kalau baca Quran tiap-tiap hari tapi main bola nampak kepala lutut, tak cukup baik lagi. Atau kalau cukup solat lima waktu sehari semalam tapi pegang tangan anak dara orang yang bukan mahram sesuka hati, tu belum cukup baik lagi.”
Macam tu….
“Sebab Allah dah kata, ya ayyuhallazina aamanudkhulu fissilmi kaafah. It’s in al-Baqarah ayat 208. Maksudnya kalau nak ditafsirkan secara kasar, Allah kata ‘masuklah kamu ke dalam Islam secara sepenuhnya dan jangan ikut syaitan kerana dia musuh yang nyata.’ Maknanya tak boleh la nak practice Islam tu secara juz’ie. Secara berjuzuk-juzuk. Mana yang kita nak buat, kita buat. Mana yang rasa tak nak buat kita redah langgar je. Tak jadi la kalau macam tu. Selagi tak embrance Islam tu penuh, tak cukup baik la kiranya.”
Dah bunyi macam susah sangat la pulak nak jadi baik ni. AO menuturkan sendiri dalam hati.
“It’s about masuk ke dalam Islam secara seluruhnya.” Hairi menuturkan denga senyum segaris. “Then THAT is ‘baik’. Tu kira aku punya definisi yang aku pegang la. Dan kalau nak diikutkan, aku pun belum cukup baik lagi. Tapi berusaha ke arah itu. Dan kita kena ingat. Allah tengok usaha, bukannya natijah atau hasil”
Part II
Siapa yang menyangka? Di bumi ini rupanya dia berjumpa dengan insan yang membimbing jalannya dalam mencari Yang Maha Esa.
Siapa yang menyangka? Rupanya dengan melangkah ke benua baru dia sebenarnya ‘lahir’ dan belajar semula menjadi manusia dan Muslim yang bukan hanya pada nama.
Siapa yang menyangka? Di bumi yang dikelilingi bukan Muslim pula dia belajar erti Islam dan Muslim yang sebenar.
Siapa yang menyangka? Jika seketika dulu sebelum dia terbang ke benua koala ini dia menyangka dia telah berubah menjadi Ashraff Omar yang kononnya ‘baik’, bandingan itu hanya sebesar kuman pada definisi ‘baik’ yang mengikut erti hukum Allah sepenuhnya. Sungguhlah. Definisi ‘baik’ yang diletak oleh manusia tak sama dengan definisi ‘baik’ yang telah tertulis oleh hukum Tuhan.
Penutup
Sungguh…untuk berubah itu bukan mudah.Nak cuba meletakkan gerabak hidup di atas landasan al-Quran dan sunnah tu memang payah. Tapi perlu yakin Allah tengok usaha,bukan natijah.’
Perlu mujahadah dan istiqamah
Perfection is impossible,tapi the effort to be a better Muslim tu yang matters
Bismillahirahmanirahim,
Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu [2:208]
Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah ; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui [30:30]
source: VERSUS by Hlovate
tomorrow i'll be back to school..yeah school of medical sciences. USM. what can i say..it's the end of the holidays:( and i've to put a full stop!full stop to "tido byk" and so on.. and it's the time to refresh and get on the track back akmal..
but this is wht i'm worried the most..MY BRAIN..oh dear,are you still sleeping?dreaming?i'm afraid of this, i'm not mentally prepared huhu..got obstetrics&gynaecology for my first posting. O&G is one of a killer posting in USM, start new sem,new session, there will be a new 'spirit or determination' as usual, but then it just fade away~fly away~by the time.
i hope, i'll get the spirit! you have to! and put all you efforts! you have to! don't make such mistakes like before! struggle and it's totally not 'years for honeymoon'.
i'm just throw out the feeling inside..hope whoever read this please pray for me, hoping to face this clinical years smoothly and successfully..even until now i'm not so sure is this the right path for me..but i do believe that allah gave me the best in everything. so it would be~the best for me.insyaallah.
rasanya ingin saya berkongsi dengan readers sedikit ilmu yang saya dapat ketika menonton usrah TV9 jumaat yang lepas. saya amat kagum dengan ust. asni mansor. beliau bukan sahaja dikurniakan allah rupa paras yang cantik malah suaranya sedap didengar serta mempunyai karisma percakapan yang menusuk kalbu dengan ilmu-ilmu yang disampaikan. alhamdulillah, segala puji bagi allah yang menciptakan segala keindahan dan DIAlah sebaik-baik dan sehebat-hebat pencipta. dan alhamdulillah dengan anugerah allah, ust menggunakan ia di jalan kebaikan serta dakwah yang berterusan di jalanNYA.
tajuk usrah pada hari tersebut adalah APABILA FATIMAH BERTASBIH...sedikit sebanyak sy ingin berkongsi apa yang dapat saya garap intipati usrah.
Siapakah FATIMAH? siapakah gerangan gadis ini? fatimah az-zahra merupakan puteri nabi. az-zahra bermaksud bunga. bunga yang mekar di hati nabi SAW. ramai di antara sahabat-sahabat nabi yang masuk meminang fatimah, namun ditolak oleh nabi. umar..abu bakar..namun..rasulullah tidak menerima pinangannya. Sehinggalah ketika fatimah berusia 18 tahun. nabi Muhammad SAW mengahwinkan fatimah az-zahra dengan sepupu baginda iaitu Saidina Ali karamallhu wajhah..
Ali tinggal bersama nabi sejak dari kecil..dan tidak pernah menyembah berhala, oleh itu, mendapat gelaran karamallahuwajhah..(teringat plop pendidikan islam tokoh-tokoh islam lower form..hee~) tersentuh hati ini apabila ust menceritakan detik-detik pernikahan fatimah. baju pengatinnya hanya baju pengatin yang ditampal-tampal. Sedangkan wanita itu adalah puteri kepada kekasih allah..muhammad ya rasullullah. sedangkan ada di antara kita yang mengimpikan perkahwinan yg vogue..erm..sederhana sudahlah..tp kata dalam AKU TERIMA NIKAHNYA; ust hasrizal bersederhana tapi jangan sampai timbul tanda-tanya..erm..
zaman rasullullah dulu pun ada menghantar menantu atau bertandang kalau klate gop ngatar nantu.. sewaktu umar,abu bakar dan usmah bersama-sama menghantar fatimah ke rumah yang bakal didiami fatimah bersama suaminya, betapa sedih dan terkejutnya mereka kerana apa yang dibawa sebagai hantaran hanyala kulit binatang yang dikeringkan, cerek dan pengisar gandum. Ali juga bukanlah seorang yang kaya. namun, apabila ditanya sahabat, Rasulullah berkata cukuplah untuk bekalan fatimah untuk tinggal di dunia sementara ini..
huhu insaflah diri ini...kita hanya di dunia sementara:( entah esok atau lusa..ajal bakal tiba..
melecuhlah tangan fatimah kerana mengisar gandum..upah saidina ali mengangkat air hanyalah sebutir kurma, betapa kasihannya Ali melihatkan keadaan fatimah, lalu ali meminta kepada fatimah berjumpalah dengan bapamu, rasulullah SAW. apabila berjumpa dengan nabi, mereka meminta nabi mengajarkan mereka sesuatu bagi menguatkan hati mereka. lalu nabi ajarkan tasbih atau zikir buat fatimah..
rasullullah berkata, bacalah subhanallah 10x, alhamdulillah 10x dan allahuakbar 10x di pagi hari kalau saya xsilap dan baca 30x sebelum tidur, insyaallah allah akan menguatkan jiwa kita..jadilah eloklah dalam sehari-hari sambil kita bekerja atau duduk lepak-lepak kosong di rumah, macam sayani huhu. kita hidupkan hati dan membasahi bibir kita dengan zikir..insyaallah dengan mengingati allah, hati-hati akan menjadi tenang..amiinn..moga sedikit sebanyak memberi manfaat daripada perkongsian yang sememangnya kita semua sudah tahu barang-kali ,namun, kadang-kadang saya akui..kita alpa dengan kesibukan dunia yang sementara ini. sharing is caring:)
WASHINGTON — Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi – dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam ...
Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum ‘orang gua’ ini. “Cerita ini harus diberitahu,” kata sumber itu. “Ia terlalu besar untuk disorok”. Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. “Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah”, beliau berkata, “Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English”.
“Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)”, kata sumber itu. “Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati. “Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. “Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi”.
Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia – dan juga sedikit perbezaan. “Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa – setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole” “Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi”.
“Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu – mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.
Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. “Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang belia u”. “Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya.. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu”.
Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi – pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar. “Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpestadan bersukaria”, mengikut kata sumber.
“Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi”. NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. “Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka – apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia”.
“Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?” Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole. “Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang.. Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasaman? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita?
Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa – telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari warta wan , jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Tetapi beliau telah memberi amaran “mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat”.
Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole – satu inisiatif dimana warta wan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan “teknologi bawah tanah”.
Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State’s Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.
Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui.
DARI SURAH AL KAHFI:
Allah menceritakan kisah lelaki itu seperti firman-Nya dalam surah itu: “Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Zulkarnain. Katakanlah: ‘Aku akan bacakan kepadamu cerita mengenainya’. Sesungguhnya Kami memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, maka dia pun menempuh suatu jalan.
“Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut berlumpur hitam dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: ‘Hai Zulkarnain, kamu boleh menyeksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka’. Berkata Zulkarnain: ‘Adapun orang yang aniaya maka kami kelak akan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya’.” (ayat 83 hingga 87)
“Kemudian dia menempuh jalan (yang lain).. Hingga apabila sampai ke tempat terbit matahari (Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu,” (ayat 89 dan 90).
“Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu.
orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?’.
Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi’.
“Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar ku tuangkan ke atas besi panas itu’.
“Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melubanginya. Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar’,” (ayat 92 hingga 98).
Demikianlah secebis kisah mengenai Zulkarnain. Dalam rentetan perjalanan hidupnya, lelaki itu bertanggungjawab membina tembok bagi menghalang bangsa Yakjuj dan Makjuj mendatangkan angkara kepada manusia. Tembok binaan Zulkarnain itu hanya akan runtuh apabila dunia terlalu hampir dengan kiamat..
http://groups. yahoo.com/ group/malaysiari a/join
Misteri Yakjuj & Makjuj
Misteri: Yakjuj, Makjuj dikurung dalam tembok ajaib
Oleh Nasron Sira Rahim
DI sebalik pembinaan kota besar hasil kemajuan pembangunan dan kemodenan yang melanda hampir seluruh pelusuk dunia hari ini, masih terdapat satu kawasan rahsia di muka bumi ini yang menyimpan ribuan makhluk misteri. Sehingga kini, penerokaan demi penerokaan di seluruh kawasan bumi masih belum menemui wilayah asing itu sekali gus menyebabkan kewujudan makhluk terbabit tidak akan dikenal pasti pengkaji atau manusia umumnya.
Bagaimanapun, kewujudan makhluk itu adalah sahih dan suatu hari nanti, mereka akan muncul juga di hadapan manusia. Akan tetapi, ketika makhluk itu muncul, sudah terlambat untuk manusia berbuat apa-apa lagi. Tiada lagi kajian mengenai sejarah kewujudan atau penyelidikan sains dilakukan terhadap makhluk itu seperti penemuan artifak atau spesies baru ketika ini kerana sewaktu munculnya makhluk dikenali Yakjuj dan Makjuj itu, dunia sudah terlalu hampir dengan kiamat! Sejak dikurung ribuan tahun lalu, kewujudan dan lokasi ‘pusat tahanan’ Yakjuj dan Makjuj masih menjadi misteri kepada manusia.
Bagaimanapun, kewujudan dua makhluk itu adalah pasti lantaran ia dinyatakan dalam al-Quran serta tergolong dalam perkara ghaib yang wajib diimani manusia menerusi tanda besar berlakunya kiamat. Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (API-UM), Prof Madya Dr Fauzi Deraman, berkata Yakjuj dan Makjuj bukanlah berupa haiwan atau spesies lain sebaliknya ia adalah manusia yang berasal daripada keturunan Nabi Adam AS.
Katanya, mengikut hadis, bangsa Yakjuj dan Makjuj berasal daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh AS iaitu Yafis yang berkembang melewati masa sehinggalah Zulkarnain membina tembok bagi menghalang mereka keluar dari lokasi mereka. “Cerita mengenai sejarah Yakjuj dan Makjuj tertera dalam al-Quran menerusi surah al-Kahfi, ayat ke-92 hingga 98 manakala kebangkitan mereka dinyatakan dalam surah an-Anbiyaa’, ayat ke-96 dan 97,” katanya. Allah berfirman menerusi ayat surah al-Kahfi itu: “Kemudian dia (Zulkarnain) menempuh suatu jalan (yang lain lagi).
Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan.. “Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?’. “Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan peralatan), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka. Berilah aku potongan-potongan besi’. “Hingga apabila besi itu sudah sama rata dengan kedua-dua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar aku tuangkan ke atas besi panas itu. “Maka mereka tidak dapat mendakinya dan mereka tidak dapat melubanginya.
Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat daripada Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku (kiamat), Dia akan menjadikannya hancur luluh dan janji Tuhanku itu adalah benar’.” Dalam ayat surah an-Anbiyaa’ pula, Allah berfirman: “Hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj; dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan sudah dekatlah kedatangan janji yang benar (kaimat) maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang kafir. (Mereka berkata): ‘Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim’.”
Dr Fauzi berkata, selain dua surah al-Quran itu, terdapat banyak hadis kuat yang membicarakan mengenai Yakjuj dan Makjuj tetapi terdapat juga perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai ciri-ciri bangsa itu yang tidak diterangkan nas. “Hadis riwayat Imam Ahmad pula menerangkan ciri fizikal Yakjuj dan Makjuj yang antara lain bermuka bulat dan kulit kekuningan seperti wajah kebanyakan penduduk Asia Tengah. “Ulama juga cenderung mengatakan Yakjuj dan Makjuj berasal dan dikurung di benua Asia Tengah berdasarkan tafsiran ayat ke-90 dari surah al-Khafi yang menyebut Zulkarnain sampai ‘di tempat terbit matahari’ iaitu timur dunia,” katanya.
Pendapat lain menambah yang Yakjuj dan Makjuj berkemungkinan berasal daripada bangsa Tartar dan Mongul manakala lokasi tahanan mereka adalah kawasan pergunungan luas Caucasus. Beliau berkata, kebanyakan ulama menyatakan yang bangsa itu terus wujud sehingga kini tetapi dipisahkan daripada dunia manusia oleh Allah SWT menerusi tembok dibina Zulkarnain itu. Katanya, tugas bangsa itu setiap hari sejak ribuan tahun lalu adalah mengorek tembok itu untuk tembus ke dunia manusia tetapi Allah masih menghalang mereka dengan kembali meneguhkan benteng berkenaan sehinggalah hampirnya hari kiamat. “Allah akan mengizinkan tembok itu runtuh dan Yakjuj dan Makjuj bebas ke dunia manusia apabila hampirnya kiamat dan peristiwa itu menjadi satu daripada 10 tanda besar kiamat,” katanya. Yakjuj dan Makjuj juga muncul selepas kematian Dajal yang dibunuh Nabi Isa AS dan bangsa itu akan mendatangkan kerosakan besar di muka bumi.
Kekuatan mereka dikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga tiada sesiapa yang mampu menewaskan kumpulan itu. “Nabi Isa AS memerintahkan manusia yang masih beriman berlindung di pergunungan bagi mengelak menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj; baginda kemudian berdoa kepada Allah SWT dan Allah membinasakan mereka dengan mengutuskan ulat yang menyerang belakang badan golongan itu sehingga mati. “Selepas bangsa Yakjuj dan Makjuj mati serta menjadi busuk, Allah mengutuskan seekor burung besar untuk mengangkut dan membersihkan mayat itu dari bumi,” katanya.
Menyoroti dalil kewujudan Yakjuj dan Makjuj, manusia seharusnya yakin mempertahankan akidah Islam dan tidak bertangguh memohon keampunan dan keredaan Allah kerana mereka yang masih lalai adalah golongan yang diterangkan dalam surah an-Anbiyaa’ di atas seperti firman-Nya: “(Mereka berkata): ‘Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim’.” FAKTA Yakjuj dan Makjuj Ketika kemunculannya, mereka dikatakan akan menuju ke sebuah tasik di Palestin dan akan minum air tasik itu sehingga kering. Memiliki zuriat yang ramai dan dikatakan tidak akan mati sehingga melahirkan lebih 1,000 zuriat.
Tiada siapa mampu menewaskan mereka dan hanya binasa dengan kekuasaan Allah. Muncul selepas turunnya Nabi Isa AS dan Dajal. Dalam sebuah hadis, Rasulullah menyatakan kebimbangannya apabila pada zaman baginda, Yakjuj dan Makjuj dikatakan sudah berjaya menebuk benteng Zulkarnain sebesar bulatan dibentuk ibu jari dan jari telunjuk.
Apa pandangan atau pendapat anda tentang peristiwa di atas ?
adapted frm:http://aziziabdullah.blogspot.com/2010/01/tentang-yakjud-makjud.html
Kadang-kala mengapa rasa penyesalan itu datang dalam hati ini. Sehingga aku perlu waktu untuk berfikir. berfikir tentang hikmah yang tersembunyi. aku tahu segalanya pasti Allah menginginkan hambaNYA berfikir. Namun, rasa yang ada dalam hati ini amat merunsingkan walau luarannya tampak tenang. Entah apa yang difikirkan tentang masa depan, walhal hari esok jua masih ghaib dari pandangan,.
apa yang ditakutkan wahai diri..pasti satu saat, sesuatu yang ditentukan oleh allah pasti datang, usahlah diminta untuk disegerakan. takut..takut..arghh!kenapa kau harus takut! usah difikir apa yang bakal terjadi esok hari..
Hari esok itu datang dengan sendirinya, usahlah bertanya khabar beritanya dan usahlah menunggu waktu itu..yang pasti hari ini..isilah kekosongan dengan kesibukan..dan DIA sentiasa ada merencanakan buat dirimu sesuatu yang belum kau tahu. percayalah tiada tanggungjawab yang diberikan diluar kesanggupan hamba-hambaNya..bersemangatlah wahai diri!
hanya secangkir rasa...
it's early in the morning..maresmartian get up and preparing themselves to school..i've already take my bath and ready to school..then one of my fren came.."warden nk jumpa"....silence..
there's so many things in my mind..trying to figure it out..what's it?i dunkow the answer..grab my tudung n hurry to see warden downstairs.."awak siti nor akmal?" i'm nodded.. "ke ada akmal lain?" "setahu saya saya sorang je siti nor akmal cikgu.." "abang awk ada tunggu kat pak guard..ada sesiapa sakit kat rumah?" "ayah ada dulu sakit tp dah baik.."oh my...that's question nearly bring me to a final conclusion..but still,i tried to calm myself..
boys still in the surau near the pondok pak guard performing their subuh prayer..and i..alone..walking to search for the answer, why my brother is here right now..from malacca to taiping at this early..there he is...with kak long..
after salam..kak long hugs me..then tears streaming down her cheeks..and i..still silence...not saying even a word.."abah dh takde adik.." "bila kak long?" "maghrib semalam.." i just stood there, not knowing what to say..i'm not giving any reaction at all..it's like a dream..
it's he coming back?nope..he leaved me when i wasn't there..at home..when i still struggling for my SPM..he would never coming back..to see his daughter hold her medical degree as he dreamed for..to see me as a doctor..
and i..wouldn't have any chances at all to give him my first salary..and here i am..in medical school..to fulfill his ambition..to make his words come true.."abah dah tak lama adik..abah kira rasanya adik ada 9 tahun lagi nak habis belajar..amek medic..abah tak sempat kot.."that's was his last words that i remembered until now..at that moment, i've no idea that would be the last thing he would ever say to me just few months before my SPM..
tiada siapa pun terlepas dari kematian..kematian pasti datang menjengah walau kita masih punya perkara..agenda hidup yang ingin direncanakan..namun, adakah persediaan untuk hidup kekal di sana kita sempurnakan? apakah perkara yang sudah terlaksana itu memadai untuk melepasi langit yang pertama?
diri ini masih bingung..masih mencari..ya rabbi..ada kalanya turun naik..adakalanya berhidup seumpama kematian itu tidak akan terjadi..bantulah kami ya allah..the most gracious..the most passionate..thanks for everything My Lord..guide us oh Allah..THE ALMIGHTY..
al-fatihah buat ayahanda allahyarham abdullah b. mohd zain, 7th january 1952-22th june 2005
terima kasih abah..doaku sentiasa buatmu..
*Live every act fully, as if it were your last*
Labels: realiti hidup
lapang sebelum sempit>>that's the phrase! cuti 3 bulan ni saya tak rasa banyak benda berfaedah yang saya buat di rumah:( TV pun dh tak minat nak tengok mcm zmn muda2 dulu..hee...layan la jugak drama-drama kat tv3 cm she wolf n sayang cendana..hee~ pastu tgk uber cup badminton... kalau dah start tgk match esp badminton n football agak semangatla jugak.. paling best tgk time hafiz hashim lawan..mendebarkan! hee~ but most of my time rs nya...makan,tdo..baca buku nye semangat kejap je..heee~ naaa...wht am i babling about nih?????aiseyyy..hehe... bosan sgt,bored to death??nope2..hee~bape banyak hee ntah..hee~
Actually i just read an email...know what?? 3 kg of worms in the intestine of a child..i've seen worms came out from my cat's nose..my sis pulled it out..warna putih,if not mistaken round worm...white round worm..yuckss!then when i'm in med school..i've learned there are plenty of worms...from flat to round..then even tape worm lah kan..hee~ n those creatures will cause you various diseases and side effect if..if you breed them inside your body..hehe..n now i'm just babling again..hee~
just nak share these pictures..kepada ibu bapa di luar sana..watch out! jagalah anak2..give them advice n train them to keep everything clean..basuh tangan bersih2 before makan, pakai kasut kat dalam toilet n so on..simple isn't..but many problems could rise if not take it seriously..
bak kata consultant dalam APA-APA AJE pg td..we used to hear "practice make perfect" but now we should take it as "practice make permanent"..according to a study as he said..jika kita buat sesuatu dalam masa 10 ooo jam we would expert to do it..it takes about 3 years if we practice it 8hrs daily.. if we keep doing something for 8000 hrs in our life time, kita hanya boleh sampai tahap bagusje..but not expert in 'that thing'..
so, as a conclusion..parents should be the 'coach' that could train their children in whatever..be a coach that could give them advice..be a good role model, hopefully they will imitate the 'good things'..ecee i'm talking about parenting skill lah..hee~ erm kena banyak belajar..ilmu juga kan even not having children lagi..hehe..but really hope readers could take something even it sounds like alaaa "common things" je kan..sharing is caring:)
"practice make permanent"
Labels: sharing e-mail
uish..sangat lama tak menjenguk blog..last post was on 26th February..almost 2 months.. busy actually..starting from february, prepare for exam..final phase 2 professional exam on 21st march..then a week after exam...result came out and alhamdulillah me n my best girls passed :)
proceed to next phase..clinical years with more challenging and experience as a medical students..learn more about how to manage patients in clinical setting..am i ready to face it?still feel not knowledgeable :(
A week after result was announced..i was admitted to HUSM, prepare for orthognathic surgery on the next day. sekarang dah lebih 2 minggu post-operation..1 week after operation was the hardest time:( alhamdulillah now dah boleh makan walaupun just blended food..weight loss dah taktau berapa kg...hope everything gonna be fine:)
1 week post-op my face bloating up!swelling..scars on corner of my mouth..n my face changed a bit...hope my fren still recognize me.
whatever it is, sangat bersyukur atas semuanya. banyaknya nikmat kurniaanNya..ya allah walau banyak dosa dan maksiat kami lakukan dalam kehidupan ini, kasihMu sentiasa mendahului kemurkaanMu..
Labels: realiti hidup
Sabda Rasulullah s.a.w.:“Berdoalah kamu kepada Allah Taala dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan (diterima). Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan alpa .” (Riwayat al-Tirmizi)
Ketika berdoa, kita hendaklah peka kepada apa yang didoakan (dipohon), janganlah berdoa dengan mulut sahaja sedangkan hati kita lalai. Sebaliknya hayati apa yang dipohonkan itu serta yakin bahawa Allah akan menerima doa tersebut kerana Allah S.W.T tidak akan memperkenankan doa orang yang hatinya lalai dan alpa.
Jangan boring dalam berdoa . Rasulullah SAW bersabda: Akan dimakbulkan doa salah seorang di antara kamu selagi dia tidak terburu-buru lalu dia mengatakan: Aku sudah berdoa namun tidak dimakbulkan bagiku. (riwayat Imam al-Bukhari)
Cepat atau lambat sesuatu doa itu dimakbulkan (diterima) bergantung kepada Allah dan banyak atau sedikit dosa yang dilakukan oleh seseorang itu. Ada orang yang bertaubat selama 30 tahun baru Allah terima taubatnya itu. Nabi Musa juga berdoa selama 30 tahun kemudian barulah Firaun dimusnahkan.
Ada juga doa yang tidak diterima semasa di dunia ini tetapi diberi pahala di akhirat nanti. Ketika itu orang yang doanya diterima berkata “alangkah baiknya jika doa aku tidak diterima dulu”
Jagalah makan minum dan adab berdoa, agar doa kita diterima.
Doa diterima bila “yang ada jadi tiada” (contohnya penyakit disembuhkan) atau “yang tiada jadi ada” (contohnya diberikan rezeki). Semuanya berlaku dengan izinnya dan bukan secara kebetulan. Orang kafir berjaya bukan kerana doa mereka diterima tapi sebab Allah telah menentukan bahagiannya (kecuali kafir yang teraniaya).
Ar-Ra’d [14]…dan tiadalah ibadat dan doa permohonan orang-orang kafir itu melainkan dalam kesesatan.
Dalam sebuah hadis disebutkan: Doa adalah senjata bagi orang mukmin . Sesiapa tidak memohon (berdoa) kepada Allah, maka Allah akan murka kepadanya.
Labels: tazkirah
The problems you face will either defeat you or develop you – depending on how you respond to them. Unfortunately, most people fail to see how Allah wants to use problems for good in their lives. They react foolishly and resent their problems rather than pausing to consider what benefit they might bring.
Here are five ways Allah wants to use the problems in your life:
1. Allah uses problems to DIRECT you. Sometimes God must light a fire under you to get you moving. Problems often point us in a new direction and motivate us to change. Is God trying to get your attention? “Sometimes it takes a painful situation to make us change our ways.”
2. Allah uses problems to INSPECT you. People are like tea bags…if you want to know what’s inside them, just drop them into hot ever water! Has God tested your faith with a problem What do problems reveal aboutyou? “When you have many kinds of troubles, you should be full of joy, because you know that these troubles test your faith, and this will give you patience.”
3. Allah uses problems to CORRECT you. Some lessons we learn only through pain and failure. It’s likely that as a child your parents told you not to touch a hot stove, but you'll probably learn by being burned. Sometimes we only learn the value of something - health, money, a relationship..by losing it. “It was the best thing that could have happened to me, for it taught me to pay attention to your laws.”
4. Allah uses problems to PROTECT you. A problem can be a blessing in disguise if it prevents you from being harmed by something more serious. Last year a friend was fired for refusing to do something unethical that his boss had asked him to do. His unemployment was a problem – but it saved him from being convicted and sent to prison a year later when management’s actions were eventually discovered. “You intended to harm me, but God intended it for good…”
5. Allah uses problems to PERFECT you. Problems, when responded to correctly, are character builders. God is far more interested in your character than your comfort. Your relationship to God and your character are the only two things you’re going to take with you into eternity. “We can rejoice when we run into problems…they help us learn to be patient. And patience develops strength of character in us and helps us trust God more each time we use it until finally our hope and faith are strong and steady.”
Here’s the point: God is at work in your life – even when you do not recognize it or understand it. But it’s much easier and profitable when you cooperate with Him.“Success can be measured not only in achievements, but in lessons learned, lives touched and moments shared along the way.”
Allah Knows Best. Wallahualam.
Labels: realiti hidup
lamanya tak menulis..as usual..kemalasan yg menyelubungi diri..haila..what happen to you akmal??
sometimes i do muhasabah diri..thinking of myself..the changes.."metamorfosis" diri yg amat merisaukan..i just look up into the time frame..time frame of my life..the growing chart..there's something wrong somewhere i guess..
the climax of the "enthusiasm" when i was 18..everything then fluctuating when i've got myself into a comfort zone doing medicine in uni. science of malaysia..1st yr is really tough..the fear of failing the professional 1 exam..study like there's no other way..n then it's going down..aiyoo~
now u are turning 22 this year my dear..n ur professional 2 exam just about less than 1 month..plz get on the track back..plz!!
Kalau kamu tidak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung perihnya kebodohan. (Hendaklah belajar dgn sungguh2 krn tdk ada orang yg dilahirkan berilmu. Ilmu itu hanya diperoleh dengan belajar(ibnu mas'ud) [ i luv sunnah]
Labels: realiti hidup
at 9:37 AM , 0 Comments
by:hilal asyraf
wanna sahare this with readers..it makes me open the eyes..see the truth..try to be strong..even sometimes, there's voices whispering that could "distort" my intention to change myself for a better person.. let's read.. may this could give us strength to become a better person than yesterday:)
Saya ada terbaca blog junior/sahabat saya, Faiq Zaini berkenaan hal ini. Kemudian ditambah pula, selepas itu salah seorang pembaca Langit Ilahi bertanya kepada saya berkenaan ketakutannya bergerak ke arah kebaikan kerana rakan-rakan mencercanya sebagai hipokrit.
Ya, ada orang takut berubah kepada kebaikan kerana risau. Kadangkala bukan merisaukan kutukan orang. Diri sendiri itu pun mempersoalkan – tak hipokrit ke aku ni kalau berubah?
Ayat-ayat racun macam – aku kena jadi diri sendiri – akan mula merosakkan jiwa.
Hipokrit ke kalau jadi baik? Jadi baik ni, sama dengan tak jadi diri sendiri kah?
Siapa la pandai-pandai buat peraturan hodoh macam tu?
Kalau bab tak jadi diri sendiri, maka buat benda-benda tak elok itulah hipokrit
Kenapa tak nak berubah? Dia kata, tak nak jadi hipokrit. Dirinya suka benda-benda yang Allah larang, suka merokok, suka ponteng kelas, suka mencarut, suka couple dan sebagainya. Jadi, kalau berubah ni hipokrit. Not myself katanya.
Oh? Mana kamu tahu jahat/nakal/kurang aja/tak bagus tu adalah diri kamu yang sebenar?
Siapa ajar?
Tahu apa diri kita yang sebenar?
Saya bagi satu hadith, dan satu ayat Al-Quran.
Rasulullah SAW bersabda:
“Setiap bayi itu lahirnya di atas fitrah, ibu bapanya(suasana pembesarannya) lah yang menjadikannya yahudi, nasrani dan majusi”
Kenapa Rasulullah SAW tak cakap: “Ibu bapanya(suasana pembesarannya)lah yang menjadikannya islam, yahudi, nasrani, dan majusi” ? Kenapa?
Sebab bayiu itu dilahirkan atas fitrah. Fitrah=Islam. Islam=baik.
Jadi, siapa kata menjadi baik itu hipokrit? Jadi jahat la hipokrit. Sebab jahat/nakal dan segala yang berkaitan dengannya itulah yang bukan diri kita sendiri.
Allah SWT pula berfirman:
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam dari belakang mereka, dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (Dia berfirman): Bukankah Aku ini Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar, kami menjadi saksi(mengakuinya)” Surah Al-A’raff ayat 172.
Ah, sebelum kita lahir lagi, fitrah kita adalah beriman. Fitrah kita adalah Islam. Fitrah kita adalah taat kepada Allah SWT. Sebab itu, pernah dengar kan kata-kata: “Bayi itu suci dari dosa?”
Jadi, nak kembali kepada kebaikan, nak bergerak menjadi hamba yang taat, di mana hipokritnya?
Masalah manusia senget akal
Masalah segelintir manusia adalah, apabila ada rakan mereka nak berubah, mereka akan hina-hina, kutuk-kutuk. Kata-kata berikut adalah yang biasanya keluar:
“Tak payah jadi baiklah. Kau ni memang dah tak ada harapan dah nak ikut geng-geng baik ni”
“Kau jangan nak tunjuk bagus la bro. Dunia belum terbalik lagi la”
“Hipokrit la kau ni. Jahat tu jahat la. Jadi baik buat apa?”
Ini penyakit paling kronik yang ada dalam masyarakat kita. Tengok sahabat dia jadi baik, dia tak senang, dia rasa sempit, dia rasa gusar. Dia mewarisi sikap satu makhluk ni. Makhluk apa?
Iblis. Iblis, syaitan dan konco-konconya memang akan rasa sempit hati bila nampak orang bergerak ke arah kebaikan. Dia rasa bengang, rasa marah dan rasa sangat-sangat la bengkek bila tengok orang buat baik. Sebab, tujuannya atas muka bumi ni terganggu. Semasa dia dilempar keluar dari syurga, dia telah bersumpah kepada Allah SWT:
Allah SWT berfirman:
“Iblis pun berkata: Oleh kerana Kau telah menyebabkan aku tersesat, maka sesungguhnya aku akan mengambil tempat menjadi penghalang mereka dari jalanMu yang lurus. Kemudian aku datangi mereka dari hadapan serta dari belakang mereka, dan dari kanan serta kiri mereka, dan Engkau akan mendapati tidak ramai dari mereka yang bersyukur” Surah Al - ‘Araff aayat 16-17.
Tapi benda ni, kalau cakap pada pengutuk-pengeji ni, mereka tidak akan faham.
Maka, jadikan ini inspirasi, kekuatan kepada yang nak merubah diri, agar terus sabar dan tabah. Hendak kembali kepada fitrah, hipokrit apanya?
Bukan boleh terus jadi malaikat
Kepada yang nak berubah, jangan rasa susah hati kalau ada masanya anda jatuh semula. Terbuat salah lama. Memang itu resminya kehidupan manusia. Imannya turun naik. Tak ada manusia yang tersedar-sedar terus jadi baik macam malaikat.
Tak ada. Melainkan kamu boleh jumpa situasi itu di dalam drama dan novel sahaja.
Manusia biasa, paling kurang akan tetap ada sisa-sisa jahiliyyahnya. Lambat untuk membuang semuanya.
Tetapi ini bukan alasan berputus asa.
Sebab itu saya suka tunjukkan kamu kisah pembunuh kepada 100 orang. Dia telah membunuh 100 orang, tetapi dia masih berusaha bertaubat kepada Allah. Akhirnya Allah memasukkannya ke dallam syurga, tanpa dia sempat bertaubat. Dia hanya baru hendak bergerak ke tempat taubat sahaja. Itulah dia maknanya, keampunan Allah meluasi kemarahan-Nya.
Ketahuilah, kepada orang yang hendak berubah, Allah amat mencintai kalian.
Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya Allah amat mencintai mereka yang sering bertaubat dan membersihkan diri” Surah Al-Baqarah ayat 222.
Apa la kisahnya dengan kritikan orang ramai, jika hendak dibandingkan dengan kasih sayang Allah?
Penutup: Usah peduli orang lain. Bergerak terus ke arah perubahan
Bila nak berubah, jangan teragak-agak. Niat berubah kena jelas, menuju kepada Allah semata-mata. Tidak berubah kerana perempuan, tidak berubah kerana kawan, tidak berubah kerana yang lain-lain. Berubah hanya kerana Allah SWT.
Dengan ini, kalau satu dunia menyisihkan anda kerana perubahan anda, anda tetap tenang dan sabar, teguh dan tabah.
Bergeraklah terus ke arah perubahan.
InsyaAllah, Allah SWT tidak akan mengecewakan hamba-hamba-Nya yang mendekati-Nya.
Saya tutup artikel ini dengan surah penenang jiwa. Dalami maknanya ya.
“Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu? Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu yang memberati tanggunganmu? Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu? Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)” Surah Asy-Syarh ayat 1-8
Labels: tazkirah
Ustaz Zainudin Hashim Mon | Apr 27, 09 | 10:59:19 am MYT |
Firman Allah SWT melalui ayat 82 surah at-Taubah bermaksud: "Maka bolehlah mereka (golongan munafik) ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan (semasa hidup di dunia)." Dan dalam ayat 60 surah an-Najm yang bermaksud: "Maka mengapa kamu ketawa dan tidak menangis?" Mesej daripada maksud dua potong ayat di atas walaupun pendek, sarat dengan pelbagai pengajaran yang perlu diambil oleh kita semua, betapa Allah SWT mencemuh golongan munafik yang boleh disifatkan sebagai golongan yang mana hidup mereka penuh dengan kepura-puraan. Sesungguhnya kedua-dua ayat berkenaan di atas ditujukan kepada golongan munafik yang banyak mempersendakan kebenaran ayat-ayat al-Quran ataupun pengajaran daripada hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w. Mereka merupakan golongan yang menzahirkan luaran mereka sebagai orang Islam, tetapi pada sanubari mereka menyatakan kebencian yang amat sangat terhadap Islam, lebih dahsyat daripada orang bukan Islam. Mereka menyatakan kononnya mahu melakasana dan menegakkan hukum-hukum Islam, tetapi pada masa yang sama menyubur serta memperbanyakkan program-program maksiat melalui penganjuran sitcom-sitkom gelak ketawa, malah dipertandingkan seperti 'Rajalawak'/'Lawaking' yang mahu mengajak penonton supaya banyak ketawa dan menangis sedikit. Tidak ada program lawak yang mengajak manusia untuk berfikir pada alam akhirat atau menyebabkan mereka menangis. Tetapi yang jelas bahawa mereka diajak untuk ketawa hingga lupa tugas sebenar untuk beriman kepada Alla SWT, sesungguhnya terdapat pandangan di kalangan ulama kontemporari hari ini yang menegaskan bahawa umat Islam adalah umat serius yang mempunyai tanggungjawab besar menyeru manusia sejagat untuk kembali kepada fitrah mereka iatu menyembah Allah - Tuhan segala manusia. Apa yang jelas jika ciri-ciri golongan munafik ada dalam diri insan Muslim, ia boleh dianggap sebagai satu musibah besar, kerana ciri-ciri tersebutlah yang akan mengundang kemarahan Allah dan sudah pasti tidak akan berjaya mendapatkan pertolongan Nabi Muhammad pada hari akhirat kelak. Perkara ini ada ditegaskan Allah melalui firman-Nya dalam ayat 145 surah an-Nisaa yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka." Berdasarkan hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad s.a.w mengatakan: Tanda orang-orang munafiq itu ada tiga keadaan. * Pertama, apabila berkata-kata, dia berdusta. * Kedua, apabila berjanji, dia mengingkari. * Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan), dia mengkhianatinya. Apabila dilihat kepada maksud pengisian yang ada dalam hadis baginda di atas, kita dapat simpulkan bahawa masih terdapat di kalangan umat Islam hari ini yang sanggup berdusta semata-mata untuk mencapai impian dalam hidup mereka. Mereka tidak mempedulikan larangan Allah atau suruhan-Nya, yang dilarang itulah menjadi keutamaannya untuk dilakukan, sedangkan suruhan Allah diabaikan. Gambaran ini dapat dilihat secara jelas, sebagai contoh penyertaan individu Muslim dalam program yang dilarang seperti Rajalawak, ia menjadi pilihan dan kesukaan ramai manusia hari ini, pada masa yang sama ramai juga yang meninggalkan solat kerananya. Begitu juga individu Muslim yang berbuat janji, apatah lagi janji mereka kepada Allah seperti dalam lafaz yang diungkapkan dalam solat, sesungguhnya hidupku, matiku dan seluruh amal ibadatku adalah hanya untuk Allah, Tuhan sekelian alam. Tetapi selepas solat, banyak perkara yang dijanjikan itu disanggah secara langsung atau tidak langsung, ramai Muslimat yang solat dengan pakaian kain telekung yang mencantikkah penampilan mereka, tetapi ramai juga di kalangan mereka mendedahkan aurat atau menampakkan rambut mereka di hadapan khalayak lelaki. Begitu juga dengan amanah yang diberi, terutamanya amanah sebagai manusia Islam yang diwajibkan untuk melaksanakan segala titah perintah Allah SWT dalam erti kata sebenarnya. Tetapi ia hanya seruan yang tertinggal di atas mimbar oleh khatib pada setiap hari Jumaat, ia tidak digarap dengan baik oleh para jemaah, amanah untuk membangun bersama Islam tidak ditepatinya. Amanah untuk mendaulatkan Islam juga hanya retorik semata-mata, kesemua agenda hidup tidak berteraskan untuk kurangkan ketawa dan menangis banyak kerana takut kepada Allah. Program-program kuliah dan ceramah di masjid-masjid atau surau-surau kebanyakannya dihadiri oleh golongan pesara walaupun terdapat golongan muda atau remaja, tetapi jumlahnya terlalu sedikit. Mungkin kempen kepada golongan ini untuk ke masjid atau surau tidak dikuat-kuasakan oleh pihak berkuasa, sebab mereka pun tidak terfikir untuk ke masjid atau surau, tetapi kempen untuk program ketawa seperti Jomheboh dan lain-lain dipromosikan dengan hebat sekali, sebab yang berkempen pun akan menyertainya. Kepada mereka dibacakan sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Kemanisan di dunia akan memahitkan nanti di akhirat, dan apa-apa yang memahitkan di dunia akan memaniskan seseorang itu di akhirat." Sesuatu yang manis pasti akan menggembirakan seseorang, seperti kerap makan durian yang sedap dan enak, tetapi ia akan menjadikan seseorang itu mungkin akan terkena obesiti dan kencing manis, berbanding dengan ubat periuk yang pahit, bagi pengamal yang sering meminumnya walaupun tidak sedap, tetapi ia menjanjikan kesihatan yang baik. Begitulah sebaliknya bagi mereka yang mengutamakan yang pahit, maksudnya menjalani proses hidup sebgai Muslim yang beramal dengan solat lima kali sehari semalam. Ia menjadi manis bagi orang biasa buat, tetapi ia dianggap pahit atau sukar untuk dilakukan bagi mereka yang tidak biasa atau golongan yang memiliki ciri-ciri orang munafik. Apapun semua yang pahit itu sebenarnya akan membahagiakan seseorang itu nanti di alam akhirat, termasuklah berada dalam jemaah yang berteraskan Islam. Untuk memajukan Islam sebagai cara hidup bukanlah satu perkara yang mudah, namun ia memerlukan kesabaran yang cukup tinggi dan kewarasan pemikiran untuk mendapatkan syafaat (rekomendasi) daripada baginda Rasulullah s.a.w. di akhirat kelat, Insya-Allah. Yang penting banyakkan menangis kerana takut kepada Allah SWT. - sama2 muhasabah diri... |
fakta menarik yg sy dpt check email td..let's check it out:) sharing is caring!
Berikut ini dicatatkan beberapa fakta yang sangat baik untuk kita
sama-sama
ingat dan ambil pengajaran daripadanya. Fakta ini sengaja disusun
mengikut
nombor/angka dari 1 hingga 10 agar ianya memudahkan kita untuk ingat dan
ambil manfaat daripadanya.
ANGKA 1:
Istiqamah itu satu jalan.Awalnya kemulian, pertengahannya keselamatan,
dan
akhirnya
adalah syurga yang menanti.
ANGKA 2:
Dua titisan yang sangat bernilai di hari akhirat yang dapat memadamkan
kepanasan api di padang mahsyar :
1)Air mata orang yang menangis {bertaubat kepada Allah}terutama di malam
hari.
2)Darah para syuhada di medan jihad fisabilillah.
ANGKA 3:
Tiga perkara yang menjadi kesukaan dan kebahagian hidup Rasulullah SAW:
1)Bau-bauan yang harum{wangi}
2)Isteri yang solehah
3)Solat
ANGKA 4:
Berkata Saiyidina Ali karamallahu wajhah: Barangsiapa yang di berikan
kepadanya empat perkara, sesungguhnya dia telah diberi kebaikan dunia
dan
akhirat:
1)Sifat warak yang memeliharanya daripada apa yang di haramkan oleh
Allah.
2)Dia hidup bersama masyarakat dengan akhlak yang penyantun.
3)Malu yang menegahnya dari kejahilan org2 jahil.
4)Juga isteri solehah yang membantunya dalam urusan dunia dan akhirat.
ANGKA 5:
Berkata seorang soleh : Ubat bagi hati itu ada pada lima perkara:
1)Membaca al-quran dengan tadabbur{ulang2}
2)Kosong perut.
3)Melakukan qiamullail.
4)Memohon ampun di waktu sahur.
5)Mendampingi orang2 soleh {ulamak}
ANGKA 6:
Enam cara menghindarkan dari iblis:
1)Bertaqwa kepada allah di mana sahaja.
2)Selalu meminta pertolongan daripada Allah.
3)Selalu berzikir dan berwirid.
4)Memperbaharui taubat.
5)Memperbanyakkan istighfar
6)Selalu meningkatkan dan memperkemaskan ibadah di samping asasnya ilmu
yang bermanafaat.
ANGKA 7:
Tujuh anak-anak rasulullah SAW:
1)Qasim
2)Abdullah
3)Ibrahim
4)Zainab
5)Ruqaiyah
6)Fatimah
7)Umi kalsum
ANGKA 8:
Ada lapan senjata utama perempuan yang boleh mendatangkan fitnah besar
kepada islam dan umatnya :
1)Air mata
2)Merajuk dan suka bermanja -manja
3)Berhias diri dan bergaya
4)Berpura -pura sakit
5)Senyuman
6)Penipuan
7)Kata-kata yang manis
8)Mengugut bahawa ia akan lari.
ANGKA 9:
Bila taqwa tidak ada,maka para ulama akan di kuasai oleh sembilan
nafsu-nafsu berikiut :
1)Sombong atau ego
2)Ujub dan riak
3)Hasad dengki
4)Susah untuk menerima kebenaran dari orang lain
5)Suka berdebat terutama sesama ulama
6)Gunakan ilmu sebagai alat untuk kepentingan dunia, pangkat, dan wang
ringgit
7)Pemarah
8)Ingin dihormati {gila puji}
9)Kalau mampu akan hidup bermewah- mewah.
ANGKA 10:
Ada sepuluh macam orang yang mayatnya tidak busuk dan tidak reput di
dalam
kubur dan mereka akan bangun ke padang mahsyar dengan tubuh yang asal
dari
kubur:
1)Para nabi dan rasul
2)Para ahli jihad{mujahid}
3)Para ahli ulama
4)Para syuhada
5)Huffazul quran
6)Imam atau pemimpin yang adil
7)Muazzin
8)Wanita yang mati kerana kelahiran{beranak}
9)Orang yang mati d bunuh atau dianiaya
10)Orang yang mati pada siang atau d malam jumaat.(Yang ni...tak
taulah...sama ada ianya ada Hadis sahih atau daif.....)
written by:hilal asyraf
Ada orang tanya, apa ciri-ciri perempuan yang saya suka. Kebelakangan ini, rajin pula ada orang bertanyakan soalan-soalan berikut:
“Kalau ada orang nak kahwin dengan awak, awak nak terima?”
“Kalau ada perempuan kata kat Hilal, dia suka Hilal, Hilal nak tak dia?”
“Kalau ada orang nak offer adik dia ke, anak dia ke, Hilal agak-agak, nak tak?”
“Apa ciri-ciri perempuan yang Hilal akan terima?”
Saya tak tahu la kenapa terima menerima, nak tak nak ni. Dia bukan masalah orang offer, atau orang nak kat saya atau sebagainya. Persoalannya, apakah dia memenuhi ciri-ciri yang saya kehendaki? Sebenarnya, saya berat hati juga kalau sangkut menyangkut benda ni. Sebab saya sendiri tak dapat nak pastikan dengan jelas sukatan perempuan yang saya suka, ciri-cirinya dan sebagainya.
Tetapi saya usahakanlah seboleh mungkin.
Maka ini perkongsiannya.
Sederhana
Saya senang kalau bakal isteri saya adalah seorang yang sederhana. Sederhana dengan harta, sederhana dengan penampilan, sederhana dengan ilmunya, sederhana dengan akhlaknya, dan sederhana dengan agamanya.
Jangan salah faham sederhana ni sama dengan separuh/tak cukup. Ini masalah la.
Sederhana yang saya maksudkan adalah, kalau dia kaya, dia tak bermegah-megah. Kalau dia cantik, dia tak menunjuk-nunjuk. Kalau dia berilmu, dia tak bising-bising tunjuk bagus. Kalau dia orang puji solehah, dia tidak pula overboard perasan baik. Kalau dia miskin, dia tak merungut-rungut. Kalau dia hodoh, dia tak mengeluh-ngeluh. Kalau dia kurang pandai, dia tidak pula terlalu memperbodoh-bodohkan dirinya. Kalau dia tak solehah sangat, dia taklah menunjuk-nunjuk ketidak solehahanya.
Sederhana. Bukanlah saya nak dia sederhana ni sebab kepuasan saya. Atau mungkin ada orang fikir: “Nak jadi isteri penulis islamik, mesti la kena macam malaikat”. Saya tidak tetapkan standard ni, untuk sekufu dengan standard saya ke, apa ke. Saya tak pernah pandang pun standard-standard ni.
Sederhana, bukan sebab perempuan itu nak jadi isteri Hilal Asyraf. Saya nampak, isteri saya perlu sederhana adalah kerana, dia nak jadi ibu kepada anak-anak saya.
Itu sahaja.
Agamanya bersih
Selepas sederhana, baru datang yang lain. Seterusnya, saya senang kalau isteri saya ada kefahaman dalam Islam. Maksud kefahaman kat sini, bukanlah dia faham Islam sehebat Zainab Al-Ghazali ke, faqih sampai tahap macam Aisyah RH ke, bukan, dan bukan. Tak semestinya juga, bila saya cakap ada kefahaman agama, dia kena ambil bidang Usuluddin ke, Usul Fiqh ke, Bahasa Arab ke, bukan. Bukan. Ambil komputer pun, ok.
Sekurang-kurangnya, dia adalah yang faham apa Allah nak, dan apa yang Allah benci. Seterusnya dia faham kenapa kena ambil Islam sebagai jalan hidup. Kemudian faham pula kenapa keluarga itu perlu dibina atas keimanan. Kenapa anak-anak perlu ditarbiyah dengan didikan Islam.
Kenapa? Sebab saya tangan saya ada dua sahaja. Tubuh saya ada satu sahaja. Saya ada tugasan saya dengan keluarga dan masyarakat. Kalaulah isteri saya seorang yang agamanya bersih, maka tugas saya ke atas keluarga jadi ringan. Tambahan, isteri saya boleh tegur saya kalau dia rasa saya silap dalam perjalanan saya menjadi hamba Allah.
Bila saya terluka dengan masyarakat, maka keluarga akan menyembuhkan saya.
Tidaklah bila saya terluka dengan masyarakat, keluarga juga melukakan saya.
Wajahnya menyenangkan
Saya akan cari yang menyenangkan mata saya memandang. Antara doa saya kepada Allah adalah:
“Ya Allah, berikanlah aku isteri, yang menyejukkan pandangan mataku”
Nanti bila saya letih bekerja, saya melihat wajahnya, hilang segala letih saya.
Macam mana nak kira wajah menyenangkan ni, saya pun tak reti nak beritahu. Tapi bila saya senang melihat wajahnya, itu kira fit dengan perkiraan saya la tu. Jadi, nak cerita kat sini, susah. Saya tak ada perkataan selain ayat – kalau saya lihat dia, saya senang hati – untuk dijadikan ukuran.
Dan saya fikir, anak-anak saya akan membesar dengan gembira apabila wajah ibu mereka membuatkan mereka senang hati.
Anak-anak saya mesti gembira.
Keturunannya baik
Ada orang ingat, keturunan baik ni dari golongan tengku ke, raja ke, syarif ke. Saya tak kira ‘keturunannya baik’ ini dari segi pangkat. Saya nampak, ‘keturunannya baik’ ini adalah keluarganya orang baik-baik. Bukan jenis buat dosa-dosa besar. Dan paling penting, mak ayahnya juga baik dan sederhana, mesra dan jujur, amanah dan menyenangkan, ambil berat dan penyayang.
Kalau tanya saya kenapa saya perlukan keturunannya demikian?
Mudah. Bukan untuk saya.
Untuk anak-anak saya.
Berharta?
Saya tak tahu saya perlu letak atau tidak perkara ini. Saya fikir, kalau dah cukup empat yang di atas, saya tak perlukan kut ‘harta’ ni. Isteri saya itu adalah satu ‘harta’. Jadi selain dirinya, saya tidak perlukan dia mempunyai harta lain.
Dan kalau dia punya harta, saya akan berusaha tidak menyentuh sesen pun duitnya.
Saya akan berusaha, biar wang saya sahaja sudah cukup untuk menampung kehidupan kami sekeluarga.
Kalau boleh, isteri saya tidak perlu bekerja. Saya senang kalau dia menjadi suri rumah.
Agar dia boleh luang masa dengan anak-anak saya. Mentarbiyah mereka terus dari tangannya. Menyayangi mereka terus dari hatinya. Mengasihi mereka terus dari jiwanya. Agar anak-anak saya membesar dengan didikan air tangannya. Biar anak-anak saya sangat sayang pada dia. Biar anak-anak saya anggap, ibu mereka adalah harta termahal yang Allah beri kepada mereka dan saya.
Saya nak isteri saya happy-happy aja
Saya tak nak isteri yang panas baran. Kalau boleh, harapnya perkataan yang busuk-busuk, sumpah seranah, semua dia tak tahu. Kalau tahu pun, tak sebut. Saya nak isteri saya sentiasa tersenyum, senang hati dan hatinya lembut.
Saya nak gurau-gurau dengan dia, romantik-romantik dengan dia, manja-manja dengan dia, sayang dia sepenuh-penuhnya, dan mencintainya dengan seluruh diri saya.
Saya nak isteri saya happy-happy aja. Dengan saya macam kawan, sahabat akrab yang tersangat akrab. Dengan saya dia tiada malu. Dengan saya dia tiada segan. Dengan saya dia tiada simpan. Kalau dia nak marah saya, dia senang cakap terus dengan saya tanpa cakap belakang.
Biar anak-anak saya membesar dengan suasana kasih sayang. Biar anak saya faham erti cinta. Biar anak saya tidak membesar dengan tertekan. Biar anak saya sentiasa gembira. Biar anak saya sentiasa rasa tenang dan senang. Biar anak saya nampak, rumah itu adalah syurga dia, ibu ayah dia adalah permata.
Saya hairan
Saya hairan dengan orang yang kahwin untuk kepuasan dirinya sahaja. Entah kenapa, setiap kali saya fikir fasal berkahwin, saya akan nampak anak saya. Saya akan rasa berdosa dengan anak saya, kalau saya hari ini merosakkan masa hadapannya.
Saya juga rasa kelakar dengan orang yang bising-bising fasal baitul muslim, tetapi di matanya dia nampak adalah – baitul muslim=cari pasangan untuk kahwin. Sampai ada unit baitul muslim untuk cari jodoh.
Tetapi, baitul muslim itu bukankah hakikatnya projek untuk mendapatkan redha Allah? Ia bukan berhenti pada gerbang perkahwinan dengan pasangan yang kita cari, tetapi ia berterusan sampai ke akhirat nanti.
Siapa sebelum berkahwin, dia fikir benda-benda ni?
Siapa?
Sebab itu, ramai yang dapat kahwin dengan pasangan soleh/solehah, tetapi tak ramai yang dapat produce anak yang soleh/solehah, dan tak ramai pula mampu membina keluarga yang soleh/solehah. Sebab apa?
Dia nampak, ending dia pada perkahwinan sahaja. Dia tidak nampak di alam perkahwinan, dia perlu buat apa. Dia hanya bersedia, untuk berkahwin sahaja. Dia tidak bersedia untuk mengharungi rumah tangga dalam keadaan mengejar redha Allah SWT.
Penutup: Entah dapat, entah tidak.
Saya rasa sedih pula bila tulis artikel ni. Saya sendiri tidak pasti sama ada saya akan dapat apa saya mahu. Hidup ini bukan macam skrip novel yang boleh saya reka endingnya. Sebab hidup ini bukan dijalankan oleh kita sahaja. Hidup ini berjalan dengan jutaan manusia lain.
Apa masa hadapan saya? Saya tidak tahu. Yang ada pada tangan saya hanyalah usaha. Usaha tanpa jemu. Penetapan ciri-ciri ini juga, adalah usaha saya. Agar perjalanan masa hadapan saya, sentiasa berlegar-legar dalam pencarian ke araah redha-Nya.
Baik, kepada yang bertanya, saya sudah menunaikan.
Kamu hendak buat apa lepas tahu semua ini?
ps: mata dah bergenang.
menyentuh perasaan~
Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan
ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...
Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu
sendiri
amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan
wanita
Islam....kenapa hal ini boleh terjadi??
Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar
dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk
kepada
lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang
bersetuju dengan pandangan saya ini)
Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita
Islam
;
"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang
ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada
kebanyakkan mereka mengatakan:
"alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak
perlu
qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak
mula-mula 'bergelar wanita' dulu"
Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita
jumpa...
Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan
solat
mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.
Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul
Islam
Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan
Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti
kehebatan
ulama' terdahulu.
Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."
perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :
PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:
Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang
didatangi haid :
1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti
(dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia
solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor
dan
asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu
subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka
wajib
baginya qadha solat maghrib dan Isya'.
"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah
sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam"
(Imam
Al-Ghazali)
HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu
Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang
musafir)solat
Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau
tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah
Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat
Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama :
-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu
subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi
hadas)maka
wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib,
maka
baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau
tidak
dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam
waktu
maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara
perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu
subuh,
hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu
perlu
di qadha juga solat maghribnya.
Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil
/
Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar
Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini
yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!